Tuesday, October 16, 2012

Stress gile

minggu ni... sangat2 stress. ari isnin je de 2 test, di ikuti test pada pagi selasa. aku rase cam nak menjerit je. da la projek aku tergendala dan aku cam risau gile kalo2 aku x leh nak teruskan projek aku. or paling teruk aku kene tuka tajuk. 

aku da abes kan masa dan wang ringgit yang sangat banyak kat projek aku sekarang ni. aku x mampu lagi untuk tuka tajuk. dan duit ptptn aku da abes sekarang. kengkadang aku cam nak give up ngan projek aku sekarang ni sebab tak menunjukkan apa2 progresif pon.

tu...satu hal. satu hal lagi study aku. smlm test spectro dan aku blank dan aku rasa aku merapu banyak dalam test tu. aku cam rasa marah gile kat diri aku sebab aku tak leh perform. ni baru test pertama. test bukan makin senang, makin susah de la. aku tak nak cakap perkataan tu... dan aku arap2 sangat aku tak kene ngan perkataan tu. 

tolonglah sem ni...aku nak lepas sume. amin...

2 comments: