Friday, July 23, 2010

Wanita dan Malam Pertama

SAYA ingin berkongsi satu masalah yang diajukan kepada saya oleh pasangan sudah lama berkahwin iaitu sudah 12 tahun berkahwin tetapi tidak pernah kecapi keseronokan dalam hubungan seksual.

Agak malang dan sungguh kasihan kepada pasangan yang berdepan masalah seperti itu. Nasihat saya, pasangan terbabit serta yang menghadapi masalah serupa perlu membuka minda kerana hubungan seksual bukan untuk lelaki saja, wanita juga berhak menikmatinya.

Kebiasaannya, ketika wanita mengalami rangsangan seksual, tindak balas semula jadi yang berlaku ialah perjalanan darah yang banyak ke anggota kelaminnya.

Pepundi di bahagian antara dua bibir kecil yang dikenali sebagai ‘vestibule’ akan mengembang dan menghasilkan cecair dikenali sebagai mukosa kelamin wanita. Dalam keadaan terangsang dan bersedia, mudah untuk wanita itu merenggangkan kemaluannya supaya penetrasi dilakukan dengan kemas dan selesa untuk kedua-dua pihak.

Cara yang bijak untuk mengelakkan perasaan tidak selesa kepada wanita ketika melakukan hubungan seksual penetratif ialah wanita itu sendiri yang menyalurkan kemaluan lelaki ke dalam farajnya. Pasangan juga perlu banyakkan sentuhan dan belaian sebelum memulakan seks penetratif.

Wanita perlu memandu pasangan melakukan sentuhan keintiman yang diminatinya supaya dia rasa seronok dan ghairah dan mudah menghayati rangsangan seksual yang akan memberikannya keselesaan serta kelegaan dengan pengeluaran kelembapan yang sesuai untuk melakukan hubungan seksual penetratif.

Anggota seksual wanita lembut, mengandungi tisu elastik dan tidak mudah cedera jika sentuhan dilakukan dengan cermat dan selesa untuknya.

Tidak salah untuk wanita itu membantu mencapai rangsangan dengan menyentuh kemaluannya yang sensitif dan secara tidak langsung mempercepatkan kelembapan supaya hubungan seks penetratif dapat dilakukan dengan lebih selesa.

Semua ini akan dapat membantu memberi keselesaan ketika bersetubuh dan dalam keadaan selesa dapatlah dia menikmati rangsangan dan mencapai kepuasan rangsangan atau klimaks. Sekurang-kurangnya wanita akan dapat menikmati sentuhan intim yang padu dan mengikut keselesaannya.

Ada sesetengah wanita mengalami masalah kesihatan yang mengakibatkan masalah mati putik sekunder dan sebahagian penyakit ini ialah kencing manis, tekanan darah tinggi atau kesan sampingan ubat darah tinggi.

Jika ini berlaku mustahak untuk wanita itu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan yang sewajar.

Dengan memasukkan darah yang banyak anggota sulit menjadi segar, faraj lembap dan mudah untuk hubungan seksual penetratif dilakukan. Paling mustahak, jumpa doktor terlebih dahulu.

http://www.blog.walafiat.com/

*p/s: Aku bukan nak cakap pe, tapi rata-rata lelaki kat malaysia ni memang kurang pandai untuk memuaskan pasangan mereka. Kengkadang diorang syok sendiri jek, dan akhirnye istri @ pasangan lelaki ni kecewa sebab tidak dapat kepuasan sepenuhnya. Nape ek? sendiri mau ingat la.. huhu~

No comments:

Post a Comment