Tuesday, November 12, 2013

Sebulatnya - The Fabulous Cats Reviews


aku terkejut nape lagu ni tak terlalu popular kat corong radio. aku andaikan  mungkin tak ramai yang minat lagu-lagu melayu atau ia di sebabkan pendengar yang tak pandai menilai. kebanyakkan orang malaysia ni, aku rasa mereka suka sesuatu yang klise atau sesuatu yang 'catchy' walaupon sebenarnya kalo baca lirik, lagu tu sangat-sangat membosankan. golongan-golongan ni aku gelarkan golongan yang naif, yang sentiasa menerima sesuatu tanpa usul selidik. mana yang diorang rasa best diorang junjung, dan mana yang kurang best mereka abaikan. padahal yang kurang best tu la kebiasaan adalah sesuatu seni yang sukar di cipta. sebagai contoh lagu ni la, korus dia "aku yang bodoh, aku yang buta". kalo golongan naif ni dengar, mereka terus cakap, eh lagu pe ni cakap diri sendiri bodoh bodoh. diorang terus kondem dan terus tak dengar. naif bukan?

bagi aku ramai orang boleh menyanyi tapi tak ramai yang boleh menjadi seorang artis. untuk menghasilkan satu karya seni yang bagus, memerlukan seorang artis dan bukannya penyanyi. sedihnya, di sebabkan terlalu ramai golongan naif kat malaysia, artis-artis kurang mendapat perhatian dan oleh itu aku tak terkejut kalo mereka cari lubuk lain selain malaysia kerana golongan-golongan naif ni.

aku berani komen pasal bende ni sebab kebanyakkan kawan-kawan aku adalah dari golongan ni. entahlah, mungkin bagi mereka lagu-lagu ni adalah sekadar penghibur dan tak memberi makna dalam hidup mereka. tapi come on la.. senang nye hidup ko, ko dapat satu bende, tak wat kajian dan terus terima. cam ne kalo info yang ko dapat tu rupa-rupanya bende tak betul, tak de rasa malu ke ngan diri sendiri dan suka menerima membabi buta?

entahlah.. tapi aku memang puji fabulous cats sebab leh wat lagu ni. de beberapa artis kat mesia cam diorang, tapi tak perlu untuk sebut nama diorang. korang google la lagu-lagu kegemaran korang, rasa lirik tu mendalam ke tak, muzik die best ke tak, suara penyanyi tu bagus ke tak. kalo stakat petik gitar ulang lirik yang sama, amik pantun jadi kan lirik cam tak de modal nak wat lagu tapi korang cakap bagus, korang lah golongan naif. golongan yang menjunjung penyanyi dan bukannya karya seni.

No comments:

Post a Comment