Orgasme     Berganda (Multiple Orgasms)
        Berbeza dengan     kaum lelaki, kaum wanita mampu mencapai orgasme berganda.     Maksudnya orgasme yang berlaku kali kedua tidak lama setelah    orgasme pertama. Sekiranya wanita itu dapat mempertahankan     nafsu berahinya pada tingkat memuncaknya ia dapat melanjutkan     orgasme pada kali kedua bila terus dirangsang. Ada wanita     mengalami orgasme sampai 3-5 kali hanya dalam waktu beberapa     minit. Bahkan ada yang boleh mencapai 12 kali orgasme dalam     satu jam. 
        Di antara sebab     hubungan seks antara suami-isteri yang sangat dihajatkan adalah     kepuasan orgasme kedua-dua pihak. Ini adalah tujuan utama orang     mengikatkan diri dalam perkahwinan. Tanpa adanya orgasme     dalam setiap hubungan seks tentu akan menimbulkan berbagai akibat     kejiwaan yang boleh merosakkan hubungan pasangan suami-isteri.    
        Kenyataan     menerangkan ramai suami-isteri yang terpaksa berpisah atau melakukan     penyelewengan seksual kerana tiadanya kepuasan dalam hubungan seks.     Kepuasan itu ditandai dengan orgasme atau difahami sebagai     kemuncak kenikmatan. 
        Baik orgasme    itu secara beruntun, dari pihak lelaki dahulu dan kemudian     disusuli isterinya atau secara serentak bersama. Orgasme yang     dapat dicapai secara bersama adalah yang paling baik dan ideal.     Hampir  semua lelaki mengalami orgasme setelah mengalami     rangsangan seks. Pada wanita pula tidak ramai yang dapat mengalami    orgasme.
        Orgasme     adalah puncak syahwat persetubuhan dan merupakan respons yang     menyenangkan dan melegakan. Ia adalah puncak dari kepuasan fisiks     dan emosi dalam aktiviti seksual. Kemuncak kenikmatan ini ditandai     dengan terjadinya pancaran mani yang sangat kuat pada pihak lelaki.    
        Orgasme     pada lelaki adalah ejakulasi sperma. Vas Deferens, Vesikula     Seminalis dan kelenjar prostat berkonstraksi  dengan     hebatnya seraya memancarkan isinya ke dalam urethra yang     kemudian memancutkan sperma. Selama orgasme cecairan ini     dipancarkan melalui zakar oleh konstraksi-konstraksi berirama dari     otot-otot sekitarnya. Jumlah konstraksi-konstraksi itu berbeza pada     setiap individu, tetapi lazimnya antara
        10-12 konstraksi.     Sejumlah sperma kira-kira satu sudu kecil atau menurut penyelidikan     moden 5cc.
        Tanda orgasme    pada wanita yang merupakan puncak seksualnya adalah     gerakan-gerakan berirama dan tak sengaja dari alat kelaminnya.     Reaksi-reaksi banyak bergantung pada bilangan vulva terutama di     sekitar faraj dan kelentit. Faraj pada waktu itu     berkerut dan kadang-kadang otot-otot lain ikut mengejang. Dalam pada     itu terjadi getaran seluruh tubuh dan sensasi-sensasi menghisap dari    lubang faraj.
        Mencapai     orgasme yang ideal tidaklah semudah yang dibayangkan. Tugas ini     ditanggung oleh pihak suami. Biasanya di dalam proses bersetubuh     suamilah yang terlebih dahulu mencapai orgasme sedangkan     isterinya mungkin belum apa-apa. Oleh sebab itu keperihatinan suami     di dalam menahan air mani sangat diperlukan. Jika mereka tidak mahir     dalam hal ini  suami akan menyebabkan isteri mengalami gangguan     emosi seperti murung.
          Dr. Robie    dalam bukunya The Art of Love yang dikutip dari buku     Percintaan Suami Isteri karangan A. Rifa’ie Ali menulis:     “Terlampau cepat keluar air mani selain memberi malu kepada suami,     bahayanya tiadak kurang pada isteri kerana dia telah meninggalkan     isteri itu sebelum mendapat kepuasan yang biasa. Ada lelaki yang     beberapa kali keluar air mani sebelum isteri cukup terbangkit     keberahiannya. Dan yang terjadi ialah sebelum dia tercapai     orgasme. Maka tinggallah dia dalam keadaan resah-gelisah belum     kunjung puas yang akhirnya membawa bermacam-macam penyakit antara     lain lain, tidak boleh tidur, pemarah, histeria, sakit saraf yang     berkaitan penyakit orang perempuan”.
         Ellis     dalam bukunya Sex in Relation to Society telah mengutip     pendapat seorang pakar sakit puan (gynaecologist) berbangsa Austria,     dia mengatakan bahawa di dalam setiap 100 orang perempuan yang     menderita sakit dalam rahim, daripada yang berubat kepadanya     didapati 70 orang menderita lantaran sakit rahimnyaterlalu penuh     berisi darah. Keadaan rahim yang begini menurut pengetahuan     ilmiahnya adalah hasil daripada persetubuhan yang tidak     disempurnakan. 
        Dari     keterangan-keterangan di atas maka benarlah sabda-sabda     Rasulullah s.a.w.  yang menganjurkan agar memerhatikan keadaan     isteri sewaktu diajak bersetubuh. Janganlah lekas terburu-buru     mengakhiri persetubuhan selagi isteri belum berhasil mencapai     orgasme.
        Sabda     Rasulullah s.a.w:
             “Apabila     seseorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya, maka      
                   hendaklah ia menyempurnakan (isterinya). Jikalau ia mendahului       isterinya, maka janganlah ia mempercepat (meninggalkan)isterinya      itu”. 
            (Hadis     riwayat Abu Yaqla dari Anas) 
         Sabda     Rasulullah s.a.w:  
          “Apabila     seorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya maka  
          hendaklah ia     menyempurnakannya. Kemudian bila ia telah selesai  
          telah     selesai hajatnya (orgasme) sebelum selesai hajat isterinya      
         maka     janganlah ia mempercepatkan (meninggalkan) isterinya      
         itu hingga     selesai pula hajat isteriny itu”.  
               
        (Hadis riwayat     Abdul Razak & Abu Yala dari Anas)
         Sabda     Rasulullah s.a.w.:  
               
             “     Apabila seorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya      
                 maka     janganlahia menyingkir hingga selesai hajatnya  
                 selesai     hajatnya sebagaimana ia mendapat nikmat dari hajatnya”.      
                             (Hadis riwayat Ibnu Adiy dari Ibnu Abas)      
           
        Dari hadis     Rasulullah s.a.w. tersebut maka seharusnya suami berusaha agar     mencapai orgasme yang ideal samaada secara bersama-sama,     ataupun secara meruntun saling susul-menyusul sewaktu bersetubuh.     Itulah sebabnya imam Ghazali di dalam kitabnya ihyaa’ulumiddin,     menasihati suami muslim agar kalau bersetubuh selalu memerhatikan     isterinya ataupun menahan ejakulasinya sehingga isterinya     dapat mencapai orgasme.
        Berapa lamakah     persetubuhan yang boleh mendatangkan kepuasan? Banyak pendapat     mengenai hal ini diketengahkan. Ada orang lelaki yang boleh bertahan     lama sewaktu persetubuhannya. Contohnya selama 15 minit, 20 minit     bahkan ada yang lebih lama lagi tanpa ejakulasi. Tetapi yang jelas     faktor faktor seperti lama seseorang lelaki dapat mengawal reaksinya     tanpa disusuli ejakulasi; sukar atau tidaknya wanita mencapai    orgasme; kehebatan nafsu seksual mereka masing-masing;     kekerapan melakukan hubungan kelamin dan lain-lain faktor banyak     mempengaruhi tempoh lamanya sesuatu persetubuhan boleh berpanjangan.    
        Biasanya     persetubuhan berlangsung selama 3-5 minit. Menurut Stekel     jarang sekali seseorang lelaki dapat mempertahankan persetubuhannya     lebih lama dari 5 minit. Sedang menurut Dickinson kebanyakan     lelaki mempertahankan ereksinya tanpa disusli ejakulasi  selama     5-10 minit. Sedangkan wanita  pula boleh mencapai 10-20 minit. Akan     tetapi dengan rangsangan tangan dengan vibrator atau dengan    oral genital stimulation seseorang wanita biasanya dapat      mencapai orgasme dalam masa empat minit. 
        Untuk     memanjangkan waktu persetubuhan supaya kedua-dua suami-isteri dapat     mencapai kepuasan orgasme pihak suami perlu mengambil     langkah-langkah tertentu. Alternatif pertama ialah mereka boleh     mendapat pertolongan doktor untuk memberikan ubat-ubatan yang     diminum atau ubat pemati-rasa. Akan tetapi cara ini ada kesan     sampingan dan bersifat sementara. Kesan sampingan adalah kemungkinan     berlakunya impoten  seandainya kerap menggunakan ubat-ubatan.    
        Alternatif kedua     pula lebih menitikberatkan kemampuan semulajadi seperti cara-cara     berikut. Menahan cepatnya keluar air mani dapat dilakukan dengan     memerhatikan langkah-langkah berikut: 
        1.      Setelah zakar dimasukkan ke     liang faraj, maka buatlah gerakan turun-naik secara     perlahan-lahan dengan diselangi istirehat.
           
        2.      Alihkan perhatian kepada soal-soal     lain sewaktu sampai masanya air mani dirasakan akan keluar.     Umpamanya cuba ingatkan tentang urusan serius sewaktu pejabat.     Tegasnya isikanlah benak dengan hal-hal yang dapat mengalihkan     pandangan dari tumpuan untuk mengeluarkan air-mani. Ini secara tidak     langsung akan menyebabkan kekenduran pada batang zakar,dan apabila     ini berlaku bolehlah disambung lagi pada gerakan untuk merangsang     balik zakar. Demikian seterusnya sehinggalah isterinya mencapai     orgasme. Kalau cara ini dapat dilaksanakan pasti suami dapat     bersetubuh dalam waktu yang lama di mana isterinya beruntung kerana     dapat mencapai orgasme dan nikmat sepuas-puasnya. Sehubungan     dengan itu Stoppes  berkata
            “Selamanya tak boleh     dilupakan bahawa dengan tidak mendisiplinkan fikiran dan badan     sendiri tidaklah akan dikecap kenikmatan di dalam pengalaman nafsu     berahi. Kesedapan yang penuh biarpun hanya jasmani semata-mata cuma     boleh direbut oleh orang yang pandai memotong tujuh perjalanan     nafsunya”.  
                       3.   Menahan     nafas sewaktu merasakan akan keluarnya air-mani akan                 melambatkan pengeluarannya kerana zakar akan menjadi keras. 
            Perlu diketahui bahawa mani     itu mudah keluar kalau keadaan  zakar     adalah tidak cukup keras.     Tetapi kalau sempurna keras dan tegangnya, sukarlah air mani berlalu.     Dengan menahan nafas dengan sendirinya zakar yang sedang dalam     keadaan ereksi menjadi semakin tegang. Ini disebabkan oleh     kerana udara yang masuk berkumpul ke dalam dada dan perut agak     banyak. Apabila ditahan di dalam perut maka pengaruhnya mendesak     darah menuju ke zakar sehinggakan zakar akan menjadi semakin keras     dan kembung. Kekembungan inimenekan lubang zakar tadi     serapat-rapatnya sehingga Aliran tempat lalunya air mani terhambat     dan  tidak dapat keluar. 
               
            Alternatif  ketiga adalah     dengan memakai kondom sewaktu bersetubuh. Dengan demikian rasa     pergeseran batang zakar di dalam liang faraj tidak begitu     merangsang. Walaubagaimanapun cara ini tidak begitu disenangi baik     dari pihak suami mahupun isteri.  
         
            Alternatif keempat ialah     melakukan latihan-latihan guna menguatkan dan mengetatkan otot-otot     pada dubur dan pada otot-otot yang membentang dari dubur sampai ke    scrotum (kantung pelir) lelaki.  
         
            Alternatif kelima pula     merupakan mengambil posisi duduk atau posisi lelaki di bawah dan dan     perempuan di atas. Kedua teknik di atas memungkin tekanan pada     kelentit yang merupakan pusat rangsangan yang dapat dikemudikan oleh     pihak wanita. Cara ini merupakan cara yang terbaik untuk wanita     mencapai orgasme. 
         
             Cara-cara di atas yang     telah dibentangkan merupakan kaedah-kaedah untuk mencapai orgasme    yang ideal. Akan tetapi berjaya atau tidaknya     mempraktikkan cara-cara ini bergantung pada individu itu sendiri.     Yang lebih baik adalah sifat saling bantu-membantu dan     faham-memahami. Seperti halnya seorang suami boleh bertanya pada     isterinya, apakah ia sudah mencapai orgasme atau masih lama     lagi? Seandainya masih lama. Maka suami bolehlah mengatur     pergerakannya agar zakarnya tidak begitu terangsang yang     mengakibatkancepatnya keluar air mani. Jadi sifat terbuka     suami-isteri sangat diperlukan untuk membantu keberhasilan keduanya     untuk mencapai orgasme yang ideal. 
            Perkara yang patut     diperhatikan oleh suami sewaktu melakukan persetubuhan ialah jangan     lekas-lekas mencabut zakarnya setelah ejakulasi. Perbuatan     seperti ini sering diabaikan oleh suami-suami yang kurang mengerti     seni dan erti persetubuhan dalam perkahwinan.  
            Persetubuhan dalam     perkahwinan itu dimaksudkan untuk mendapat kepuasan antara suami dan     isteri. Berbeza pula dengan persetubuhan luar nikah atau dalam     pelacuran. Di dalam persetubuhan jenis ini salah satu pihak     menghendaki kepuasan seksual sedang di lain pihak menghendaki     bayaran. Jadi wanita pelacur di dalam melakukan persetubuhan sudah     merasa puas walaupun belum mencapai orgasme asalkan dirinya     telah diberi wang sebagai imbalannya. Sedangkan persetubuhan yang     dilakukan berlandaskan atas dasar cinta-mencintai keduanya     menghendaki objektif yang sama iaitu kepuasan yang saksama. 
            Seorang suami yang bijaksana     yang mengerti hal ini ternyata dalam persetubuhannya dengan     isterinya jika lebih dahulu cepat keluar air mani, maka dia boleh     menangguhkan zakarnya agak lama di dalam liang faraj. Hal ini     dimaksudkan agar pihak isteri mempunyai waktu untuk menaikkan suhu     berahinya hingga mencapai orgasme.  
            Cara seperti ini     memungkinkan batang zakar walaupun telah ejakulasi akan     tetapi ia tetap berereksi sampai beberapa lama. Pada kesempatan ini     harus dimanfaatkanoleh suami untuk merangsang isterinya hingga     mencapai orgasme.       
            Betapa bahagianya bila     persetubuhan di mana kedua-duanya telah mencapai orgasme dan     tidak diputus atau dihentikan seketika itu sahaja. Tapi usahakanlah     suami tetap menahan batang zakarnya di dalam liang faraj     hingga kendur dengan sendirinya. Dalam keadaan begitu keduanya boleh     saling berpelukan dan berdakapan.   
            Pihak suami perlu mengetahui     bahawa membiarkan zakar di dalam liang fajar sesudah     ejakulasi bukan hanya menimbulkan rasa kasih sayang yang     mendalam antara suami-isteri, malahan mengandungi faedah yang lebih     besar dari segi kesihatan terutama bagi suami.  
            Perlu diingatkan bahawa     bahawa setiap kali suami melakukan hubungan seks pasti ia akan     keluar air mani. Mani itu adalah sari tubuhnya yang mulia yang     terbentuk dari sari-sari makanan yang dimakannnya setiap hari. Jadi     setiap kali ia bersetubuh, jadi berkuranglah zat hidup yang sangat     berguna bagi kesihatan tubuhnya. Walaupun ganti boleh diperoleh dari     dalam tubuhnya ada satu zat yang bersifat “Alkalin” yang boleh     digantikan dengan membiarkan ia di dalam liang faraj wanita.     Mani wanita penuh berisi dengan zat ini. Para suami yang terdedah     kepada pegetahuan ini tidak akan mahu mencabut batang zakarnya     sehabis ereksi dari liang faraj isterinya. Mereka akan     membiarkan saja batang zakarnya untuk beberapa lama sehinggga ia     kendur dan keluar dengan sendirinya. Tindakan ini bagus dan     bermanfaat untuk memelihara kondisi badan dan kesihatannya. Ini oleh     kerana kulit zakar yang tipis itu akan mudah menyerap zat-zat yang     sangat berharga dari badan isterinya, terutama zat alkali. Sehingga     habis bersetubuh badannya bukan semakin mundur, sebaliknya semakin     sihat kerana kegiatan kerjanya meningkat dan yang lebih penting lagi     wajahnya bertambah tampan jauh lebih muda kelihatan dari umurnya     yang sebenarnya.  
            Selain itu Stopes ada     menyatakan pendapatnya bahawa di dalam zat-zat yang sama dihisap     oleh tubuh kedua pihak dari sari-sari badan pasangan masing-masing,     terdapat kuman-kuman hidup yang oleh Prof. Ernest Starling     bernama hormon. Pada masa akhir-akhir ini telah diketahui bahawa     hormon-hormon itu memiliki dan menjalankan pengaruh yang kuat dalam     penentuan sifat dan corak perasaan-perasaan manusia serta tabiatnya.     Kesempatan untuk saling bertukaran kuman hormon yang berlangsung     dalam perbincangan di atas dianggap akan boleh  mengumpulkan     sudut-sudut runcing dari budi pekerti kedua suami-isteri. Sehingga     jalan pemikiran dan gerak semangat mereka berdua menjadi serasi.     Keserasian inilah yang membuat suami-isteri awet muda.      
            Begitulah persetubuhan yang     sempurna, yang dapat mencapai kemuncak kenikmatan atau orgasme     yang ideal serta memberi pengaruh yang baik di dalam jasmani dan     rohani individu. Jasmaninya sihat, rohaninya sihat yang akhirnya     membuahkan rasa tanggungjawab dan kasih sayang di antara satu sama     lain.
http://www.syokkahwin.com/