hampir sume perempuan kat dunia ni, akan de satu musim yang kronik pada setiap bulan. musim kronik yg aku panggil ni adalah PMS @ dalam bahase mudah period.
rata2 perempuan akan mengalami sakit di bahagian tertentu, dan sebahagian kecil sahaja x akan alami apa2. maksud nye, x de emo, x sakit. cam bese je.
tapi bagi aku, waktu period adalah waktu paling mencabar setiap bulan. waktu tu emosi sangat2 x menentu. ramai lelaki akan tanya, tu kan hanya emosi, hormon. x kan x leh kawal sendiri? demi Allah, aku da selalu cube kawal diri tapi cam2 ne pon aku mesti akan marah kat sume org keliling aku tanpa aku sedari.
perlu di ingatkan, hormon bukan sesuatu yang boleh di kawal. oleh sebab tu perempuan x leh kawal emosi diorang. kengkadang perasan diorang sekejap sangat2 gembire, sekejap sedey, sekejap marah2, sekejap mendiamkan diri dan sekejap menangis. tu sume memang x leh kawal.
oleh itu, kalo korang sayang awek korang dan hubungan korang, de baek nye untuk cube langkah2 die bawah ni. kalo x dapat wat sume, sikit pon jadi je. selamat mencuba!
2. Nyatanya kehadiran PMS bukan waktu memutuskan hubungan. peranan lelaki perlu lebih meahami pasangannya. ikut rentak si dia dan layanlah dia sebagai seorang puteri sepanjang seminggu itu (bagi pendapat aku, x yah pon layan cam puteri. cukup memahami dan jangan betah sude..)
3. Lelaki sering terkena leteran tentu mendapati kedatangan period teman wanita bukanlah hari yang paling indah. Cuba tumpukan perhatian lebih kepadanya dan jangan mendatangkan marahnya. ucapkan cinta dan pujinya cantik lebih-lebih. (x yah nak puji memuji sgt. agak2 kalo da x tahan kene leter, soh die berhenti meleter or else die akan kene heart attack sbb melayan amarah die tu.)
4. Harap teman lelaki lebih memahami dan tidak mengemukakan apa-apa persoalan atau masalah dalam waktu begini. kejutan perlulah yang bermanfaat dan benar-benar menggembirakan. (sekali lagi, kejutan x di perlukan sangat. madang asal period nak adiah n kejutan, kopak rr duit lelaki tu. oh, pesanan ini hanya untuk perempuan yg bukan kaki cukur ok? ;p)
5. kala si kekasih mula bertanyakan tentang badannya, jangan pula menambah bara dengan mengunkit dia makan kek brownies semalam. (lebih baek berterus terang walaupon itu akan mendatangkan kemarahan die. tapi kalo die rase korang menipu sbb die period, lagi korang kene marah. nak ke kene marah free? nyeh nyeh nyeh...)
6. sebaik-baiknya tarik kekasihmu dan bawa dia bersiar-siar. Udara segar mampu mengubah moodnya. jangan sekali-kali mengingatkan dia mengenai ketidakselesaannya.
7. jangan bangkang jika dia mengutarakan masalah kamu masih merokok walaupun sudah berjanji mahu berhenti, atau baju kamu bertaburan di lantai, kerana saat begini memungkinkan dia meninggikan suara (dalam erti kata lain, korang cube wat2 x dengar pe die cakap)
8. Adakah lebih baik kamu pelajari kehadiran period wanita kerana kamu akan sehidup semati dengan isteri atau bakal isteri. barulah bahagia dan serasi hidup.
9. bagi suami, belailah isteri jika dia dalam kesakitan. dodoi isteri agar dia lebih tenang. Manakala sang kekasih pula, bisikan kata-kata manis di telingannya menerusi telefon jika dia rasa kurang selesa.
10. Dengan kehadiran kamu wahai lelaki yang sangat memahami, ia bakal meringankan lagi tekanan wanita. Hadiahkan wanita Kotex soft & smooth Overnight kerana ia pilihan tepat.. (x perlu sgt. bukan nye pmpuan ni x de duit nak beli tuala wanita. ugghh..)
No comments:
Post a Comment