minggu lepas aku dapat fon-call dari seorang kawan lama aku. aku ingat die nak ajak kuar g lepak2 ke pe. tapi tetibe die ty free tak waktu malam. aku pon pelik bile dengar. seumur hidup aku sejak aku berkenalan dengan die, aku tak perna kuar malam dengan die. bukan sebab aku baik tapi sebab dia yang baek, dan plus.. dia kawan aku waktu sekolah menengah dan parent aku tak bagi aku keluar sangat malam2.
jadinya aku tanyalah, nape? nak kuar malam ke? tup tup die tanya kalo aku berminat kalo nak ajar budak tuisyen. aku pon cam.. huh? layak ke? aku ni bukan amik kos education untuk mengajar budak2 ni, dan layak ke aku nak mengajar sebab takde pengalaman mengajar? dan dia cakap, tak pe. ni budak tingkatan dua je. aku pon dalam hati, ok...phew...
dan tetibe die cakap kene ajar matematik. aku pon terus tanya, apa dia? matematik? aku da la sangat-sangat teruk dengan matematik ni. boleh plak nak ajar matematik. dia cakap tak susah. die terpaksa offer aku sebab da takde orang len die nak soh. so, aku dengan berat hati pon terima.
sejak dari tu, aku terus berfikir dan berfikir macam mana nak mengajar. aku google pe tajuk dia. dan aku terjumpa persamaan linear. aku pon cam leh tarik nafas lega sebab aku rasa aku agak okay dengan tajuk ni. aku pon stadi jap dan google lagi. bile google lagi aku cari untuk tajuk bab 2. semua bukan mengenai persamaan linear tapi kuasa dua, kuasa tiga, punca kuasa dua dan punca kuasa tiga. aku tak puas hati. google lagi. dan memang..sangkaan aku meleset. memang tajuk sebenarnya adalah kuasa 2, 3 dan punca kuasa 2 dan 3. aku pon....tarik nafas..dan rasa cam nak pengsan.
pe pon, aku try gak untuk stady. dan terlewat g sne mlm tu. aku fikir memang disaster gile2 la malam ni. entah aku leh ajar atau aku nampak cam orang bodoh depan kelas. bad luck aku bertuka bile malam tu student yg de cuma dua orang saja. aku cam leh tarik nafas lega sikit.
aku ajar berdasarkan kefahaman aku dan bagi beberapa contoh. aku rasa la.. ("rasa" la..)aku mengajar dengan agak baik untuk petama kali, tapi dua bende yang wat aku agak menyesal sangat-sangat malam tu. pertama, aku mengajar sangat laju untuk peringkat budak sekolah menengah. bayangkan satu bab tu, aku leh habiskan dalam masa 1 jam. aku terlupa diorang tu budak sekolah menengah, dan bukan budak kolej atau orang dewasa. kedua, walaupon setiap kali aku tanya soklan diorang leh jawab (walaupon tak cepat sangat), aku masih ragu2 mereka betul2 faham atau tidak. so, aku fikir..memang tulah kali pertama dan terakhir aku akan diterima untuk mengajar student.
memang aku selalu mengajar adek aku (sewaktu die amik pmr dan spm DULU) dan kawan-kawan aku (DULU), dan mempunyai cita-cita nak jadi cikgu sekolah menengah, tapi lain rasanya mengajar orang lain. kenapa sekolah menengah? pertama, aku tak rasa aku leh mendekati kanak-kanak sebab aku tak tahu cam ne nak dekati kanak (untuk sekolah rendah), dan aku rasa aku akan jadi pensyarah yang sangat baik dengan memberi semua student aku A setiap semester sebab aku da rasa betapa susahnya dapat pensyarah yang menyusahkan student dan tak beri markah setimpal. plus, mengajar budak skola menengah lebih mencabar. mereka sedang membesar. purata untuk yang melawan adalah sangat tinggi dan tu la sebenar nya motif aku. :P
tapi sebenarnya.. aku de ramai kawan-kawan aku yang aku sangat2 sayang, tapi mereka cam hanyut dan takde sape tolong. parent yg tak membantu, cikgu2 yang lepas tangan, dan kawan2 yang makin pengaruh mereka. jadi bagi aku, kalo aku dapat jadi cikgu yang boleh membantu mereka, aku rasa cam.. sangat2 best. lagipon, sape lagi yang boleh bantu mereka kalo bukan cikgu?
tapi proffesion cikgu sekarang sebenarnya da terpesong. bagi aku, cikgu tu matlamat utama untuk mengajar. tapi hari ni cikgu di bebankan dengan macam2 tugas lain yang mana kengkadang wat mereka hilang fokuus kat motif asal mereka. so.. aku tak rasa aku sesuai dalam bidang ni.
pon begitu, selang sehari selepas aku mengajar dengan teruknya, aku dapat panggilan lagi dari member aku. dan kalo ni aku mengajar budak sekolah rendah. lagi mencabar wooooo...
aku asik2 cakap dengan diri aku, aku bukan ditakdirkan dengan kanak-kanak. sebab tu aku tak de adek kecik, tak suke mendekati kanak-kanak, dan tak tau cam ne nak dekati kanak-kanak, dan sekarang kena ajar mereka lak? kamon la..
aku pon, just masuk dalam kelas tu.. dan cuba mengajar budak 8 tahun. tapi takdela mengajar mane. aku just tengok diorg melukis. pe yang mengejutkan aku, mereka leh terima aku dengan seadanya. mereka cam tak expect pape dari aku. tak tanya aku pape soklan personal. cuma tanya pasal lukisan diorang dan aku perlu layan mereka. tu je. mungkin tulah kebaikan cikgu. mereka senang diterima oleh semua orang. kemudian aku ajar budak umur 10 tahun. untuk pertama kalinya, aku dapat melihat murid lelaki yang aktif dalam kelas dan cuba berlawan dengan budak perempuan. aku sangat2 respek diorang. even diorang suruh aku bagi soklan lebih, banyakkan latihan. aku pon cam...wow..., aku sangat2 bangga dengan diorang. tapi aku risau, sejauh mana mereka boleh bersungguh2 cam tu? setakat sekolah menengah? dan kemudian merempit dengan kawan2 mereka? aku just..singkirkan fikirkan tu, dan berdoa mereka akan kekal competitive cam ni sampai ke universiti. pergi sejauh mungkin. ke USA ataupon UK.
kemudian ajar budak umur 12 tahun. sangat2 menarik..diorang sangat2 menerima. pe yang aku ajar adalah matematik dan sains dan aku cuba untuk menimbulkan perasaan ingin tahu mereka tentang sains dan alam sekeliling mereka. dan aku cerita la cam2. dan mereka bagi respon yang baik dan cuba berfikir. i mean, itulah bende yang mereka perlu fikir kalo mereka betul2 mahu jadi saintis. (hampir semua murid dalam kelas tu cakap nak jadi saintis. hehehe. comel kn?) jadi tulah aku buat.
gaji tak seberapa, tapi pengalaman yang sangat2 bernilai. so.. entahlah. aku berharap sangat2 member aku akan panggil lagi banyak kali.
No comments:
Post a Comment