Tuesday, August 30, 2011

Aidilfitri 2011

malam tadi aku sangat2 letih sebab tolong mak aku masak. masak rendang ayam tua, rendang daging dan serunding daging. tadi baru settle masak sayur lodeh. ni je la slalu nye juadah raya kat umah aku pada raya pertam dan kedua. tapi raya ketiga dan seterus nya, kalo nak datang umah mak akan masak bende len la.. cam soto, nasi ayam dan sebagai nya.

alhamdulillah aku dapat berpuase selama 23 ari di bulan ramadhan tahun ni. harap2 nya puase tu sume akan di terima Allah s.w.t.. yela.. mane la tau kan..tanpe aku sedari aku de wat smthing yang leh membatalkan puase tanpa aku sedari.

di kesempatan ni, aku ingin mengucapkan selamat menyambut hari lebaran tahun 2011 kepada sume pembace blog aku yang x seberapa ni, termasuklah yang pose separuh bulan, yang terlupa puase, dan cuti sepanjang bulan ramdhan tahun ni. mungkin tahun depan leh pose lagi. insya-Allah.

Saturday, August 27, 2011

Perempuan berdikari (independent woman)

leh dikatekan hampir 70% wanita kat mesia sekarang ni adalah independent woman. definisi bagi term "independent woman" kat urban dictionary adalah:
A woman who pays her own bills, buys her own things, and DOES NOT allow a man to affect her stability or self-confidence. She supports her self on her own entirely and is proud to be able to do so.

definisi "independent woman" bagi aku adalah perempuan yang boleh berdiri di atas kaki die sendiri; die x memerlukan sangat orang len untuk tanggung die baek dari segi aspek kewangan, keperluan hidup dan macam2 lagi. die boleh berjaya tanpa memerlukan sifat simpati dari kalangan kaum adam len, dan die boleh bersaing bersama ngan kaum adam. die seorang perempuan yang stabil dari segi emosi dan tindakan. oleh itu, kalo ade pape buruk berlaku dalam hidup die, maseh boleh fokus ngan hidup die, or wat keje len yang mana perkara buruk yang berlaku dalam hidup die x memberi impak yang besar dalam diri die. perkataan bahasa melayu yang sesuai adalah perempuan yang stabil, tapi cam susah je nak sebut so aku gune independent woman.

aku rasa aku adalah independent woman. so, to be honest, aku memang bangga ngan diri aku sebab mampu untuk wat kebanyakkan perkara yang perempuan len x leh wat, baek dari segi fizikal @ emosional. memang la kengkadang aku x stabil tapi cam2 ne pon, bile kat luar i will always keeps my head up, and never show my emotional sebab aku benci untuk dilihat sebagai perempuan yang lemah. aku x suka orang fikir aku perlukan simpati dari orang len, sebab aku tahu aku boleh wat..walaupon kengkadang agak lambat. aku boleh pergi ke perpustakaan seorang diri @ keluar rumah seorang diri tanpa perlukan teman. pada mulanya memang agak susah dan aku fikir bile aku keseorangan, aku x mampu untuk hidup sebab da terbese bergerak bersama2 dengan kawan2 aku. bile da lme2, it turns out..aku lebih suka cam ni, dari hidup dibayangi orang len. kalo orang tu boleh bertolak ansur ngan kite, memang aku leh masuk, tetapi kengkadang de orang mahu orang len ikot cara nya dan kengkadang x tepati masa, so..timbul cam2 masala kat situ.

pe yang x baek nye menjadi inpedenpent woman adalah, susah utk commit in relationship. aku x tau la nape, tapi lelaki yang bersama aku cam rase diri mereka x dihargai, sebab kalo kuar dating, aku leh bayar utk meal aku, aku beli barang yang aku nak gune duit aku, dan aku tahu aku nak ke mana tanpa tanya pendapat lelaki yang bersama aku. pendek kata, aku tahu apa aku nak wat. kengkadang tahu apa yang baek untuk aku, dan tahu pe yang perlu aku lakukan. bende2 ni wat aku, x bergantung ngan mereka. aku bukan nak merendah2 kan mereka, tapi aku tak mahu lelaki tu merungut cakap aku ni suke menghambur duit2 diorang, suke nak ajak g shopping lame2, dan cam2 lagi. aku tak suke dipandang rendah. aku akan rase cam perempuan BIMBO, yang sentiase nak kan perhatian orang len, dan hidup penuh ngan drama. i'm not like that.

the funny thing is, lelaki bile clash ngan makwe diorg, suke sangat merungut ex diorang makan duit diorg, tapi bile de peluang untuk kapel ngan independent woman, mereka merungut mereka x dihargai. ugghh.. korang nak pe lagi? itu x kena dan ini x kena. honestly, kengkadang lelaki lebih complicated berbanding perempuan. (-_-")

Thursday, August 25, 2011

Layaria: Mendongak Ke Langit - 25 Ogos 2011




aku baru je pas tengok citer telefilem "Mendongak Ke Langit". fyi, aku x tengok citer tu dari awal, so boleh dikatekan aku agak blur2 ngan citer tu. sebab aku x tau pe jadi ngan man tu, @ pe jadi ngan alif tu..bile diorg besa. pe yang aku tau, man a.k.a zikri kembali mengemis kat tempat asal die.

congrates pada barisan pelakon dan penulis skrip serta pengarah sebab berjaya menghasilkan telefilem cam ni. rasenye maybe mesti ramai yang akan kecam telefilem ni, tapi pape pon aku percaya ni memang kehidupan kat lorong haji taib tu.

nak kate aku selalu g sne, x jugak la kan. tapi abang aku belaja kat KLMU. so, setiap kali amik die balek leh nampak la kehidupan cam tu, walaupon dari luar. dari luar pon nampak cam teruk, petah lagi kalo aku tengok dari dalam.

basically, telefilem ni mengisahkan dua beradik, name alif ngan man (kot.. tapi bile die besa, nme die tuka zikri), yang hidup merempat kat lorong haji taib ngan mak diorg yang ketagih dadah dan menjadi pelacur. sedey gak la sebab alif and man ni mintak sedekah kat orang ramai untuk makan dan membeli dadah untuk mak diorang.

pe yang pengarah cube ketengahkan adalah kehidupan bagi kanak2 yang hidup kat lorong haji taib. ngan permasalahan pelacuran, dadah dan gejala sosial. sesetengah orang cenderung untuk memandang serong kat budak2 ni. tetapi, rasenye budak2 ni bukan nak hidup cam tu. kengkadang parents yang wat silap, kengkadang demand kehidupan sekarang membuatkan mereka cam tu.

i mean, please la..spe je yang nak sanggup berjauhan ngan mak sendiri untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baek? @ sanggup jadi anak ikan pada gay yang sangapkan bontot budak2 supaye dapat sambung blaja? tak de sesape pon nak kan kehidupan cam tu.

mungkin aku lebih mengerti sebab masa silam aku, dan aku boleh faham perasaan mereka. mereka wat pe yang mereka mampu untuk meneruskan hidup. too bad mereka terpakse hidup cam tu sebab mungkin kalo mereka dapat peluang untuk menjadi lebih baek, mungkin mereka akan lebih berjaya dari orang laen.

pape pon, telefilem ni..harap2 nye dapat memberi kesan pada orang laen, seperti mana telefilem ni memberi kesan pada aku. conclusion nye, say no to drugs, prostitutions and all the social problems that occur in out society.

Wednesday, August 24, 2011

"Fix You"




When you try your best, but you don't succeed
When you get what you want, but not what you need
When you feel so tired, but you can't sleep
Stuck in reverse

And the tears come streaming down your face
When you lose something you can't replace
When you love someone, but it goes to waste
Could it be worse?

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

And high up above or down below
When you're too in love to let it go
But if you never try you'll never know
Just what you're worth

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

Tears stream down on your face
When you lose something you cannot replace
Tears stream down on your face
And I...

Tears stream down on your face
I promise you I will learn from my mistakes
Tears stream down on your face
And I...

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

The breakdown

kengkadang pe yang kite slalu nak kan, susah betol nak dapat. tapi, bile kite fikir kite dapat pe yang kite nak kan, kite akan cube pertahankan ia.

hubungan aku yang aku fikir aku leh pertahankan, nampak cam da x berapa okay. kengkadang pabila kite da cuba sedaya upaya untuk pertahankan hubungan tu, tapi lelaki tu asek2 citer bende yang buruk berlaku dan x fikir langsung betapa banyak bende baek yang berlaku, de baek nye kite undurkan diri dan biarkan ia berlaku.

dan kemudian, amik mase untuk pulihkan diri sebelum hadapi dunia baru.

de baeknya die lepaskan aku, dari kami bersama kerana die simpati pada aku. aku bukan se-terdesak itu untuk raih simpati die. cukup la fikir yang dia perna ada dalam hidup aku, dan hubungan tu berjalan dengan baek sebelum ia berakhir.

memang aku akan menangis, tapi rase nye segala2 nya akan jadi okay. aku harap..segala2 nya akan jadi okay.

Monday, August 22, 2011

Uggghhhhh....

i think i'm going to be crazy right now. i wrote earlier that, i'll try to get through with him even if the bitch trying to separate us. i forgot one crucial thing, my ex.

i forgot he also trying to get me back. sometimes, i wonder does he really wants me back? i mean, if we get back together, will things get better, or worst as it were? will we get click back, and we'll be madly in love back? will he be honest with me, and tell me everything? if we'll going to have a fight, will it be really worst than my nightmare?

i don't know how to answer those, but i do know that whenever he calls me, he always say "i love you" before he hangs up. it's really sweet you know. but i still have doubt in him. he also asked me, how can he wins me back. i said, come at my home. talk to my family. i know that is way too crazy, because he's not stable yet. either he's chicken or that favor is too much for him.

he said he wants to see me this raya. donno whether he's just messing with me, or he does meant it.

Thursday, August 18, 2011

Antara kami

pabila dah terlalu lama tidak berada di dalam perhubungan yang seryes, yang mana sebelum2 ni selepas clash ngan second bf aku, aku cume berada dalam hubungan yang bersifat sementara waktu. means, kalo die suke untuk berhubung ngan aku, kite ok dan kalo x, kite leh putus. macam..pakai baju. kalo suke, gune hari2 kalo x leh cari len.

waktu tu, aku cam cenderung untuk mengalah. cam.. sebelum2 ni, kalo timbul pape masala dalam hubungan tu, aku akan terus give up, sebab fikir tanpa aku, de ramai lagi perempuan yang lelaki tu leh dapat. full stop.

tapi bile da banyak kali aku mintak untuk putus.., tapi lelaki tu maseh cakap sayang kat aku..dan percaya pada aku, die wat aku terfikir dalam perhubungan... bukan setakat kite perlu untuk memberi dan menerima, tapi perlu untuk bertahan di saat2 aku terase terlalu lemah. di saat2 kami lemah. di saat2 itulah aku rase aku jumpe kekuatan aku dalam diri aku.

aku x tau tahu nape... tapi aku da banyak berdoa... untuk dapat jodoh yang baek. dan apabila kami di duga berkali2... dan die x melepaskan aku dan maseh percaya kami boleh bertahan, kami boleh lalui saat2 tu, aku terfikir.... mungkin die lah lelaki tu.

mungkin aku akan selalu menangis, tapi selepas aku menangis aku tahu kami boleh laluinya, kerana...bukan nak kata apa, tapi kami cam da ditentukan bersama. dengar cam pelik, tapi tu pe yang aku rase. aku pon x tau selama mana kami boleh bertahan, tapi aku tahu aku akan bertahan selama mana yang aku mampu, sebab aku tahu dia adalah jodohku.

Wednesday, August 17, 2011

kami

agak susah bagi aku nak trime orang dalam hidup aku. tapi bile trime, aku akan komited. masala yang timbul sekarang ni, bile aku trime lelaki tu dalam hidup aku, macam2 masala timbul. selalunya yang jadi punca masala antara kami, adalah ex-gf lelaki tu.

start kitorng seryes, die slalu wat cam2. sampai aku pon..da tak larat nak fikir pe sekarang ni. nak ngis pon.... da x larat air mate aku nak kuar. last2 aku mintak pendapat member aku semalam.

member aku cakap, sepatut nye, kalo da jadi "Ex-gf", x perlu nak amik tau pasal pmpuan tu. kalo nak kawan pon, setakat kawan. x perlu lebih2 sampai setiap kali minah tu ngadu msala, g layan kehendak minah tu. sebab memang trang tang2 la minah tu lagi suke, walaupon die cakap x suke.

tapi aku x leh nak halang, sebab aku bukan jenis yang suke gitau @ pakse2 bende yang remeh cam ni. tp pe yang member aku cakap tu betol, kalo aku x sound direct kat minah tu, @ soh bf aku jangan layan minah tu, aku sendiri gigit jari.

memang ye, aku yang gigit jari. bukan gigit jari sebab pe, tapi sebab makan hati sendiri. sejak akhir2 ni, rajin gak aku nangis mlm2, and tido pon..cam pe je. kengkadang x tido sampai sahur. kengkadang tido, mimpi bende bukan2. ntah la.. aku pon da buntu. aku da malas nak fikir pape lagi da.

*baru ari tu rase gmbire, tetibe die wat perangai blek dan aku x leh tido blek. Ya Allah, kuatkan hati hambamu ini untuk lalui hidupku ya Allah.. rase nye da tak larat da nak hidup. (T_T)

Monday, August 15, 2011

Merungkai kebenaran

aku sangat-sangat gembira sekarang, sebab baru je pas bergayut ngan die. cam da lame kitorng x gayut lame2 cam ni. dan pe yang best, aku gitau die pe yang terbuku kat dalam hati ni. tu yang paling penting.

tapi rase segan lak sebab aku tak dapat tahan diri tadi, sampai nangis2. aku migraine selame beberapa hari sebab ex-gf die la. die cakap macam2, wat aku berfikir macam2. tu yang sampai migraine.

aku kalo de masala, susah nak gitau orang. aku pendam sendiri. akhirnya, aku yang sakit sendiri.
de orang suke nak lepas kan diri dari masala,dengan wat macam2, tapi aku tak. aku x cakap pon pasal masala tu. walaupon aku rase cam nak meletup.

tapi tadi, bile citer ngan die, aku memang tak tahan. sebab tu aku menangis. sebab sedey sangat2 ngan pe yang ex-gf die wat kat aku. aku cam nak jadi gile. aku arap die faham. tapi, pape pon, aku sangat2 gembira sekarang. barulah leh tido ngan lena. hehehe.

Wednesday, August 10, 2011

My dream

Da 3 4 hari aku tak lena tido. masuk tido pkol 11 mlm, pkol 2 3 pagi br leh tido. aku tak tau nape. pe yang aku tau, migraine aku yang wat aku tak leh tido. berdenyut2 kat kpale aku. nak kate aku slalu berfikir, tak jugak la. tapi..still aku tak leh tido.

dulu perna gak bende cam ni berlaku kat aku. tapi somehow die ilang sendiri. mula2 migraine, then x leh tido di ikuti lak ngan mimpi yang berulang. yep, malam tadi aku tido bermimpi smthing yg aku da mimpi past few days.

mimpi tu tentang..sesuatu, aku bertenet. dan masuk ke laman web yang aku slalu masuk. then, somehow, screen laptop aku berubah, jadi cam construction site..sort of. then, somehow aku kat shopping mall, membeli barang dapur. then, aku call somebody tanpa aku duga. means..spontaneously. aku lak leh terfikir, spe aku cll ni? bf aku ke? aku pon..emm..ye kot. then, bile lelaki tu angkat, suare die bukan suare bf aku. aku fikir2, sape laki ni? ex-skandal aku? tak jugak. ex-bf aku? lagi la tak. then, aku tengok name kat skrin nset aku. name seseorang yang aku tak jangka akan kuar. then, aku cakap aku tersalah call. n lelaki tu marah2 aku and insist soh aku cakap pe aku nak cakap. aku pon cam pelik, aku cakap ngan die aku tersalah call, dan die leh cakap aku de smthing nak cakap ngan die. WTF?? then, die membebel tentang sesuatu tapi aku x dengar sangat. tapi pe yang aku tau, die membebel ttg hidup aku.

banyak yang pelik dalam mimpi ni. first, org yang aku call. that guy, aku tak fikir sangat pasal die. but then, last night i know smthing about him. then, aku fikir psl lelaki len, tapi lelaki tu lak tak muncul dalam mimpi aku..

second, skrin laptop aku berubah jadi cam construction site. it's weird. and third, the shopping mall. nampak cam gloomy tempat tu, dan sunyi. dan aku shopping sensorg. that's weird.

Monday, August 8, 2011

Loving me.

i know i have issue on anger management. but sometimes, i can control my anger. however, since my period was late, i sort of can't handle myself.

after a long of thinking, i just can't believe i want to sabotage my relationship again. i know i can avoid it, but i still do it.

he wants me obviously, although i'm waiting for someone else, but i can tell he wants this relationship to work out. why i have to sabotage this one again?

it turns out because i still think it's about my past; i was a whore so no one can accept me. so, i was thinking people will always turn me down and make me feel miserable, so that's i want to avoid the miserable, i make other people miserable. yep, i do.

the truth is, i can't accept myself, so i'm questioning how can people accept me. i think, i have to learn to love myself, then i can give someone else my love.

Sunday, August 7, 2011

Apa salahku?

aku x tau pe aku rse sekarang ni. aku cam rase nak nangis je. tp aku x nangis pon. sebab aku da bese untuk pendam pe yang aku rase. tapi kalo aku luahkan, memang aku akan nangis. aku fikir kalo aku wat diri aku tough cam ni, x perlukan perhatian orang len, orang yang aku sayang akan lebih hargai aku. tapi nampaknye x.

aku sampai tertanya2, mana lagi salah aku? aku x mengongkong lagi, x sebuk2 ngan idup die lagi, tapi maseh lagi de masala ngan hubungan ni. de lagi ke masala berpunca dari aku? or aku ni mmg x leh de teman? tolong la.. jawab soklan aku.

Saturday, August 6, 2011

Solat Tarawih dan Cara-caranya







F. Baca doa berikut selepas selesai rakaat ke 8 atau ke 20, iaitu rakaat terakhir solat Tarawih.

Doa Solat Tarawih

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلَّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَفْضَلَ صَلَوَاتِكَ الَّتِىْ صَلَّيْتَ عَلَيْهِ، يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ، يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. وَرَضِىَ اللهُ تَعَالَى عَنْ أَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ أَجْمَعِيْنَ، وَرَضِىَ عَنَّا وَوَالِدِيْنَا جَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ.

Ya Allah! Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami Muhammad SAW dengan selawat terafdal di mana Dikau berselawat ke atasnya dengan selawat itu; Wahai yang mempunyai Kemuliaan dan Kemurahan, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! Dan keredhaan Allah kepada kesemua sahabatnya dan telah redha kepada kami, kedua ibu bapa kami dan keselurahan orang-orang yang beriman.



اَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا بِاْلإِيْمَانِ كَامِلِيْنَ، وَلِفَرَائِضِكَ مُؤَدِّيْنَ، وَلِلصَّلاَةِ حَافِظِيْنِ، وَلِلزَّكاَةِ فَاعِلِيْنَ، وَلِمَا عِنْدَكَ طَالِبِيْنَ، وَلِعَفْوِكَ رَاجِيْنَ، وَبِالْهُدَى مُتَمَسِّكِيْنَ، وَعَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضِيْنَ، وَفِى الدُّنْيَا زَاهِدِيْنَ، وَفِى اْلآخِرَةِ رَاغِبِيْنَ، وَبِالْقَضَاءِ رَاضِيْنَ، وَبِالنُّعَمَاءِ شَاكِرِيْنَ، وَعَلَى الْبَلاَيَا صَابِرِيْنَ، وَتَحْتَ لِوَاءِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ سَائِرِيْنَ، وَإِلَى الْحَوْضِ وَارِدِيْنَ، وَفِى الْجَنَّةِ دَاخِلِيْنَ، وَعَلَى سَرِيْرَةِ الْكَرَامَةِ قَاعِدِيْنَ، وَبِحُوْرٍعَيْنٍ مُتَزَوِّجِيْنَ، وَمِنْ سُنْدُسٍ وَاسْتَبْرَقٍ وَدِيْبَاجٍ مُتَلَبِّسِيْنَ، وَمِنْ طَعَامِ الْجَنَّةِ آكِلِيْنَ، وَمِنْ لَبَنٍ وَعَسَلٍ مُصَفِّيْنَ شَارِبِيْنَ، بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيْقَ وَكَأْسٍ مِنْ مَعِيْنٍ، مَعَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّيْنَ وَالصِّيْقِيْنَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِيْنَ. وَحَسُنَ اُولَئِكَ رَفِيْقًا ذَلِكَ الْفَضْلُ مِنَ الله وَكَفَى بِاالله عَلِيْمًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Ya Allah! Jadikanlah kami golongan yang imannya sempurna, dapat menunaikan segala kewajipan agama, menjaga solat, menunaikan zakat, menuntut dan mencari segala kebaikan di sisi-Mu, mengharapkan keampunan-Mu, sentiasa berpegang teguh dengan petunjuk-petunjuk-Mu, terhindar dari segala penyelewangan, mencintai keduniaan dikurangkan, terpelihara di akhirat, meredhai ketentuan qadak dan tabah menerima ujian, mensyukuri segala nikmat-Mu dan semoga di akhirat nanti kami dimasukkan sebaris di bawah naungan panji-panji jujungan kami Nabi Muhammad SAW, dapat melalui telaga yang sejuk, dimasukkan ke dalam syurga, terhindar dari api neraka dan duduk di atas Tahta Kehormatan di dampingi bidadari syurga dengan memakai pakaian kebesaran dari sutera yang berwarna-warni, menikmati santapan syurga yang lazat, meminum susu dan madu yang suci lagi bersih di dalam gelas-gelas dan kendi yang tidak kering selamanya, bersama-sama dengan orang yang telah Dikau berikan nikmat pada mereka, daripada golongan para nabi, para siddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh dan baik sekali mereka menjadi teman-teman kami. Demikianlah kemurahan dan kecekapan daripada Allah yang Maha Mengetahui dan segala puji bagi Allah Tuhan Seluruh Alam!


اَللَّهُمَّ فَارِقِ الْفُرْقَانَ وَمُنْزِلِ الْقُرْآنَ بِالْحِكْمَةِ وَالْبَيَانِ [بَارِكِ اَللَّهُمَّ لَنَا فِىْ شَهْرِ رَمَضَانِ (×3)] وَاعْدَهُ اَللَّهُمَّ عَلَيْنَا سِنِيْنًا بَعْدَ سِنِيْنَ. وَأَعْوَامًا بَعْدَ أَعْوَامٍ عَلَى مَا تُحِيُّهُ وَتَرْضَاهُ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

Ya Allah! Yang membezakan batil dan hak, yang menurunkan Al-Quran dengan hikmah serta penjelasan, [berkatilah kami ya Allah di dalam bulan Ramadan ini - (3x)] Kurniakanlah kepada kami ya Allah (Ramadan ini dan Rahmat-Nya), tahun demi tahun atas apa yang Dikau kasihi dan redhai; Wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!

اَللَّهُمَّ إِنَّكَ فِىْ هَذَهِ اللَّيْلَةِ وَكُلُّ لَيْلَةٍ مِنْ لَيَالِىْ شَهْرِ رَمَضَانِ، عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ، فَاجْعَلْنَا اَللَّهُمَّ وَوَالِدِيْنَا وَأَوْلاَدِنَا وَأَزْوَاجِنَا وَمَشَآيِخِنَا وَمُعَلِّمِيْنَآ وَأَقَارِبِنَا وَأَصْحَابِنَا وَالْحَاضِرِيْنَ وَوَالِدِيْهِمْ مِنْ عُتِقَائِكَ مِنَ النَّارِ. [اَللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّارِ سَآلِمِيْنَ (×3)] وَأَدْخِلْنَا وَإِيَّاهُمُ الْجَنَّةَ آمِنِيْنَ. [اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفْوٌ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا. (×3)]

Ya Allah! Sesungguhnya Dikau pada malam ini dan pada setiap malam bulan Ramadan membebaskan ahli-ahli neraka. Maka jadikanlah kami Ya Allah, kedua ibu bapa kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, orang-orang tua kami, guru-guru kami, kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami, orang-orang yang masih hidup dan bapa-bapa kami dari kalangan mereka yang Dikau bebaskan dari neraka. [Ya Allah! Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kesejahteraan - (3x)]. Masukkanlah kami dan mereka ke dalam syurga sebagai orang-orang yang sejahtera. [Ya Allah! Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Pemurah, Dikau amat suka mengampunkan, maka ampunilah kami! - (3x)].

وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.

Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas semulia-mulia makhluk, penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarganya dan para sahabat Baginda kesemuanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam!


*credit to: boking7@ jiwang.org

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Al-mubarak

Assalamualaikum aku ucap kan kepada sume pembaca blog aku ni. hari bermulalah ibadah berpuasa. de banyak kebaikan puasa ni, dan aku rasa ramai yang tahu. salah satunya mencegah dari diri melakukan perkara mungkar dan digalakkan beribadah dengan lebih kerap sebab ibadah di bulan pose ni kalo wat, dapat 2x ganda phala. menarik kan?

oleh kerana aku ingin stop dulu update cerita tentang seks pada bulan ini, dan mungkin akan update sesuatu yang berguna untuk kite sume.

selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Moga-moga Ramadhan kali ini memberi erti yang lebih bermakna dan kita dapat menunaikan pose ini ngan lebih baek dari tahun sebelum2 ini. Insya-Allah... :)