sepanjang hidup aku, aku tak perna biarkan rambut aku panjang. tak tau la nape. mungkin sebab rimas, panas dan bermacam2 lagi. pas masuk belajar aku tengok member2 aku yang rambut panjang buat aku teringin nak de rambut panjang, sampai la sekarang ni aku berjaya simpan rambut panjang. kehkehkehkeh. achievement unlocked.
rambut aku hampir sama panjang cam rambut kat dalam gambar ni. dengan wavy nye skali cuma takde lah lawa sangat sebab tak perna wat treatment kt salon. aku cume perna curl kan rambut sekali dalam seumur hidup dan itu pon member aku buat. tapi tak guna pape produk. curl cam tu je. sebab terase nak curl walaupon rambut aku memang da wavy pon cam atas ni. yela.. asek2 tengok member yang free hair curl kn rambut je. aku pon try sekali. tapi itu pon waktu malam dan pas member curl rambut aku, aku terus g tdo. so.. esok paginya, rambut tu da x curl la.
bile da simpan rambut panjang ni, rasa cam best gile sebab walaupon aku tak perna wat pape treatment, rambut aku leh dikatakan agak cantek. dan rambut aku sangat-sangat lembut dan tak ketinggalan berbau wangi. tu sebab pakai shampoo. kehkehkeh. apo la.
tapi satu hal yang wat aku agak runsing adalah keguguran rambut aku. memang la member aku ramai cakap, rambut da panjang lepas dada, memang la die da tak sekuat rambut yang pendek. da tu aku nak wat pe? biarkan je? tau tak kalo aku sikat rambut, rambut yang gugur tu leh wat bebola rambut yang besar? itu kalo sekali sikat. kalo aku sikap berhari2, berbola2 rambut aku dapat. jadi, aku elak untuk menyisir sambut menggunakan sikat. aku guna jari. tapi masih gugur.
so, sebab tu tadi g google dan dapat something. harap2 salah satu bende ni akan berjaya dan mengurangkan sedikit kegusaran kt hati aku ni. :-/
1). Pukul kuning telur sehingga kembang dan tambahkan satu sudu besar minyak rambut bayi dan kacau. Tambahkan 2 sudu air besar didalam campuran itu dan sapu di kepala dengan urut dari kulit kepala ke hujungnya.
2). Campur minyak zaitun dengan jus oren dengan jumlah yang sama. Panaskan campuran ini dan sapu di rambut. biarkan 30 minit. Kemudian basuh rambut.
3). Tambahkan sesudu besar madu di dalam 3 sudu besar minyak zaitun/kelapa/mustard dan sapu di rambut. Basuh rambut dengan shampoo selepas 30 minit
4). Campur jus limau nipis dengan telur dan letak di kepala dan urut. Limau nipis akan menghilangkan kelimumur dan telur adalah conditioner natural rambut.
5).Tumbuk biji limau nipis dengan lada hitam dengan jumlah yang sama dan letak di kepala. Basuh selepas 30 minit
wish me gud luck. (^__^)v
No comments:
Post a Comment