Friday, November 5, 2010
Tips penjagaan rambut untuk wanita bertudung
Mungkin ramai yang tertanya-tanya, penting ke penjagaan rambut bagi wanita bertudung? Bagi saya ia amat penting tak kiralah bagi wanita atau pun lelaki. Ini kerana rambut adalah salah satu anugerah yang dikurniakan kepada kita. Ye tak? Jadi ia bermakna jika kita menghargai anugerah tersebut, itu bermakna kita mensyukuri nikmatNya.
Orrait! Jom kita sama-sama baca tips penjagaan rambut di bawah ni;
Tips 1:
Pilih syampu yang bersesuaian dengan rambut anda. Jika boleh, dapatkan nasihat dari orang yang pakar. Jika anda beli di Guardian atau Watson, tanyalah pada jurujual di situ.
Tips 2:
Jika anda memakai tudung kepala, pastikan rambut anda dikeringkan terlebih dulu tau. Kalau tidak nanti rambut anda akan bermasalah seperti berkelemumur, rambut berbuah, rambut berbau dan rasa tidak selesa seperti pening kepala.
Tips 3:
Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri. Ingat ye, jangan gosok rambut anda dengan kasar!
Tips 4:
Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung, letakkan santan kelapa di atas rambut. Biarkan ia seketika dan ia lebih berkesan jika dibalut dengan tuala. Langkah seterusnya ialah bilas dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali.
Tips 5:
Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.
Tips 6:
Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum.
Tips 7:
Untuk menghilangkan kelemumur, gosokkan kulit kepala anda dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, basuh rambut dan kulit kepala anda dengan syampu anti kelemumur dan lebih baik jika ia ada campuran limau purut sekali:D
Tips 8:
Untuk rambut anda berminyak, pilih syampu yang boleh digunakan setiap hari. Faktor-faktor rambut berminyak seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan yang anda alami, keadaan cuaca panas atau pun anda banyak mengambil makanan yang berlemak.
Tips 9:
Sikat rambut anda bila perlu sahaja. Tapi jangan biarkan ia sampai tak terurus sangat Agak-agak lah yer. Ini kerana jika selalu sangat menyikat rambut, ia menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak yang berlebihan. Lepas itu, jangan sikat rambut terlalu kasar. Belailah rambut anda seperti mana anda menyayangi diri anda. he..he..
Tips 10:
Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut tak mudah kusam.
Tips 11:
Jika anda perlu jugak menggunakan alat pengering rambut(hair dryer) kerana nak cepat dsb. Jeng...jeng... Jalan penyelesaiannya ialah;
Sebelum melakukan blow, letakkan foam, setting losyen atau volumizer pada rambut supaya ia mudah didandan. Tujuan foam dan setting losyen adalah sebagai lapisan penghadang di antara rambut dan alat pengering rambut. Ia juga berperanan untuk mengelakkan rambut dari mudah rosak akibat terkena bahang panas alat pengering secara terus ke rambut di samping memudahkan rambut dibentuk.
Tips 12:
Jika tetap memilih penggunaan alat pengering rambut, gunakannya pada suhu yang tinggi. Jangan gunakannya pada suhu yang rendah kerana penggunaan pada suhu rendah akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeringkan rambut anda. Risikonya ialah rambut anda lebih mudah untuk rosak.
Kesimpulannya-jangan guna alat pengering rambut. Jika nak guna jugak, gunakan pelindung seperti foam, setting losyen atau volumizer serta gunakannya pada suhu tinggi. Ok.
Tips 13:
Untuk mendapatkan rambut yang halus, gunakan sikat yang bergerigi penuh dan rapat!
Tips 14:
Elakkan memakai anak tudung atau cekak rambut terlalui ketat. Sebaiknya pastikan ada pengaliran udara yang masuk agar tidak terperap dan mudah berbau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment