da hampir 2 minggu aku berada di johor. sedang gigih mencari kerja, tapi setakat ni tak dapat lagi. mungkin rezeki tak datang lagi.
2 minggu tak de khabar berita langsung dari dia. mungkin dia fikir kami da takde pape. mungkin.. mungkin die sebuk bekerja. mungkin.. fikir positif. tapi walau ape pon die pilih, aku tetap akan gembira untuk dia.
entah cam ne aku rasa cam, aku single. perlu ke untuk bersedih? perlu ke untuk gembira? jujurnya, aku tak tahu. tapi yang pasti aku tak rasa langsung nak cari pengganti, atau terima sesape lagi da. nak cakap aku sayang sangat kat dia, ntah la. perasaan tu lme da x de. cume mungkin aku penat bercinta, dan nak berehat pulak. aku rasa aku da jadi gf yang terbaik, tapi masih lagi tak berjaya, mungkin de kesilapan di mana2. so, dari penat mencari, baik duduk berehat sahaja.
de orang cakap teruskan mencari. setiap orang pasti de jodoh die. yep, aku setuju. cume mungkin jodoh aku da meninggal atau hidup jauh berbatu2 dari aku. mungkin de silap dalam diri aku, yang aku tak nampak. sebab tu ianya tak perna menjadi. masih lagi cuba mengubah diri, tapi de je org cm aku kawen n beranak pinak. tapi aku? (^_^)
sedar tak sedar, aku tukar status aku dari straight ke lesbian. secara jujurnya, aku tak nampak masa depan aku dengan lelaki. walau sehensem mana pon dia, aku cam tak rasa lagi.. tertarik. dan aku lebih pandang perempuan dari lelaki. dan lebih suka berbual dengan perempuan. tu makne nye aku lesbian ke? aku sendiri tak tahu.
yg pasti, aku terasa letih gile mencari cinta. mne2 lelaki aku nampak or kenal, dalam hati aku akan terdetik, ohh... dengan dia aku takkan ke mana. sama je cam dl. lebih baik lupe kan. dan aku terus pandang tempat len. aku da tawar hati? mungkin... mungkin. (^_^)