Assalamualaikum dan selamat petang pada sume pembaca blog ni. ari ni aku nak berborak tentang sesuatu yang sume orang perna lihat di televisyen dan dengar di corong radio. pelalian HPV dan kanser servik.
seperti mana yang sume orang tau, kanser servik adalah antara penyakit yang banyak membunuh wanita di malaysia ini, dan cume sedikit sahaja orang tahu apa itu HPV.
apa tu HPV? dan pe kene mgene ngan kanser servik?
sebelom aku membebel pasal kanser servik, de baek nye aku menerangkan tentang HPV.
HPV atau pon nama panjang nye, human papilloma virus adalah virus yang menyebabkan kanser servik. kalo tengok sekali imbas, virus ni x merbahaya tapi virus ni la boleh menyebabkan perubahan pada sel pangkal rahim, dan menyumbang kepada perkembangan barah.
pe sbena nye kanser servik ni?
kanser servik ni name lain die adalah kanser pangkal rahim. servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina. Penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.
sape yang terdedah pada kanser servik ni?
golongan yang:
- Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
- Mempunyai pasangan seks berbilang
- Mengandung lebih dari 5
- Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
- Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
- Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
- Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.
tapi pe yang aku slalu dengar, orang yang mengamalkan seks x sihat, memang de risiko yang sangat tinggi untuk kene kanser servik. seks x sihat ye, bukan safe seks. dua perkataan yang berbeza yang mempunyai maksud yang lngsung x de kene mengene.
seks x sihat makne nye, pas bersetubuh x reti nak bersihkan kan diri, mandi atau sekurang2 bersihkan alat sulit.
seks selamat adalah memakai kondom. tentang ni aku da membebel di post yang lepas2. da x ingat post ke bape.
so, cam ne pompuan leh terdedah pada kanser ni?
perlu di ingatkan.. cam cikgu dan lecturer aku gitau, alat sulit ni adalah tempat yang sensitif (pompuan mahupon lelaki). kalo x jage betol2, memang akan senang kene jangkitan. kalo kene jangkitan bakteria @ kuman, kebesean nye alat sulit akan berbau. kalo kene virus akan jadi lebih teruk. oleh itu, selepas bersetubuh adalah sangat2 penting untuk membersihkan diri.
satu faktor adalah mengamalkan seks ngan ramai pasangan. seperti mana lecturer aku gitau, semen kebesean nye akan membawa penyakit atau pape yang berada di dalam badan lelaki tu. so, indirectly..pompuan yang "menadah" akan terima sekali. bayangkan kalo seorang pmpuan tu bersetubuh ngan lebih sepuluh orang. bayangkan pe jadi kat rahim die. bukan ke jadi cam takungan kuman?
sebab tu pentingnya memakai kondom, dan setia pada yang satu. hehehe.
citer pasal seks beramai2 ni, aku teringat tentang satu hukum dalam Islam iaitu tempoh iddah. pe tu tempoh iddah, leh gugle kot. x perlu la aku terangkan sume nye kat sini. kang sampai besok pagi x abes aku menulis. kebesean nye tempoh iddah antara 3 bulan ke 4 bulan. dulu2 waktu remaja, zaman tu cikgu maseh konsevatif dan aku asek2 tertanya nape tempoh iddah sampai berbulan2. bila nak ty, aku cam segan lak. (al-maklum la..aku kan memang murid yang pemalu di skola tu.. hehe). so, bile da masuk universiti, dan lecturer terangkan, baru la aku faham. tempoh iddah selain memberi mase untuk pasangan suami-isteri, ia juga memberi mase untuk membersihkan badan pempuan tu dari sebarang semen yang mungkin berada dalam rahim pmpuan tu, secara tak langsung..sume jenis penyakit yang de dalam semen tu. bila dapat tau, aku rase cam brilliant gile idea ni (da tentu la kan..Allah punye peraturan, sume nye brilliant). nampak sangat Allah s.w.t maha Bijaksana kan?
so, pe kaitan ngan pelalian HPV ni ngan pe aku merepek ni?
x rase ke pelalian ni cam fishy? kenapa kene bagi pelalian ni kat remaja dan budak sekolah? kenapa tak bagi kan pelajar universiti/kolej/politeknik/maktab ataupon orang yang da bekerja? x mampu nak bayar? pfffft.. parents diorang kan de. nape parents leh belikan iphone, kete dan sume barang mahal2 dan x leh nak bayar untuk pelalian ni sampai kene bagi free?
pasal remaja sekarang da ramai yang wat seks di usia mude? memang benar. tapi x perasan ke..pelalian ni..secara tak langsung membenarkan seks di usia muda, ataupon dengan ayat lain seks luar nikah?
nampak kan fishy di situ. kalo tanya aku, perlu ke amik pelalian ni kalo aku seorang ibu? sudah tentu la aku akan katakan tak perlu.
sume ibu bapa, even mak ayah aku sendiri banyak kali terangkan jangan berdua2an ngan lelaki. jangan dekati lelaki. kalo pape jadi nanti susah. mesti ibu bapa kat luar da pesan tu kat anak2 diorang. tapi kalo kene gak kanser servik, tu salah anak tu sendiri tak mendengar kata. die layak dapat penyakit tu. Allah s.w.t larang bersebab, dan pabila musibah diturunkan, orang tu perlu terima ngan tenang dan sabar.
tapi kalo ibu bapa tu x terangkan, well then..itu salah ibu bapa tu sendiri.
aku bukan nak meningkatkan peratus kematian pempuan kat mesia ni, mungkin de yang kene tu..bukan salah mereka. tapi sebahagian besa tu, sume nye memang patut kene.
No comments:
Post a Comment