aku tahu kebanyakkan lelaki fikir perempuan sangat-sangat tak betul. terlalu mengambil berat tentang sesuatu yang mana patut nya di ambil ringan. mungkin sbb tu lelaki lebih baik jadi pemimpin, tetapi di sebabkan kebimbangan yang melampau perempuan, membolehkan mereka hidup lebih lama dari lelaki.
aku tak tahu sama de lelaki memang susah untuk menunjukkan perasan mereka terhadap perempuan yang mereka sayang, tapi disebabkan perkara itu, banyak benda yang tidak diingini terjadi. fine, kalo ko fikir de je perempuan yang leh terima sikap lelaki yang langsung tak terbuka, tapi aku nak tanya berapa banyak perempuan cam tu? dan berapa lama dia boleh bertahan begitu?
de lelaki yang suka ambil ringan tentang makwe diorang sampai mempermain-mainkan perasaan diorang. aku faham korang just nak kawan dengan perempuan lain dan jemu dengan lauk yang sama, atau problem yang sama asik2 terjadi, tapi aku rasa tak salah untuk menjernihkan benda daripada menggantung situasi yang mana, mana-mana pihak memanng tak mahu perkara tu berterusan. kalo mahu atau tidak beritahu je la. lebih baik hidup berseorangan dari hidup berteman yang sentiasa menagih air mata.
mungkin disebabkan lelaki terlalu mengambil ringan terhadap semua bende, ia membawa keburukan pada mereka. dan bila perkara itu jadi pada mereka, barulah nak menepuk dahi dan mengambil berat perkara yang ringan. di saat itu, tak ada apa yang mampu di lakukan.
sesetengah lelaki fikir mereka menganggap semua perempuan sekadar kawan dan ironinya mereka memanggil perempuan-perempuan itu dengan panggilan mesra. perlukah untuk memanggil mereka "sayang" jika kau tak memandang mereka seperti panggilan itu? tahukah engkau panggilan itu memberi harapan dan pabila harapan itu hancur musnah, ia turut memusnahkan hati dan perasaan perempuan tersebut? bila kau betul-betul sayangkan orang tu, kau sanggup wat pe saja untuk dia dan kemudian di tinggalkan, dan kau sendiri mempersoalkan nape perempuan itu sanggup wat kau cam tu? kau sendiri tau pe perasaannya, tapi kau masih wat kt perempuan lain. cam membaling tahi ke muka sendiri. kelakarkan kan?
oleh itu, kalo ko rase ko tak mampu untuk berada di tempat istimewa itu, sila berundur dari situ sebelum tempat itu akan lenyap dari pandangan perempuan. tak kira bagaimana permulaan hubungan itu, sama ada perempuan tu tampak sangat mengkagumkan atau sekadar memenuhi kemahuan kau, perempuan itu pada hari ini langsung tidak seperti perempuan yang kau gambarkan seawal perhubungan itu.
maaf jika kami bukan perempuan pilihan, tapi kami sudah cuba untuk menjadi yang terbaik. mungkin perempuan idaman kau berada di luar sana dan sila kejar perempuan itu sebelum dia terlepas.
No comments:
Post a Comment