Monday, May 27, 2013

Paraphilia



Paraphilia atau dalam bahasa melayu dipanggil parafilia, adalah keinginan pelik sesetengah manusia kat muka bumi ni. gejala parafilia memang da berleluasa kat dunia termasuklah kat malaysia. Cuma aku rasa ianya tak di dedahkan sebab akan menyebabkan aib kepada keluarga dan sebagainya.

Apa itu Parafilia?

First thing first. Parafilia boleh di definisikan sebagai suatu keadaan yang melibatkan "sex fetish", iaitu kecenderungan seseorang untuk teransang dari fantasi mereka, atau mengamalkan cara seks yang bertentangan dengan norma dan melampaui batasan. Mereka teransang melalui sesetengah perkara seperti objek (kanak-kanak, binatang atau pakaian) atau perlakuan (membuatkan pasangannya berada dalam kesakitan atau suka menunjukkan kemaluan di khalayak ramai).

Kebanyakkan parafilia adalah tergolong dari kaum lelaki dan perlakuan mereka sangat spesifik dan tidak berubah. Contohnya, mereka akan teransang apabila flash (menunjukkan kemaluan mereka di khalayak ramai), tetapi tidak teransang pabila melihat orang lain berbuat begitu.

Jenis-jenis parafilia

Terdapat lenbih dari 10 jenis parafilia yang telah dikategorikan namun hanya terdapat beberapa yang lebih popular. contoh nya:



  • Fetishism: Perlakuan terhadap objek atau bahagian badan yang berlawanan dengan norma tetapi dilakukan sekadar untuk mendapatkan ransangan dan kepuasan. Fetishists (pelaku fetishism) akan cuba mengambil barang mangsa secara rela ataupun paksa untuk menambah koleksi mereka. Objek kebiasaan yang menarik minat fetichists termasuklah seluar dalam wanita, kasut bertumit tinggi, atau barang yang tertentu seperti sutera, kulit atau baju berbulu binatang. Sesetengah fetish teransang memlalui bahagian badan seperti tapak kaki, atau rambut.
  • Transvestism: Kecenderungan lelaki yang normal  mendapatkan ransangan seksual secara berulang kali atau berterusan dengan memakai pakaian wanita. Transvestism bukan sekadar memakai pakaian bertentangan dengan jantinanya tetapi dia memakai sekadar untuk mendapatkan ransangan seksual. Pelaku ni bertentangan drag queen atau maknyah yang gemar memakai pakaian perempuan. 
  • Voyeurism: Pelaku yang cenderung teransang dari melihat wanita atau orang lain menanggalkan pakaian atau dalam keadaan bogel tanpa pengetahuan orang tersebut. Mereka kebiasaannya lelaki dalam linkungan 20-30 tahun  yang tidak berkahwin. Mereka lebih teransang jika kebarangkalian mereka akan tertangkap sewaktu mengendap lebih tinggi. 

  • Exhibitionism: Pelakuan menunjuk kemaluan pada orang yang tidak dikenali secara tiba-tiba untuk mendapatkan ransangan seksual atau kepuasan. Ianya lebih dikenali dengan nama flashing atau flasher pada orang yang melakukan perbuatan itu. Ramai pelaku ini sukar teransang dalam cara lain.  Sesetengah flasher hanya ingin menakut-nakutkan perempuan tidak semestinya untuk teransang. Mereka juga jarang merogol atau menyerang mangsa mereka tetapi terdapat juga kes flasher menyerang mangsa pabila tidak mendapat reaksi yang diingini. Polis lebih mudah memberkas pelaku parafilia ni berbanding  pelaku parafilia lain. flasher juga lebih teransang jika kebarangkali untuk tertangkap adalah lebih tinggi. 

  • Sadomasochism: Pelaku yang gemar membuat pasangannya kesakitan atau gemar disakiti, seperti di pukul, di ikat atau dimalukan di depan orang ramai. Kebiasaan parafilia ini melakukan sadomasochism dengan orang yg di percayai tetapi ada juga yang gemar untuk melakukannya dengan mangsa yang tidak merelakan perbuatan itu.
  • Pedofilia: Lelaki yang teransang terhadap kanak-kanak bawah umur. Dalam 2/3 mangsa pedofilia adalah kanak-kanak peempuan dalam linkungan umur 8-11 tahun. Pelakunya pula terdiri dari lelaki yang berumur 30-50 tahun. kebiasaannya adalah lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Tanggapan lelaki asing yang gemar mencari mangsa di taman kanak-kanak dengan membawa gula-gula adalah tidak tepat. Pedofilia juga terdiri dari ahli keluarga yang mudah mendekati mangsa. 


  • Bestiality: Kecenderungan teransang dengan binatang. Apabila seseorang itu melakukan aktiviti seksual yang berulang kali atau berterus terhadap binatang orang itu dipanggil zoofilia dan jia seseorang itu mempunyai keinginan terhadap binatang apabila pasangannya tiada, orang itu dipanggil bestiality. Zoofilia kerapkali melakukan perbuatan yang boleh membawa keburukan pada binatang tersebut. 

  • Necrophilia: juga di panggil thanatophilia atau necrolagnia, adalah kecenderungan untuk teransang pada mayat. pelaku necrophilia dikaji sebagai orang yang mempunyai motif yang tersendiri. ada yang menjadi necro kerana ingin bersama dengan orang yang dikasihi tetapi telah ditolaki berulang kali. ada yang mahu bersama dengan kekasih yang sangat disayangi walaupon sudah mati, ada yang menjadi necro kerana ingin menunjukkan dominasi terhadap mangsa yang telah dibunuh. 


Punca Parafilia

Punca penyebab parafilia masih tidak di ketahui. Terdapat para psikiologi menyatakan pelaku parafilia melakukan perbuatan seksual itu secara berulangkali sehingga ia menjadi kemestian untuknya mencapai kepuasan. Sesetengah berpendapat parafilia mempunyai kesukaran untuk berkomunikasi dan berhubungan dengan manusia lain secara normal. Walaubagaimanapon, hampir semua parafilia mula menunujukkan keinginan mereka sewaktu remaja yang mana berkaitan dengan perkara yang berlaku sewaktu mereka kecil.


Rawatan untuk Parafilia

Terdapat pelbagai terapi untuk memulihkan pelaku ini dari berleluasa. malah terdalam ubat-ubatan telah dicipta untuk mengurangkan keinginan secara dalaman. mendekatkan diri dengan agam juga mampu mengurangkan kecenderungan parafilia untuk mengulangi perbuatan mereka.

Parafilia, undang-undang. 

tidak semestinya parafilia menyalahi undang-undang. sebagai contoh, transvestism hanya memakai pakaian jantina yang bertengan dengannya. dia tidak membawa apa-apa keburukan dari orang lain. namun, pelaku yang menyebabkan kecederaan pada mangsa atau pasangan di ambil kira sebagai perbuatan jenayah.

                                                                    ***********

Sebenarnya aku nak cerita tentang bende ni sebab da banyak aku perasan kat internet orang post macam2. mungkin pada yang baca tak percaya, tapi de sesetengah tempat kt malaysia da jadi. dan aku nak kongsi gif picture ni kat korang. tapi aku tak suka nak paste kat sini sebab tak suka nak tengok. so aku bagi link dia.

http://www.bardbahtiar.com/wp-content/uploads/2011/10/9ddd0781c397c879b7a067bc4730f06c.gif

nampak cam bukan kat mesia. tapi banyak cerita dan aku jumpa yang cam ni. ni budak kot... pe nak jadi.. aku tego bukan sebab saja-saja, tapi nak menyedarkan bende ni bukan untuk sedap je. tapi fikirlah masa depan. ni ke budak yang akan membesar dan mentadbir negara kita? leh membangun ke? Allah redha ke ni jadi pemimpin kita? so, oleh sebab tu baik cegah daripada membendung sebab kalo tak cegah, susah nak bendung.

Wallahua'alm..

No comments:

Post a Comment