Friday, June 10, 2011

Jenis-jenis Jeans

Jeans adalah gaya paling unggul dan mudah digayakan ke mana saja. Setiap orang pasti ada sehelai jeans di dalam almari tak kiralah dari gaya skinny hingga ke gaya high waist. Namun, tahukah anda jeans apa yang paling sesuai untuk bentuk badan anda. Teruskan membaca untuk mengetahui style paling sesuai untuk anda


Straight leg



Straight leg style paling sesuai digayakan untuk kaki yang agak pendek yang sesuai dipakai pada masa siang dan malam. Ia member ilusi yang membuat kaki tampak kurus dan panjang. Jangan lupa gayakan bersama kasut bertumit tinggi, ya!


Boot cut






Boot cut jeans adalah gaya paling sesuai untuk semua jenis bentuk badan. Tak rugi untuk beli beberapa pasang boot-cut jeans kerana ia membuatkan anda tampak tinggi dan langsing.



Super-flare





Super-flare jeans adalah baik untuk memberi imbangan bagi pinggul dan peha supaya kelihatan sleek. Gayakan kasut pointed heels dan jangan sekali kali memakai flat!



Skinny






Skinny jeans sesuai untuk kaki dan peha yang slim sesuai dengan namanya. Jeans jenis ini menyerlahkan bentuk kaki dan sesuai digayakan dengan kasut tumit tinggi mahupun flats.



Wide leg



Wide leg sesuai untuk mereka yang tinggi dan bertubuh curvy. Potongan ini tampak kasual dan trendy.




Ankle length








Ankle length jeans sesuai untuk mereka yang bertubuh boyish atau petite. Dengan potongan jeans ini, bolehlah anda show off kasut atau sandal.



Boyfriend cut






Jeans boyfriend cut sesuai untuk semua bentuk badan dan saiz. Ia tampak simple namun tampak seksi. 



Trouser cut





Trouser cut jeans baik untuk mereka yang berpeha besar kerana ia membuatkan bentuk peha nampak kecil.



High-waist






High-waist jeans baik untuk mereka yang mempunyai potongan badan yang lurus tanpa sebarang curve. Ia membuatkan anda tampak curvy dan sophisticated




Acid-wash






Acid-wash jeans adalah gaya 80an yang kembali popular. Potongan seakaan skinny jeans sesuai untuk mereka yg kurus dan sukakan gaya jeans yang faded.

No comments:

Post a Comment