Monday, December 19, 2011
Sperma dan mani lelaki
Ok, stop membebel pasal orang lain, better menjadi diri aku semula. mari bercerita tentang sperma dan air mani. mesti ramai yang tau tentang hal ni, tapi aku nak becerita dari segi pendidikan seks.
untuk mengetahui tentang sperma, kene la tau dari mana die datang dan pe yang membuatkan die kuar. pertama skali ia datang dari air mani, atau dalam bahase inggeris "semen". semen di keluar kan dari kemaluan lelaki a.k.a batang, a.k.a penis sewaktu proses ejakulasi. proses ejakulasi kebesaan datang bersama orgasme. ada juga kes lelaki tidak orgasme, tetapi mengalami proses ejakulasi. kes itu menunjukkan lelaki itu mempunyai penyakit prostat.
benih sperma mengambil masa 70 hari untuk dihasilkan di testes, atau nama lain nya adalah buah kerandut. sperma dihasilkan setiap hari sehingga lelaki tersebut meninggal dunia, tidak seperti wanita. sperma lelaki hanya boleh bertahan 2 hari sahaja di luar badan lelaki, dan kemudian akan mati dengan syarat sperma itu perlu berada di dalam keadaan yang berair.
syarat untuk mengetahui semen itu adalah semen yang sihat adalah:
1. jumlah kepekatan(concentration) sperma perlu mencecah 20mL per liter
2. jumlah semen perlu lebih dari 2mL
3. jumlah sperma perlu sekurang2 nya 40 juta.
4. sekurang2 nya 75% sperma perlu hidup. (normal jika lebih 25% sperma mati)
5. sekurang2 nya 30% sperma perlu mempunyai bentuk dan rupa. (kebesaan sperma senang
mati jika tidak mempunyai bentuk dan rupa)
6. sekurang2 nya 25% sperma perlu berenang dengan keadaan laju.
7. sekurang2 nya 50% sperma perlu berenang ke hadapan, walaupon berliang likuk.
-World Health Organisation
Fakta dan mitos tentang sperma.
Mitos
* Memiliki sperma yang cair sering dianggap mandul sedangkan ia tidak tepat. Sebaliknya, penghasilan sperma yang subur dan normal bergantung kepada jumlah sperma, pergerakan dan kandungan sperma normal atau tidak.
* Sperma dikatakan tidak mampu menembusi pakaian. Jawapannya, salah! Kemungkinan untuk hamil tetap ada berdasarkan kepada ukuran sel benih bersaiz mikron untuk menembusi pakaian wanita.
* Amalan makan putih telur dianggap mampu menambah kandungan sperma - ini hanyalah mitos! Ini kerana jumlah penghasilan sperma bergantung kepada saiz buah zakar. Untuk mendapatkan jumlah sperma yang mencukupi, adalah digalakkan untuk mengambil makanan bergizi dan berprotein. Secara teori, kuning telur sebenarnya lebih banyak zat berbanding putih telur!
* Ada pandangan menyebut lelaki tidak akan mengeluarkan sperma selepas proses ejakulasi. Jawapannya tidak benar! Ini kerana sperma masih boleh dikeluarkan biarpun kandungan sperma sudah berubah dan tidak banyak seperti lazim.
Fakta
* Secara purata kira-kira 100 juta sperma terkandung dalam setiap ejakulasi lelaki.
* Dalam hubungan seks, air mani diejakulasi ke hujung faraj. Sperma perlu berenang dari dalam faraj menembusi serviks (pintu rahim), merentasi ruang dalaman rahim menuju ke tiub falopio kanan dan kiri serta penghujung tiub ini untuk bertemu dengan ovum (jika ada) untuk membolehkan persenyawaan berlaku.
* Saiz buah zakar mempengaruhi bilangan sperma dan saiz melebihi 12 ml dianggarkan isi padu buah zakar yang sihat dan kurang dari itu mungkin menghasilkan kurang atau tiada sperma.
* Air mani keluar secara memancut apabila lelaki mencapai klimaks. Keadaan itu berlaku akibat proses percetusan sistem pancutan atau ejaculatory system.
* Jika ejakulasi berlaku berulang kali, ejakulasi seterusnya menyebabkan pengeluaran air mani tidak lagi memancut. Air mani hanya meleleh walaupun lelaki itu muda.
* Kandungan sperma dalam air mani ialah antara dua hingga lima peratus. Sebilangan besar isi padu air mani ialah cecair dari pundi prostat (60 hingga 70 peratus) dan yang selebihnya dari pundi seminal, pundi cowpers dan pepundi dalam salur kencing selain cecair dari pundi epididimis. Berhenti merokok dapat mengubah komposisi ini.
* Perokok tegar lebih berisiko mempunyai masalah bilangan sperma yang kurang dan peratus sperma yang bergerak juga kurang serta perlahan atau lambat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment