Monday, May 27, 2013

Paraphilia



Paraphilia atau dalam bahasa melayu dipanggil parafilia, adalah keinginan pelik sesetengah manusia kat muka bumi ni. gejala parafilia memang da berleluasa kat dunia termasuklah kat malaysia. Cuma aku rasa ianya tak di dedahkan sebab akan menyebabkan aib kepada keluarga dan sebagainya.

Apa itu Parafilia?

First thing first. Parafilia boleh di definisikan sebagai suatu keadaan yang melibatkan "sex fetish", iaitu kecenderungan seseorang untuk teransang dari fantasi mereka, atau mengamalkan cara seks yang bertentangan dengan norma dan melampaui batasan. Mereka teransang melalui sesetengah perkara seperti objek (kanak-kanak, binatang atau pakaian) atau perlakuan (membuatkan pasangannya berada dalam kesakitan atau suka menunjukkan kemaluan di khalayak ramai).

Kebanyakkan parafilia adalah tergolong dari kaum lelaki dan perlakuan mereka sangat spesifik dan tidak berubah. Contohnya, mereka akan teransang apabila flash (menunjukkan kemaluan mereka di khalayak ramai), tetapi tidak teransang pabila melihat orang lain berbuat begitu.

Jenis-jenis parafilia

Terdapat lenbih dari 10 jenis parafilia yang telah dikategorikan namun hanya terdapat beberapa yang lebih popular. contoh nya:



  • Fetishism: Perlakuan terhadap objek atau bahagian badan yang berlawanan dengan norma tetapi dilakukan sekadar untuk mendapatkan ransangan dan kepuasan. Fetishists (pelaku fetishism) akan cuba mengambil barang mangsa secara rela ataupun paksa untuk menambah koleksi mereka. Objek kebiasaan yang menarik minat fetichists termasuklah seluar dalam wanita, kasut bertumit tinggi, atau barang yang tertentu seperti sutera, kulit atau baju berbulu binatang. Sesetengah fetish teransang memlalui bahagian badan seperti tapak kaki, atau rambut.
  • Transvestism: Kecenderungan lelaki yang normal  mendapatkan ransangan seksual secara berulang kali atau berterusan dengan memakai pakaian wanita. Transvestism bukan sekadar memakai pakaian bertentangan dengan jantinanya tetapi dia memakai sekadar untuk mendapatkan ransangan seksual. Pelaku ni bertentangan drag queen atau maknyah yang gemar memakai pakaian perempuan. 
  • Voyeurism: Pelaku yang cenderung teransang dari melihat wanita atau orang lain menanggalkan pakaian atau dalam keadaan bogel tanpa pengetahuan orang tersebut. Mereka kebiasaannya lelaki dalam linkungan 20-30 tahun  yang tidak berkahwin. Mereka lebih teransang jika kebarangkalian mereka akan tertangkap sewaktu mengendap lebih tinggi. 

  • Exhibitionism: Pelakuan menunjuk kemaluan pada orang yang tidak dikenali secara tiba-tiba untuk mendapatkan ransangan seksual atau kepuasan. Ianya lebih dikenali dengan nama flashing atau flasher pada orang yang melakukan perbuatan itu. Ramai pelaku ini sukar teransang dalam cara lain.  Sesetengah flasher hanya ingin menakut-nakutkan perempuan tidak semestinya untuk teransang. Mereka juga jarang merogol atau menyerang mangsa mereka tetapi terdapat juga kes flasher menyerang mangsa pabila tidak mendapat reaksi yang diingini. Polis lebih mudah memberkas pelaku parafilia ni berbanding  pelaku parafilia lain. flasher juga lebih teransang jika kebarangkali untuk tertangkap adalah lebih tinggi. 

  • Sadomasochism: Pelaku yang gemar membuat pasangannya kesakitan atau gemar disakiti, seperti di pukul, di ikat atau dimalukan di depan orang ramai. Kebiasaan parafilia ini melakukan sadomasochism dengan orang yg di percayai tetapi ada juga yang gemar untuk melakukannya dengan mangsa yang tidak merelakan perbuatan itu.
  • Pedofilia: Lelaki yang teransang terhadap kanak-kanak bawah umur. Dalam 2/3 mangsa pedofilia adalah kanak-kanak peempuan dalam linkungan umur 8-11 tahun. Pelakunya pula terdiri dari lelaki yang berumur 30-50 tahun. kebiasaannya adalah lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Tanggapan lelaki asing yang gemar mencari mangsa di taman kanak-kanak dengan membawa gula-gula adalah tidak tepat. Pedofilia juga terdiri dari ahli keluarga yang mudah mendekati mangsa. 


  • Bestiality: Kecenderungan teransang dengan binatang. Apabila seseorang itu melakukan aktiviti seksual yang berulang kali atau berterus terhadap binatang orang itu dipanggil zoofilia dan jia seseorang itu mempunyai keinginan terhadap binatang apabila pasangannya tiada, orang itu dipanggil bestiality. Zoofilia kerapkali melakukan perbuatan yang boleh membawa keburukan pada binatang tersebut. 

  • Necrophilia: juga di panggil thanatophilia atau necrolagnia, adalah kecenderungan untuk teransang pada mayat. pelaku necrophilia dikaji sebagai orang yang mempunyai motif yang tersendiri. ada yang menjadi necro kerana ingin bersama dengan orang yang dikasihi tetapi telah ditolaki berulang kali. ada yang mahu bersama dengan kekasih yang sangat disayangi walaupon sudah mati, ada yang menjadi necro kerana ingin menunjukkan dominasi terhadap mangsa yang telah dibunuh. 


Punca Parafilia

Punca penyebab parafilia masih tidak di ketahui. Terdapat para psikiologi menyatakan pelaku parafilia melakukan perbuatan seksual itu secara berulangkali sehingga ia menjadi kemestian untuknya mencapai kepuasan. Sesetengah berpendapat parafilia mempunyai kesukaran untuk berkomunikasi dan berhubungan dengan manusia lain secara normal. Walaubagaimanapon, hampir semua parafilia mula menunujukkan keinginan mereka sewaktu remaja yang mana berkaitan dengan perkara yang berlaku sewaktu mereka kecil.


Rawatan untuk Parafilia

Terdapat pelbagai terapi untuk memulihkan pelaku ini dari berleluasa. malah terdalam ubat-ubatan telah dicipta untuk mengurangkan keinginan secara dalaman. mendekatkan diri dengan agam juga mampu mengurangkan kecenderungan parafilia untuk mengulangi perbuatan mereka.

Parafilia, undang-undang. 

tidak semestinya parafilia menyalahi undang-undang. sebagai contoh, transvestism hanya memakai pakaian jantina yang bertengan dengannya. dia tidak membawa apa-apa keburukan dari orang lain. namun, pelaku yang menyebabkan kecederaan pada mangsa atau pasangan di ambil kira sebagai perbuatan jenayah.

                                                                    ***********

Sebenarnya aku nak cerita tentang bende ni sebab da banyak aku perasan kat internet orang post macam2. mungkin pada yang baca tak percaya, tapi de sesetengah tempat kt malaysia da jadi. dan aku nak kongsi gif picture ni kat korang. tapi aku tak suka nak paste kat sini sebab tak suka nak tengok. so aku bagi link dia.

http://www.bardbahtiar.com/wp-content/uploads/2011/10/9ddd0781c397c879b7a067bc4730f06c.gif

nampak cam bukan kat mesia. tapi banyak cerita dan aku jumpa yang cam ni. ni budak kot... pe nak jadi.. aku tego bukan sebab saja-saja, tapi nak menyedarkan bende ni bukan untuk sedap je. tapi fikirlah masa depan. ni ke budak yang akan membesar dan mentadbir negara kita? leh membangun ke? Allah redha ke ni jadi pemimpin kita? so, oleh sebab tu baik cegah daripada membendung sebab kalo tak cegah, susah nak bendung.

Wallahua'alm..

Sunday, May 26, 2013

The Shawshank Redemption: Cerita Banduan Terlepas



aku baru je pas tengok movie the shawshank redemption, yang mana salah satu pelakon nya adalah Morgan Freeman. cerita yang menarik dan penuh dengan input. aku rasa ramai kawan-kawan aku tak suke kot cerita tu. ntah la.. movie yang agak berat memerlukan penonton yang tertentu untuk suka. tapi pe yang pasti de beberapa perkara yang aku belajar dari movie tu; pertama, jangan cari hal dan kedua, kalo cari gak, well... fuck it.

movie ni turut menjawab beberapa persoalan yang aku pernah terfikir sebelum ni. pertama; kalo orang tu di jatuhkan hukuman 40-50 tahun penjara, kalo diorang dapat keluar, ke mana je diorang pergi? dan boleh ke diorang survive hidup kat luar? jawapannya, dan tentu la tak. 50 tahun adalah satu jangka masa yang sangat-sangat lama. mungkin hari pertama melangkah ke penjara ko takkan suka. tapi bila hari bersilih ganti, berbulan-bulan dan bertahun, sudah tentu ko akan sebati dengan tempat tu, dan merasakan penjara adalah rumah sendiri. rasa selamat dan sebagai nya, walaupon tak berapa selamat. sebab tu aku pernah terbaca banyak berita orang yang dah masuk penjara bertahun-tahun akan wat jenayah balik untuk masuk ke dalam balik. aku cuma rasa kalo nak hukum orang paling lama 20 tahun, tapi kalo nak lama lagi, lebih baik wat seumur hidup. mereka lagi suka cam tu.

pas tu kalo nak gak mereka merasa hidup diluar, kena la berikan kerja dan tempat tinggal yang sesuai. takleh la tinggal sensorg. lebih baik tinggal bersama-sama dengan bekas inmates yang lain. sekurang-kurangnya mereka de teman untuk berbual dan mendapatkan sokongan moral. aku tak yakin keluarga mereka mampu terima mereka balik ataupon mereka masih kenali ahli keluarga mereka.

aku tak faham pada sesetengah orang yang membenci orang yang membuat jenayah. kalo aku dapat berbual dengan mereka, aku nak sangat dengar tentang kisah hidup mereka yang mana banyak mempengaruhi faktor diorang membuat jenayah. sesetengah pesalah bukan dilahirkan untuk menjadi perompak, pembunuh, perogol dan sebagainya. benda yang buruk berlaku selalunya ada puncanya. contoh seorang yang de masalah mental, mungkin sebab genetik, mungkin sebab persekitaran sewaktu kecil, dibuli, dipukul oleh bapa atau emaknya dan sebagainya. atau seperti aku, well..pada siapa yang tahu kisah aku, tentu boleh jawab soklan tu.

aku tak salahkan parent aku, tak salahkan sesiapa. kalo aku salahkan pon, aku salahkan diri aku. sebab tu kot aku cuba untuk bunuh diri beberapa kali. tapi tulah puncanya. pernah la terfikir, kalo aku tak mempunyai kisah silam cam tu, agak2 nya kat mana aku ni sekarang? adakah aku jadi lebih baik? jadi cikgu bahasa inggeris yang dulu aku selalu idam-idamkan? atau jadi lebih teruk? jadi cam norita? atau camne?

de orang percaya de kehidupan yang lain. mereka jadi lebih baik. takpe la, tu kepercayaan korang. tapi bagi aku, takde nye kehidupan lain. ini je la kehidupan yang de. x de nye leh nak undur atau nak putar balik keadaan. ini je yang kite de. this life. terasa hidup sangat teruk? cuba la untuk berubah. susah nak berubah? takotkan perubahan? takpe, teruskan hidup cam tu.

kengkadang memang kita nak jadi cam orang lain, hidup senang, tapi lain orang lain kelebihannya. tak semestinya orang kaya hidup senang. kengkadang aku tengok orang hidup susah lagi senang hidup mereka. orang kaya nampak senang dari luaran, tapi di dalam kepala mereka macam2 mereka fikir. hutang, takot kene bunuh, takot harta kena songlap, takot kene jual, takot anak bini kene jual, tengok anak yang tak menjadi dan takot dengan masa depan mereka. itu pon kalo de anak. rata-rata aku tengok ramai orang kaya tak de anak sangat.

orang susah, susah dari luaran. mentaliti mereka tak susah mana. rata-rata orang susah tak fikir panjang. janji ada sepinggan nasi sehari pon da mencukupi. jadi orang kaya makan pon leh jadi masala. susahnya hari2 makan pizza. kenny roger's da muak makan. nasi lak tak leh sentuh. akhirnya tak tahu nak makan pe. hehehe. ni sume sekadar perumpamaan.

dan aku tak cakap pon best jadi orang susah. best gak jadi orang senang. ko leh beli pe yang ko nak. de orang cakap duit tak leh membeli kebahagiaan. sapa kate? orang kaya la orang yang paling senang nak dapatkan kebahagiaan. perlukan perempuan dan dah muak tengok muka bini? g tempat len guna alasan out-station dan bayar sorang perempuan untuk jadi bini. takkan tu tak bahagia? dapat beli kereta, makan apa saja, masih tak bahagia? tak tahu la nak cakap pe. huhu. melainkan pas tu korang bankrap. memang tak bahagia langsung. mana de orang bahagia kalo bankrap? tolongla faham..

point is... bagi aku, aku nak kehidupan ni bermakna. biarlah aku ni dah tak de apa. at least, bila aku abes blaja aku nak keja. nak de kereta, dan rumah. bagi makan cukup kat parent aku, dan adek aku. kalo de orang sudi, mungkin aku kawen kot. kalo tak, takpe la. tak de sapa nak perempuan cam aku dan aku tahu tu. sebab tu aku tak fikir panjang soal kawen2 ni. kalo aku dapat hidup panjang lagi 50 tahun, aku akan wat yang terbaik untuk aku. yang penting, aku tak mengalah, cam subjek applied maths tu. fuck it quiz aku sume fail. tapi yang penting aku belajar dan cuba lulus kan sume test aku. aku tahu aku bukan budak pandai, pe tah lagi rajin. tapi aku tak semudah tu untuk mengalah.

Saturday, May 25, 2013

Latar belakang

da lama aku nak tuka background pic page aku. akhir nye jumpe gak yang aku berkenan. tengok la lagi 2 3 hari, kalo rasa bosan, aku akan try cari yang len.

Assalamualaikum pada pembaca blog ni. sebulan lepas aku perasan viewers blog ni da mencecah puluhan ribu. terkejut gak aku. dan aku nak gak tau spe je yang masuk sini. tapi tak pe la. kat sbelah ni bukan accurate sangat pon. tapi point nye, thanks sebab sudi walk in blog aku yang tak seberapa ni. arap info dan nukilan dalam ni dapat memberi pape makne dalam hidup korang. 

hampir kurang sebulan lagi final exam akan datang menjelma. aku sangat-sangat takut dan sangat-sangat gembire. untuk semester ni, perasaan aku bercampur baur. sampai aku sendiri tak tahu pe yang aku sebenar nya rasa. tapi, yang pasti aku memang takot gile2 sekarang ni.

pon begitu personal life aku... aku tak tahu nak cakap cam ne. selepas 3 tahun bersama dengan seseorang dan tetibe die membizi kan diri sendiri, bagi aku tu adalah sesuatu perubahan yang sangat besar dan aku masih berada di dalam proses menyesuaikan diri. tapi aku tahu dia bizi memang sebab keje dan bukan sebab lain. Insya-Allah.

aku rasa ni la masala sesetengah perempuan. bila lelaki mereka tak dapat nak luangkan masa bersama, mereka akan wat perangai. Alhamdulillah, pakwe aku masih lagi leh tahan. dan aku sangat-sangat berterima kasih dengan dia sebab dia memang sangat-sangat memahami. harap perjalanan ni tak akan terhenti di mana-mana dan akan memberi kita banyak pengajaran dan pembelajaran untuk sentiasa memperbaiki diri sendiri. Amin..

Monday, May 6, 2013

Semester Terakhir

hari ni hari terakhir aku bercuti kat JB. untuk cuti ni. tak termasuk cuti gawai nanti. huhu. tadi aku baru pas mengusha2 kilang minyak dan kimia untuk mintak praktikal untuk sem depan. fantasinya, aku nak sangat2 praktikal kat petron, tapi realitinya nak jumpa pegawai HR sendiri pon, kene wat appointment. so, leh agak memang susah nak dapat kat sane.

leh nampak la...alam pas grad nanti cam ne. agak scary sebenar nya. da la waktu nak praktikal ni pon susah nak cari tempat praktikal, ni kan waktu keje. x tau la ni sekadar dugaan atau pe, tapi  aku try gak untuk harungi dugaan ni.

pe pon, aku sebuk2 cari tempat praktikal, aku hampir terlupa tentang stadu aku untuk sem ni. sem ni sangat pressure, sangat complicated, sangat stress, sangat takut, sangat seronok, sangat mendebarkan sepanjang aku belaja. dengan bawak applied maths, dan biochem, aku tak tahu sama de aku leh survive dalam minggu stadi week nanti. hopefully leh la kot.

tapi yang penting skali, aku berdoa dan berharap sangat2 aku leh lepas sume subjek sem ni. tak mintak banyak, tapi tu satu je.

Ya Allah.. tolong la tunai kan hajat hamba Mu ini. Amin..