Wednesday, August 28, 2013

pemegang ijazah

aku tak tahu la kenapa dengan diri aku, yang rasa aku tak sehebat mana yang orang lain fikirkan. yela, kalo nak bandingkan diri aku dengan kawan-kawan aku, aku rasa aku di tahap yang tercorot.

tapi bila aku toleh ke belakang balik, dan mengingati zaman-zaman spm dan selepas itu, ramai kawan-kawan aku yang kat sini tak dapat langsung pergi sejauh macam aku. mungkin aku bukan dean list tapi, aku di antara yang terbaik dari terbaik dari ladang.

sedar tak sedar aku dah nak abes degree dan akan masuk alam pekerjaan. cam2 aku rasa. rasa gembire sebab da nak kerja tapi pada masa yang sme, aku takut aku tak leh menyesuaikan diri dalam alam pekerjaan. ramai member2 aku cakap alam pekerjaan banyak politik dalaman dan isu2 yang susah nak dipercakapkan. aku just dengar dan simpan je la data tu. 

2 3 bulan ni aku memang malas gile nak menulis kat sini. idea mmg sangat banyak, tapi tau la nape aku tak leh nak menulis. status fb aku pon aku malas nak update. komen2 kat 9gag je berlambak. sebab malas? mungkin.. mungkin kot.. :P

Thursday, August 15, 2013

Perspektif yang berbeza

seminggu aku berjalan dari selatan ke utara. banyak tempat dapat aku lalui dan banyak ragam orang aku pelajari. seminggu rasa cam sekejap tadi pelajaran yang aku dapat, rasanya berguna untuk selama-lamanya.

kengkadang aku rasa mereka nak menegakkan sesuatu yg betul, tetapi bende yang betul tu bila membawa keburukan membuatkan seseorang tu terpaksa membuat pilihan untuk memilih jalan yg kelihatan salah. tapi sebenarnya dari satu pandangan lain, ianya memberi keuntungan yang sama pada mereka.

cara tu tak semudah seperti caraku, tapi cara itu cara yang betul. dan itulah yang paling penting. jika itu cara kau untuk menjaga hak kita, aku halalkan. aku tak menghalang, dan tak mengajak. aku cuma mahu tahu kenapa dan sekarang aku tahu kenapa. jadi wat la pe yang kau rasa betul untuk tempat kau. untuk kita.

dan aku da pecahkan janji yang aku wat 3 tahun lepas dalam diri aku, dan aku tak tahu pe yang aku perlu lakukan sekarang. yang pasti dia takkan tggu aku. aku dah terlalu masak dengan perangai dia.

so, aku mengubah haluan aku dan perancangan hidup aku. harap2 aku dapat capai pe yang aku impi kan. Insya-Allah.. :)

Saturday, August 3, 2013

Musim Kawen Lagi

seorang lagi kawan aku akan berkahwin selepas raya nanti. satu persatu kawan aku kawen. aku gembira dengan mereka tapi sedey jugaklah kan.. sebab aku je yang tak kawen lagi.

pe yang aku rasa sekarang? rse insecure. rasa kurang selamat. sekurang-kurangnya dulu aku de kawan untuk becerita. tapi kalo da kawen, bagi aku bile orang da kawen mereka akan berubah. mereka akan de masalah baru, dan aku tak mahu becerita tentang masalah aku dengan dia.

sorang lagi kawan baik aku pon da nak kawen. mereka sedang merancang. aku doakan mereka akan kawen cepat. insya-Allah..

sorang pas sorang g kawen.. dan tinggal la nanti aku sorang je.pe cerita aku? secara jujurnya, aku pun tak tahu. hanya berdoa ngan Allah s.w.t semoga dia akan membawa aku ke jalan yang terbaik, untuk diri aku. :)