Thursday, January 31, 2013

Budak rosak

Sekarang orang sebuk cerita budak yang da makin rosak. dengan isu rogol la mencuri, merompak dan macam2 lagi. media yang paling banyak kuar kan cerita2 bende ni adalah surat khabar METRO.

secara jujurnya, aku sangat2 membangkang surat khabar ni. aku lagi rela baca utusan atau berita harian yang penuh ngan cerita tentang politik dari baca surat kabah metro.

kenapa?

pertama; memng metro banyak bagi info tentang kejadian jenayah yang berlaku di sekeliling kita, tapi aku pelik nape yang banyak nye cerita pasal rogol yang seangkatan dan sewaktu dengannya. nape? nak tarik pelanggan dengan cerita2 lucah free ke?

kedua; metro bukan sahaja dibaca oleh orang2 tua, orang2 bekerja, suami isteri, tetapi budak kecik, budak skolah rendah dan menengah dan, baik perempuan dan lelaki. lepas tu bile de kes gangguan seksual dan segala bagai, korang salahkan internet sebab tu dunia tanpa batasan. perlukah cari bahan lucah kat internet kalo kat metro sendiri da siarkan bahan lucah free?

ketiga; metro suka dan sangat gemar untuk menyiarkan cerita2 yang tak masuk akal dan cerita tentang bende remeh temeh. isu bayi mati tercekik susu disiarkan berbulan2 lama? pe kes? kamon la... bayi tercekik susu tu perkara biasa lebih2 lagi yang handle tu pompuan yang tak berkahwen. perlu ke untuk siarkan berbulan2? arwah kakak aku meninggal sebab doktor lambat sambut dan doktor tu doktor pakar yang berpengalaman. tak de pon wartawan datang tagih cerita dari ayah dan mak aku. nak label aku tak sensitiviti lagi ke?

ni la orang panggil human error, atau pon kesilapan manusia. selagi ko adalah manusia ko tetap akan wat salah, dan bende2 ni adalah perkara besa yang terjadi. kita tak leh nak elak benda yang kita tak leh kawal. kita cuma boleh kurang ianya dari terjadi. begitu gak budak2 rosak ni.

aku leh bet de bende yang tak betul jadi dalam hidup budak tu sebab tu die rosak. aku tak tahu lah, mungkin pengaruh genetik, mungkin pengaruh kawan, mungkin pengaruh internet, dan macam2 lagi "mungkin" yang leh aku senaraikan. bagi aku selagi die tak membunuh orang aku leh terima lagi dia  dan tak label sebagai jahat. cuma nakal dan sedikit terpesong. bagi aku bila da banyak bende2 cam ni berlaku, kita kene tolong, bukan kondem orang tu. mungkin ya, mereka tak mahu ditolong, ok fine. sekurang2 kite tawarkan pertolongan kat dia sebab mungkin satu hari nanti die berkesempatan untuk patah balik, die tahu sapa nak tuju. bukan terkontang kanting bersendirian.

aku tak rasa sesapa boleh hakimi hidup sesiapa. semua de salah dan silap masing2 dan itu lumrah alam.

No comments:

Post a Comment