Thursday, September 29, 2011
Keadilan
Saturday, September 24, 2011
Sex Crime Part 3: Incest (Sumbang Mahram)
2 topik jenayah seks sebelom ni aku post menggunakan bahasa inggres, tapi biarlah jenayah seks kali ni aku post menggunakan bahasa melayu. kerana ini lah tujuan blog ini tercipta, untuk menyampaikan tentang sesuatu yang berlaku di masyarakat kita.
Incest atau sumbang mahram bukan nya satu jenayah seks yang jarang2 kita dengar. Malah hampir tiap-tiap bulan isu ini diterbitkan di semua akhbar tempatan.
sebagai permulaan, kita mulakan dengan definisi sumbang mahram.
Pengertian sumbang mahram atau Insest ialah perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang yang ada pertalian darah / nasab (keturunan) dengan mangsa. Sumbang mahram ini juga dapat didefinisikan sebagai hubungan jenis antara mereka yang mempunyai tali persaudaraan dan perkahwinan antara mereka adalah tidak sah di sisi undang-undang atau dilarang oleh adat resam dan agama.
Dengan peningkatan kadar penceraian, lebih banyak kanak-kanak terdedah kepada risiko yang lebih tinggi terhadap gejala sumbang mahram. Jika seseorang ibu berkahwin semula, anak perempuan beliau yang tinggal serumah dengan mereka terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk penganiayaan seksual oleh bapa tirinya berbanding bapanya sendiri. Sumbang muhrim, juga dikenali sebagai sumbang mahram atau inses, ialah kegiatan seks antara ahli-ahli keluarga yang rapat. Perbuatan ini merupakan suatu pantang larang dalam kebanyakan kebudayaan, baik pada masa lampau mahupun pada masa kini, termasuk juga dalam kebudayaan-kebudayaan yang lebih permisif terhadap perkara-perkara seks yang lain. Umpamanya, masyarakat Marquesas Polinesia Perancis sebelum dipengaruhi oleh dunia Barat membenarkan keseksualan kanak-kanak dan pengujikajian, tetapi tidak membenarkan sumbang mahram.
Secara umumnya, kebanyakan pelaku sumbang mahram melibatkan kelemahan iman, ketandusan ilmu dan kurangnya penghayatan agama mendorong seseorang itu dikuasai nafsu daripada menggunakan akal fikiran yang waras, maka kejadian inses atau sumbang mahram boleh berlaku dimanamana saja. Kelemahan pegangan agama ini juga, seorang ayah tergamak merogol anak kandung yang sepatutnya dibelanya. Kerana itu juga abang sanggup ‘merosakkan' adik perempuannya. Keadaan iman yang lemah ini akan merosakkan akal fikiran mereka jika mereka sering menonton filem-filem porno disulami dengan video klip yang mudah dimuat turun melalui telefon bimbit. Kejadian-kejadian seumpama ini akan merangsang individu terbabit dan sebagai jalan mudah mereka akan memaksa mangsa yang terdekat untuk memuaskan nafsu yang sedang bergelora. Dewasa ini, bahan lucah amat mudah diperoleh dimana-mana sahaja dan mereka yang lemah iman ini apabila sering menonton bahan-bahanporno ini akan mendorong untuk melakukan inses.
Rasulullah telah menceritakan kepada sahabat bahawa umat Islam pada akhir zaman terlalu ramai tetapi ibarat buih di lautan yang tidak tahu berbuat apa-apa dan lemah sekali. Imannya tipis ibarat kulit bawang akibat dari penyakit al-wahan iaitu cinta kepada dunia dan takut kepada mati. Tanpa iman manusia hidup dalam keadaan jiwanya lemah dan kosong. Manusia yang lemah iman tidak akan takut dan kenal lagi kepada Allah yang menciptanya. Manusia tidak takut dan gentar akan hari pembalasan di akhirat kelak. Manusia yang lemah tidak merasa takut dan gementar akan hari pembalasan dan azab Allah yang sangat pedih seksanya di neraka. Akibat iman yang lemah manusia tidak dapat membezakan di antara kebaikan dan keburukan dan di antara kebenaran dan kebatilan.
4). Institusi kekeluargaan yang lemah
Faktor keluarga terutamanya keruntuhan institusi perkahwinan seperti penceraian turut mendorong berlakunya kes inses ini. Dengan peningkatan kadar penceraian, lebih ramai kanak-kanak terdedah kepada risiko yang lebih tinggi bagi mengalami sumbang mahram. Jika seseorang ibu berkahwin semula, anak perempuan yang tinggal serumah dengan mereka terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk penganiayaan seksual oleh bapa tirinya berbanding bapanya sendiri. Bagi kes inses yang melibatkan adik beradik pula, keluarga yang bercerai berai akan menyumbang kepada faktor ini. Ini kerana si ibu akan keluar rumah untuk menyara keluarga memandangkan orang yang sepatutnya menyara keluarga telah tiada. Oleh yang demikian si ibu akan mengambil alih tanggungjawab untuk menyara keluarga. Akibat kesibukan di luar rumah bagi mencari rezeki dan keadaan diburukkan lagi apabila batas pergaulan tidak dijaga serta cara berpakaian yang menjolok mata, ada kemungkinan kejadian inses berlaku memandangkan mereka bebas melakukan apa saja tanpa dipantau oleh orang yang lebih dewasa.
5). Cara pemakaian menjolok mata di rumah
Orang dulu-dulu menganggap pakaian sebagai alat menutup dan menjaga tubuh di bahagian luar. Sedangkan bagi peradaban dan dunia moden, tujuan demikian ditambah dengan satu tujuan lain yang dikenali sebagai apa yang disebut berhias, antara satu sama lain, masyarakat berbeza sesuai dengan faktor yang meliputi sesuatu masyarakat kedua-dua tujuan ini memang disyariatkan oleh Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam ayat 26 surah Al-A'raaf :
Wahai anak-anak Adam Sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup "aurat kamu, dan pakaian perhiasan: dan pakaian yang berupa taqwa itulah sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-nya kepada hamba-hambaNya supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
Pakaian yang menghairahkan ketika berada diluar ataupun didalam rumah boleh menarik pandangan kaum lelaki untuk mengamati pemakai pakaian yang mengancam itu. Jelas tidak akan mampu untuk mengendalikan dirinya ketika melihat pandangan seperti itu.
Sebilangan besar mangsa mengalami kesan negatif yang serius sehingga memerlukan terapi apabila mereka meningkat dewasa.
Antara kesan kesan-negatif ini adalah:-
- Hilang kepercayaan pada orang lain,
- Takutkan hubungan intim,
- Murung,
- Rasa ingin bunuh diri,
- Tingkah laku yang merosakkan diri sendiri,
- Keyakinan diri yang rendah, rasa bersalah dan marah,
- Rasa terasing dari masyarakat / keluarga,
- Penyalahgunaan dadah,
- Masalah pemakanan
- Masalah personaliti dan sebagainya.
Pihak persendirian dan Ngo's juga boleh dirujuk antaranya seperti Pertubuhan Darul Islah Selangor (PERKID), International Muslim Women's Union (IMWU), Badan Kebajikan Wanita Selangor (BAKAWANIS), Unit Mubalighat JAIS, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Selangor (LKPIS), Persatuan Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Sahabat Hospital TAR, Pertubuhan Mawwaddah cawangan Selangor dan sebagainya.
*TS: part ni adalah part paling crucial, and yet tak ramai leh wat, termasuk diri aku. malah parents aku sendiri tau bila aku da besar. salah satu faktor yang membuatkan aku sukar untuk melaporkan adalah trauma dan di ugut berkali-kali. tapi, kalo de yang berani untuk melaporkan perkara ni, aku solute sama korang.
bukan x menggalakkan melapor, tapi secara jujur nya, dan aku x tau nape, ianya sangat susah untuk bercakap tentang dia. cam die bomoh aku untuk x berkata apa.
2). Pengawalan dan Sekatan Bahan-bahan Bacaan
Sekat bahan-bahan dan tontonan yang tidak berfaedah. Bahan bacaan dan tontonan dari media cetak dan elektronik perlu dikawal. Beri kepada anak-anak buku, majalah atau suratkhabar yang tidak merangsang kepada berlakunya sumbang mahram. Elakkan dari bahan-bahan lucah dan gambar yang mengghairahkan dan tidak menutup aurat. Media elektronik seperti komputer, televisyen dan radio hendaklah dikawal supaya anak-anak tidak melihat, menonton dan mendengar rancangan dan bahan yang tidak elok dan lucah.
3). Batasi Pergaulan
Pergaulan ahli keluarga mesti dibatasi. Sesetengah orang mengambil ringan hal ini hanya kerana hubungan adalah anata anak-anak dengan ayah atau dengan ibu dan di antara adik beradik. Namun begitu, pergaulan dengan anak-anak juga ada batas syariat. Anak perempuan hanya boleh dimanjakan sehingga umur tujuh tahun. Ini supaya anak itu ada perasaan malu untuk bergaul bebas. Sifat malu itu penting untuk menghalang dia dari terjerumus ke lembah dosa. Dikhuatiri pergaulan dan gurau senda yang tiada had akan menyebabkan mereka hilang rasa malu dan merangsang untuk melakukan lebih dari hubungan adik beradik. Mesra jangan sampai anak gadis dan ayah berpeluk dan berciuman sehingga menaikkan nafsu.
4). Peranan Masyarakat
Ahli masyarakat merupakan salah satu faktor terpenting dalan menangani tingkah lakusumbang mahram ini. Hubungan jiran yang rapuh menyebabkan kes sumbang mahram sukar dibendung. Masyarakat sewajarnya prihatin dengan keadaan jiranjiran dan seandainya mereka dapat mengesan perbuatan yang menjurus kepada sumbang mahram, sepatutnya perkara itu, dihalang atau dinasihat dan jika tidak berkesan dilaporkan kepada pihak berkuasa.Hubungan antara masyarakat perlu kembali dirapatkan seperti dahulu iaitu jiran dianggap seperti keluarga sendiri. Apabila hubungan jiran rapat seperti keluarga sendiri, amalan menegur kesalahan anak jiran seperti anak sendiri tidak akan disalah anggap atau menimbulkan kemarahan jiran sekaligus dapat mengurangkan jenayah. Oleh kerana kejadian ini juga boleh berlaku di luar rumah, maka ahli masyarakat perlu membuka mata untuk mengelak kejadian seumpama ini dari terus berlaku dengan mewajibkan mereka untuk melaporkan kes-kes tersebut.
5). Galakkan Perkahwinan
Ibu, ayah atau datuk nenek yang kematian pasangan eloklah dicarikan pasangan lain untuk mengelakkan mereka dari melepaskan nafsu syahwat kepada ahli keluarga sendiri. Rasulullah SAW memang menggalakkan perkahwinan untuk menyelesaikan sebahagian dari urusan agama. Perkahwinan dapat mengelakkan daripada berlakunya jenayah seksual ini.
6). Jaga Aurat di Kalangan Ahli Keluarga dan Menitikberatkan Didikan Agama
Ibu bapa disarankan agar mengajar ahli keluarga agar menjaga batasbatas aurat di dalam rumah di kalangan ahli keluarga yang berlainan jantina. Walaupun ahli keluarga bolehmembuka aurat(kecuali antara pusat dan lutut) dikalangan ahli keluarga yang berlainan jantina, namun ada batas-batas kesopanan dan tatasusila yang perlu diikut. Pakaian tidak boleh didedahkan bahagian-bahagian
yang menaikkan nafsu syahwat dan tidak boleh nipis, ketat dan seksi. Walaupun di rumah, tidak wajar anak gadis hanya berkemban sahaja. Oleh itu aurat ini perlu dijaga sama ada ahli keluarga itu lelaki atau perempuan.Ahliahli keluarga juga perlu didedahkan tentang beratnya berbuat dosa besar dan melanggar hukum Tuhan jika perzinaan dilakukan dikalangan ahli keluarga. Anakanak yang terdidik dengan didikan agama yang sempurna akan dapat menutup jalan-jalankearah
gejala sosial yang kian teruk ini, kerana mereka mempunyai ilmu agama yang cukup untuk membimbing mereka ke jalan yang benar mengikut landasan agama.
7). Kukuhkan Taraf Ekonomi Keluarga
Seminggu di Shah Alam
Wednesday, September 21, 2011
A total Dissapointment
Friday, September 16, 2011
Perempuan seksi di mata lelaki dan wanita
Thursday, September 15, 2011
new semester, new adventure
Friday, September 9, 2011
Generasi mase depan
nak salahkan sape? budak tu sendiri? mak ayah? kawan2 yang mempengaruhi budak tu? @ komuniti yang x amik berat? aku tak salahkan sesape. sebab ni bukan pe yang aku nak tulis sekarang ni. tapi, de gak kaitan ngan budak zaman sekarang.
aku nak tulis kisah seorang budak darjah 5 di kawasan umah aku. mak die agak warak, dan ayah die bese2 je. tapi pe yg aku salute kat mak die, mak die selalu g kelas agama setiap minggu. dan pe yang aku x berapa solute, die x bawak anak die bersamanya. anak tu di biarkan tinggal kan umah, tanpa pengawasan bapa. bapa die..cam.. x amik kesah tentang anak die. aku x tau kenapa. diorang (parents budak tu) melebihkan abang sulung diorang, pon aku x tahu nape. abang diorg di antar ke sekolah asrama penuh. abang kedua cam kurang2 sikit (dalam kata 3 suku), dan pas tu die dan de lagi adek lelaki dan sorang adek perempuan kot.
budak darjah lima ni ari tu bergaduh ngan abang die depan sekola sebab x mahu g sekola. padahal abang die da anta kat depan skola. diorang bergaduh sampai polis datang. parents pon da tentu la kena datang. lalu heboh satu kawasan ni la. pe yang sedihnye, pakaian budak tu da cam orang berumur 30 tahun, dengan rambut torjan karat, pakai beg tgn lelaki sangkut kat bahu dan jalan cam gengster. mak aku sendiri yang tengok cakap, budak ni rosak da..walaupon baru berusia 11 tahun. sayang sekali. x taun la merokok ke x tu.
aku secara jujur nye, memang x suke perokok. honestly. bukan sbb die membunuh diri @ pe, tapi bile die dekat ngan aku, die membunuh aku secara senyap2 ngan asap rokok tu. tu yang wat aku marah. aku x kesah pon..nak isap pe, tapi pls..jangan libatkan aku. aku selalu nye bagi warning tentang betapa teruk nye effek merokok, dan dadah dan sex tapi kalo wat gak, it's up to u. tapi jangan nak susahkan aku.
berbalek pada budak tu, nak salahkan mak ayah? sebab melebihkan abang, dan menghiraukan anak2 die yang laen? pergi ke kelas agama tiap2 minggu tapi x bawak die g skali? salahkan kawan yang memang kawasan perumahan aku ni teruk? salahkan komuniti x tego walaupon de yang siap tego parents die sendiri? @ pe? bagi aku, aku terpakse salah kan parents. bukan aku bais, sebab aku memang perna salahkan parents aku..ngan pe yang berlaku ngan diri aku. aku perna salahkan mak aku sebab abaikan aku, x jaga aku sampai biarkan lelaki sentuh aku. tapi..lame2 aku sedar, mak aku pon x perna dibesarkan ngan kaseh sayang seorang ibu. die x tau cam ne nak jadi ibu yang baek. ngan perangai aku yg susah nak gtau pe jadi kat diri aku, walhal aku demam, sakit, jatuh dari basikal, kene buli ngan budak skola... aku x perna gtau mak ayah aku. lagi la mak aku x tau cam ne nak bace perngai aku.
aku lagi suke, balek dari skola, bukak radio kuat2 dan menangis seorang2, dari gitau mak ayah aku. aku salahkan ayah aku sebab die sibuk berlayar dan kuar maen sepak takraw malam2, dan tinggalkan aku sensorg kat umah ngan lelaki tu. padahal aku x terfikir, mungkin die de pertandingan yang wat die kene maen.. sebab die bermaen untuk wakil tentera.
dan persolan ke-2, pe nasib budak tu, dalam mase 10 tahun akan datang? pe die akan jadi lagi 10 yang akan datang? die berubah, jadi baek? atau jadi lagi teruk? atau memang jadi teruk, tapi cube mengubah naseb die cam aku? aku x tahu nak jawab pe. pe yang aku tau, lame kelamaan, bila die da terlalu jauh..dari akan balek semula..seperti aku. aku harap sangat2 die akan patah balek, dan mencari sape diri die sebenar.
tentang budak tu..aku tak pasti. aku tak tahu cerita sebena. pape pon..bagi aku, kalo aku adalah budak tu, terus terang aku memang menyalahkan parents aku. 100%. nape? nape x jage die betol2? nape x didik die betol, walhal tiap2 minggu g kelas agama? nape x pukul anak sebab tau anak perangai cam pe? sebab dalam islam x bagi pukul anak? dalam islam, kalo anak berumur 10 tahun, tapi x solat, parents boleh pukul kalo x mendengar cakap. ni lak kalo wat perangai. dan nape ayah wat x tau, cam x de pape berlaku dalam famly, padahal anak da cam pe?
ni dari pe yang aku tengok ngan mate aku. bile aku tengok cam ni, mesti bende ni pon de gak berlaku kat tempat lain. mungkin lebih teruk @ mungkin kurang sikit. pape pon, bile dengar bende2 cam ni, wat aku takot..ngan mase depan. cam ne lak time aku nanti? cam ne kalo aku berkahwen dan di kurniakan anak. dapat ke aku mendidik anak2 aku ngan baek? anak2 aku akan jadi insan yg baek @ teruk cam aku? cam ne lak ngan keje dan karier aku? aku kene korban kan ke? or leh lagi teruskan, tapi aku akan melalui cam2 hal dalam hidup aku? mampu kah aku jadi ibu yang baek? ugghhh... aku x tau. soklan2 cam ni wat aku fikir..aku x mo kawen. aku takot. ugghhh..
Monday, September 5, 2011
Syawal ke-7
perbezaan nya mungkin orang kota lagi gemar wat open house sebab lebih mudah dan x perlu menyambut satu famly selepas satu famly datang menziarahi, seperti di kampung2. open house ni de gak kekurangan nye, bagi aku la. sebab, kalo wat open house, cam kalo kawan2 @ sanak saudara datang sekali harung, mmg x terlayan. dan lagi satu, x leh nak bajet makanan; kalo wat banyak dan tetamu yg datang skit, makanan x abes, dan kalo ramai yg datang, makanan x cukup. berbanding ngan satu kuarge datang selepas satu kuarge, kite de banyak bende la nak becerita, dan x risau sangat pasal makanan. pape pon, terpulang pada individu masing2.
aidilfitri kali ni bagi aku agak berbeza berbanding aidilfitri yg sebelom ni. pertama, aku berpose sebulan kat umah. ke-2, aku wat kek dan kueh raya sendiri. ke-3, raya kali ni cam x kelam kabut. tapi pe yang paling best, leh wat kueh raya sendiri la. bukan kire tentang sedap @ tidak (ok, sedap @ tidak tu kire gak la..), tapi pe yang lagi penting adalah kepuasan diri untuk wat makanan untuk di jamu kepada orang laen. kepuasan nye memang tak terkira. melebihi kepuasan sex. (hehehehe..)
tapi, lagi seminggu aku da nak balek shah alam. sangat2 malas nak kemas barang, padahal aku cume ken bawak satu beg je untuk g sne, sementara tunggu keputusan aku dapat bilik @ x. x tau la..npe, tapi memang malas. dan seperti bese, mesti la darah aku gemuruh sebelom nek shah alam. cam2 bende aku kene wat. ugghh... what to do?