Monday, February 28, 2011

My Study

aku da lame x post pape kt blog aku. aku sebenar nye x de pe..nak dikongsi kan kt sini. it's seems like, otak aku da kosong. aku x dapat fikir pape lagi da. aku..cam da ilang semangat nak belajar.

aku repeat paper, aku sensorg kat salam kelas, aku g kelas sensorg.

aku fikir, kalo x de orang endah kan aku, aku akan gembira. aku akan bebas ikut rentak aku. tpai rupe nye, aku makin down. at least last semester de orang care aku, de orang ajak aku g kelas. de orang tanye aku da siap lab report or whatever. tapi semester ni x de. dapat pressure dari lecturer yang pandang slack kat repeaters, wat aku makin down. aku rase cam nak benti je balaja. tapi kesian kat mak n ayah aku. diorang bangge sangat2 aku dapat kos ni.

aku bukan x suke kos ni, malah aku minat. tapi..maybe pressure, wat hal ilang semangat, maybe sebab aku x period lagi, yang mana sepatut nye 25hb ari tu aku da datang. aku tension sangat2. rase cam nak g jumpe kaunselor je esok. sebab aku da tahap da x kisah x datang kelas @ x. aku datang sebab lect marah kalo x datang. n for lect yang x kisah aku x datang ke x, aku lagi x nak datang kelas.

Sunday, February 13, 2011

piece of me.

semalam.. ntah cam ne..aku telek menelek, thread kt jiwang.org, tetibe something caught my eyes. cam de thread tentang keagamaan, tentang lelaki yang baek untuk menjadi pemimpin kuarge dan cam2 lagi. bile aku bace sume nye pada pukol 4 pagi, aku cam nak ngis. first time aku rse cam tu. cam pelik je, aku leh rase sedey. sedey sangat2 ngan diri aku, dan takot sangat2 dengan Allah. s.w.t.

pas tu, aku cam mula ragu ngan pe yang aku wat. means solat aku, mandi junubku, perbuatanku, segala2 nya. agak pelik sebab sebelum ni, aku x perna amik kesah. setakat wat, da cukup bagus untuk aku.

ntah x tau nape mlm ni aku cam emo sgt2. cm nak ngis je. aku pon x tau pe sebab nye aku nak ngis ni. haiyaaa..

Saturday, February 12, 2011

Bagaimana Memilih Lelaki




Memilih lelaki untuk dijadikan pasangan hidup bukan semudah memilih baju untuk hadir majlis hari jadi. Jika baju, tak suka yang itu, pilih saja yang ini. Kalau warnanya seperti tidak match, pilih saja warna yang lain.


Bagaimana hendak mengenal lelaki yang sesuai, baik dan serasi? Persoalan ini memang patut menghantui setiap orang sebab tersalah pilih, hidup akan menjadi amat tidak selesa. Macam-macam perkara boleh ditimbulkan oleh sang lelaki, tatkala dia sudah pun bergelar suami. Tidak semudah menukar baju jika ingin lari darinya. Malah dia bagaikan baju plastik yang melekat di badan.


Jika anda mendapat lelaki yang okey segala segi, anda sangat beruntung. Hidup anda akan terpenuh dengan keindahan dan kenikmatan. Tetapi jika anda mendapat lelaki yang tidak okey segala segi, ibarat anda telah menghampiri neraka dunia?.


Apa kriteria yang boleh anda pegang apabila memilih lelaki:

1.
Bagaimana agamanya
Jika dia nyata mengabaikan kewajibannya sebagai manusia yang beragama, (terutama sembahyang fardu), usahlah harapkan sesuatu yang menarik daripadanya. Mungkin dia kaya dan penyayang serta boleh memberikan semuanya, tetapi tanpa haluan menuju ketuhanan, dia bukanlah pilihan terbaik.


Betul, bukan semua lelaki yang sembahyang itu baik, tetapi sekurang-kurangnya haluan pimpinannya jelas. Agama diturunkan untuk memantau kehidupan manusia, maka manusia perlu menerima pantauan itu untuk selamat. Dalam soal ini tiada siapa terkecuali.


2.
Bagaimana dia melayani ibu bapanya
Seorang lelaki yang bertanggungjawab adalah seorang yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibu dan bapanya. Anda boleh lihat dengan jelas akan hal ini. Jika dia menangguhkan pulang ke kampung semata-mata untuk anda, dia bukanlah seorang family man, lantas bukanlah calon terbaik untuk menepati ciri-ciri lelaki pilihan.


Seorang lelaki yang mengambil berat ibu dan ayahnya adalah seorang yang boleh diharap.


3.
Bagaimana dia berkelakuan sewaktu bersama anda
Jika dia demand beberapa hal yang tidak munasabah dan ?tidak boleh? sebelum masanya, dia bukanlah lelaki yang terbaik. Cinta tidak perlu dibuktikan dengan perlakuan-perlakuan sumbang yang membawa kemurkaan TUHAN. Ramai wanita silap dalam menafsirkan pengorbanan cinta. Berkorbanlah untuk mendapatkan cinta yang sejati, tetapi tidak usah hingga terkorban diri.


Ingat, wanita ibarat rama-rama, selagi warna sayapnya tidak terurai, selagi itulah dia diminati dan disayangi.


4.
Bagaimana keluarga melayaninya
Jika boleh dapatkanlah latarbelakang keluarganya. Keluarga yang rosak dan porak peranda biasanya terdiri daripada ahli yang rosak dan juga porak peranda. Perhati juga bagaimana keluarga melayaninya. Jika keluarga baik terhadapnya, itu menandakan dia baik terhadap keluarga.


5.
Siapa sahabatnya
Untuk mengenali dia lihatlah siapa sahabatnya. Sahabatnya adalah cermin untuk dirinya. Jika sahabat-sahabatnya adalah mereka yang baik budi pekerti serta boleh diharap, dia juga sama. Sebaliknya jika dia hanya bergaul dengan orang yang rosak akhlak, dia juga mungkin tidak terkecuali.


6.
Apakah kegiatan hidupnya
Lantaran jika dialah pilihan anda dan putus untuk mengakhiri hubungan itu dengan perkahwinan, usah ambil mudah tentang aktiviti hidupnya, maksud saya pekerjaan serta kegemaran serta wawasannya. Ini penting sekali sebab corak kehidupan akan ditentukan oleh apa kegiatan hidupnya serta apa kegemarannya juga apa wawasannya.


Pastikan dia mempunyai pekerjaan, tidak semestinya makan gaji, perniagaan juga baik. Pertanian, perladangan, penternakan dan juga perikanan juga baik. Semua itu bidang pekerjaan yang mulia. Ramai orang tidak kisah dengan bidang pekerjaan teman lelakinya sewaktu di alam percintaan, kemudian menanggung derita setelah berkahwin apabila mengetahui sebenarnya dia tiada pekerjaan, pemalas bahkan penagih dadah. Sukailah dia dan sukailah pekerjaannya, selagi halal, adalah mulia di sisi ALLAH.


7.
Lihatlah diri anda sendiri
Lihatlah diri anda sendiri. Bagaimana lelaki yang anda inginkan begitulah diri anda sebenarnya. Jika anda memiliki akhlak yang baik, dia semestinya juga begitu. Jarang orang yang tidak sama peribadi boleh menjalin hubungan intim dan penuh persefahaman.


Mengenali lelaki adalah cabaran utama wanita dalam langkah pertama membina cinta. Mengenali peribadi dan psikologi lelaki pula adalah langkah tuntas menuju kebahagiaan dan kecemerlangan keluarga setelah berkahwin. Lelaki bagaimanakah yang anda inginkan? Pilih, kemudian tafsir, renung dan fikir, usah suka, terus ambil kemudian kahwin lalu menderita.


*credit to: jiwang.org

Terciptanya seorang wanita

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan"
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalan nya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya"

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatan nya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.
"

"Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,s usuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.
"

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada.
"
Setiap Wanita itu Cantik

*credit to: iluvislam

Wanita : Akal Senipis Rambutnya


Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.

Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,

Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.

Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...

Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...

Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....

Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah


*credit to: www.jiwang.org

Thursday, February 3, 2011

My life is crap!

Chatter whom I met 2 days ago, doesn't want to chat with me anymore. I don't think he doesn't like to talk to me or anything, but then it's because..well, he's foreigner and I think, his lifestyle is away different with our community. Plus, he has research to do. Anyway, that is what i think.

I was just met my old friend, and we had a long talk about our life and study and how crap are our life, so we both just...kind of counting how days days and years we have left to finish our degree. I have to agree with her. Everything is change now. Like..I used to hang out with my friends at weekends at night, talk about our life, our frustration and tell jokes to get over our problems and now.. it's different. Everybody is busy, and if I have free time, my friends don't. And if they have free times, then i don't. Sometimes I get too tired to go out, that I just sleep for hours in my bed.

I have to admit, studying in degree level is too tired. I carry too much credit hour, and i got culture-shock last semester, because of this kind of lifestyle. Just..I don't know. I hope, things will be different when I get to work someday
.