pas masak untuk sarapan tadi, aku masuk balek dalam bilik aku dan selak langsir dan bukak tingkap. nampaklah pemandangan kat luar. cam sangat-sangat cantik. semuanya hijau dan basah. semuanya sangat tenang dan nyaman. dulu blakang umah aku tak de orang tinggal, aku slalu tengok-tengok kat luar, sambil melukis. sekarang de orang segan seh nak bergayut kat tingkap.
aku tak pasti aku de tulis ataupon tak dalam entri sebelom ni aku dulu sangat-sangat suka melukis. aku melukis hampir semua bende. gambar orang orang ke landskap, dari mengunakan hanya sebatang pensel ke crayon dan water color. tu je aku mampu waktu tu untuk beli. tapi aku paling suke untuk melukis dengan menggunakan sebatang pensel aku leh wat shading dengan lebih cantek. dan kalo salah leh padam. berbanding water color susah nak ubah.
perna la de cita-cita nak jadi pelukis, tapi aku tak rasa aku pelukis yang baik tapi aku memang de cita-cita untuk jadi penulis. mula-mula waktu form 1 member-member aku sangat-sangat suka untuk membaca novel, so aku pon join sekali. tapi bila lama-lama aku perasan novel ni sume kebanyakkannya mempunyai genre yang hampir sama dan ending yang lebih kurang sama. so, aku bersara dari membaca novel. kebetulan waktu tu cikgu aku mengajar cara untuk menulis artikel. lebih kurang macam penulis surat khabar. aku rasa sangat-sangat tertarik dengan cara cikgu aku gitau yang kita bebas untuk menggunakan ayat apa-apa selagi ianya tidak taboo dan rude (kurang ajar rr) dan boleh menulis macam-macam tajuk dari isu semasa ataupon apa-apa yang kita minat. sejak tu aku cam banyakkan pembacaan dan belajar macam mana mereka menulis supaya pembaca tidak hilang bosan untuk membaca apa yang kita cuba sampaikan.
dari tu aku belajar untuk menulis dan mual menanam cita-cita untuk menjadi penulis akhbar atau penulis cerpen. ramai member-member aku dan mak aku sendiri baca tulisan aku dan suruh g hantar kat berita harian atau utusan tapi.. huhu.., entahlah, waktu tu self-esteem terlalu rendah so, aku tak hantar. eventually, lepas aku sambung belajar di kuala pilah, ayah aku mengemas bilik aku dan membakar semua lukisan dan cerpen aku. dia cakap semak, buat sempit kan bilik. huhu... sampai hati ayah.. (T__T)
tapi de la 2 3 lukisan aku nak masih ada tapi yang cerpen tu memang abes di jilat api. salah satu lukisan aku, iaitu gambar naga dragon ball yang sebsar kertas lukisan. aku lukis guna pensel je. waktu tu aku lukis waktu umur... darjah 6? tingkat 1? cam tu la. tapi.... adek aku amik dan wat masuk pertandingan melukis dan dia cakap dia dapat no. 1. pe yang lagi best, dia gitau kawan-kawan plus cikgu-cikgu tu hasil tangan dia. berapi telinga aku dengar adek aku cakap cam tu. tapi, lama kelamaan adek aku pon belajar melukis dan lukisan dia..leh la..
bila tengok permandangan kat luar ni rasa cam nak melukis, tapi aku dan bertahun-tahun tak melukis. so, just tengok je la. :)
No comments:
Post a Comment