Tuesday, October 5, 2010

Melayu mudah lupa

Referring to the blog that I just read, which is http://chedet.co.cc/chedetblog/2010/08/is-meritocracy-racist.html


Aku sbenanye x suke untuk masuk campur tentang politik, tapi memadangkan aku ni da cecah 21 tahun dan akan menjadi 22 tahun x lame lagi, dan aku jugak masuk kos yang memerlukan aku amik tahu tentang plitik, so yes.. aku terpakse la amik tau.

Setelah baca paper dan blog dari pemimpin di Negara ni (x kisah la die BN, PKR @ pas), aku menyedari kebanyakan ahli politik sekarang hanya hebat berkata2, tapi ilmu di dada kosong belaka. Konon nak berlawan berkata-kata denagan Tun Dr. Mahathir Mohammad, tapi mereka tidak sedar betapa berilmu nya Tun ni, berbanding mereka yang hanya pendidikan entah sampai ke mana aja. Tentang pendidikan tuh leh scratch, sebab tak de kene mengena.

Mereka mendakwa, Tun telah memikirkan tentang orang melayu, dan tak abes2 membawa sentiment membenci kepada orang itu dan ini, tapi mereka tidak sedar, bahawa orang yang mereka katakan membawa sentiment itulah yang membawa kemajuan dan kemewahan yagn kita sedang nikamti sekarang ini. Jika tidak, sudah tentu Malaysia lebih kurang jugak seperti Indonesia. Sedeh kan? Kerana orang ini la..yang terlalu memikirkan tentang orang melayu, orang melayu punya tempat di dalam bidang ekonomi di Malaysia ini. Kalo tidak, sudah tentu orang melayu masih bercucuk tanam di sawah @ mengerjakan pohon kepala di kampong. Tidak ada yang dapat menjadi kaya, apatah lagi mendapat gelaran datuk.

Aku rasa, ada yang tidak ingat bahawa sewaktu tun masih lagi memegang tapuk pemerintahan, bahawa melayu mudah lupa. melayu mudah lupa. oleh itu, beliau seringkali mengingatkan kita siapa kita, dan siapa musuh di hadapan. tapi ada jugak pihak tertentu mendakwa, bahawa kita (melayu) sudah kukuh. kukuh kah? oleh kerana sudah "kukuh", mereka seperti mudah kupa @ lebih tepat memandang ringan tentang hal sekeliling mereka. Mereka tidak sedar bahawa musuh ada di mana-mana, dan bersedia setiap saat untuk menghancurkan melayu. aku bukan pakar sejarah, @ pakar apa-apa, tapi aku sendiri boleh menyedari hakikat ini.

Walaupon aku bercakap tentang bnde ni, mereka still akan menidakkan apa yang aku cakap. Mereka mesti akan berkata, bahawa aku mengunakan modal citer lama untuk mengidupkan hujah aku. Tidak, ini bukan modal lama, tapi ini kenyataan. Tengok sahaja la apa yang telah berlakau setelah tun berundur dari jawatan perdana menteri. X abes2 menteri dan orang2 besar bergaduh kerana sebab itu dan ini. Padahal, pada waktu pemerintahan tun, tidak ada sesape pon berani untuk bersuara. Kerana apa? Kalao bersuara terus turun pangkat, @ terus pergi ke ISA. Kenapa Tun berbuat begitu? Kenapa Tun tidak mengambil berat tentang apa yang orang lain katakana padanya? Kerana die lebih tahu tentang Malaysia dari orang lain. Kerana die lebih tahu apa yang terbaik untuk negara ini dari orang lain. Ingat, Tun memegang Malaysia selama 22 tahun. Oleh itu, kita tidak perlu pertikaikan apa keputusan Tun. Sebagai tambahan, apa yang aku tahu, sebuah organisasi @ kerajaan, perlu di pimpin oleh seorang sahaja, dan dibantu oleh beberapa orang dibawahnya. Orang bawahan itu hanya berhak untuk menyuarakan apa yang terbuku dihati, tetapi tidak berhak untuk melaung-laungkan apa yang mereka katakan itu perlu dilaksanakan. Jadi, mengapa ramai orang persoalkan Tun membuat keputusan sendiri sewaktu beliau di tapuk kerajaan? aku tidak faham lah.

Hal kedua pula. Sebentar tadi aku ada menukil, bahawa para peminpin kerajaan sekarang hanya tahu berkata sahaja, tapi ilmu tidak ada. aku bagi satu contoh yang paling jelas. isu kekuasaan sultan di Malaysia. Ada pemimpin yang mempersoalkan isu ini. Tapi, setelah aku membaca suratkhabar dan blog-blog di internet, aku terfikir sejenak, adakah pemimpin yang mempersoalkan hak sultan ini warganegara Malaysia? Kerana kalo mereka warganegara Malaysia, sudah tentu mereka faham mengapa sultan mempunyai kuasa.

Itu..satu hal. Satu hal lagi, cara mereka berkata-kata seperti sudah khatam dengan undang-undang malaysia. Mereka tidak sedarkah betapa banyak kuasa sultan telah ditarik? Mengapa mereka mahu sultan ini terus pupus? sebelom Tun Dr. Mahathir naek, sultan mempunyai kuasa untuk tidak di kenakan tindakan undang-undang walau apa pon jenayah yang mereka lakukan. walhal mereka membunuh orang. namaun, setelah Tun Dr. Mahathir naek, kuasa itu telah di tarik balek, di mana sultan akan di kenakan tindakan undang-undang apabila melanggar peraturan. Namun, hanya agung sahaja yang tidak akan di kenakan apa-apa tindakan, walhal baginda membunuh orang. Namun, speciality ini hanya bertahan selama mana sultan itu menjadi agung.

Mereka tidak ingatkah siapa yang memerdekakan mereka? Mereka tidak belajar sejarah kah di sekolah menengah tentang apa sumbangan sultan kepada tanah air berdaulat ini? Tidak perlu aku terangkan. Kalo mereka fikir mereka betol-betol anak jati Malaysia, pergi ke perpustakaan @ kedai buku dan beli lah buku perlembangaan sebelom mengeluarkan apa-apa perkataan tentang mempersoalkan kedaulatan sultan. Mereka membuatkan orang lain, terutamanya rakyat yang terpelajar memandang hina pada diri mereka kerana terlalu cetek ilmu di dada.

No comments:

Post a Comment