Monday, December 24, 2012

Pasangan wanita merajuk? Apa yang perlu aku buat?

Tiba-tiba pasangan merajuk, pandai-pandailah mahu memujuk bukakan telinga,tajamkan pendengaran, amati suaranya teliti dengan hati yang berseni ada bukti atau toleransi rasional atau emosi?
andainya emosi,belailah emosi yang lelah, jangan cuba dihadapkan secara rasional, jangan di hujani dengan madah,kerana si dia tak akan terdaya mengunyah hujah,menggigit nisbah menggamit sedekah,mengatur langkah..

berilah walau seribu sebab lengkap dengan perangkaan statistik atau dokumen saintifik berserta dengan beberapa affidavit,dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu kerana hatinya lembut selembut salju sepagi embun berwajah ayu..

Dalam situasi ini,fikiran telah ditawan perasaan,sebaiknya,perhaluskan kata perindahkan bahasa, jinakkan perasaan hadiahkan senyuman, kuntumkan kelapangan..

Masih gagal beb? cuba gunakan sentuhan,semarakkan belaian,tingkatkan rangsangan

Masih gagal juga beb? Tunggu saja rajuknya reda,emosi wanita bagai riak-riak air dalam cawan, jangan digoncang membabi buta,buat selambaland saja,lambat laun, gelombang akan tenang, air dicawan akan kita minum juga.

Tapi awas!kalau ternyata, rajuknya berfakta, masamnya berdata, kelatnya bukan auta, geramnya berilmiah,marahnya ada prima facie,bengangnya berjeriji,ini rajuk taraf tertinggi, perlu ditangani berhati-hati, kerana wanita lembut hatinya bagai si bunga baiduri,durinya tajam boleh tercabut gigi.

kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima mengaku lalu berjanji,mengalah demi seni,"Sayang, abang tak ulang lagi " katakan " Sayang....abang silap " ,bisikkan " Darling.. I lupa.." hulurkan tangan, pinta kemaafan,pendekatan kasanova, tapi hati suci,mengalah utk kepentingan peribadi, supaya perhubungan ikhlas yang telah lama di bina tidak runtuh begitu sahaja.


Rajuk wanita seperti mangga muda perisanya masam tetapi kalau kena cicahnya enak akan terasa. ingatlah,  api yang panas mampu dipadamkan oleh salji yang dingin. amarah itu mungkin mampu membeku, mencipta sebuah kristal yang indah. semoga berjaya.. (^__^)V


sumber: sini

No comments:

Post a Comment