Monday, June 10, 2013

Girl gamer

aku rse sejak 2 tahun lepas fenomena "girl gamers" semakin menjadi-jadi. 90% perempuan yang mengaku dia adalah girl gamer adalah penipu dan 10% lebih nye adalah girl gamer yang betul. de orang cakap girl gamer de kategori tersendiri. bukan sekadar men game kat fon atau men game candy rush kat facebook, tapi de orang meng-kategorikan girl gamer adalah perempuan yang bermain game pc, yang melibatkan game startegy seperti war of warcraft, age of empire, age of mythology, crisis, call of duty dan sebagainya. adakah anda seorang perempuan (tak kesah umur berapa) minat bermain game sebegitu? jika ya, anda barulah di panggil real girl gamer.

aku tak tahu la aku ni girl gamer ke tak, tapi yang pasti aku sangat suka main game dalam pc. sebab itu je yang de kat rumah kitorng. dan aku mula bermain game sejak kecik lagi. first game aku, adalah pacman, kat nintendo dan pastu super mario bersama-sama dengan game yang lain keluar sezaman dengan super mario.

dari nintendo aku berubah ke perisian komputer dan game pertama aku adalah tony hawk pro skater (THPS). game tu sangat best. mmg susah mula2 nak blaja trick mengguna banyak key kat keyboard, tapi lama2 aku leh capai skor sampai beratus ribu.

pastu aku main game need for speed 2. aku jadi addicted kot ngan game ni sbb leh ubah2 body parts dan segala bagai. dari game ni wat aku suka gila ngan kereta mula amik tahu tentang dunia kereta. 

pas tu aku evolve dengan main age of mythology. game to best dengan beberapa sebab. pertama aku rasa best sbb leh bina negara len. dan sebab ke dua, leh tengok priest Ra aku possess tentera lawan. aku slalu wat smpai 10 utk possess askar lawan. walaupon Ra tak kuat mana, tapi aku ske guna sbb klaka tengok priest lawak la gaya nye. huhu.

pastu men age of empire, tactical ops, sebelom beralih ke war of warcraft yang mana membawa aku ke dunia DOTA yang aku masih main sampai hari ini.pastu main counter strike dan berubah ke condition zero dan aku masih lagi main sekarang ni.

kemudian, abang aku memperkenalkan game lain yang menjadi kegemaran sepanjang zaman, iaitu diablo, assassin creed dan medal of honor (MOH).

de gak aku donlod sendiri game need for speed most wanted. game ni,  aku yang memperkenalkan pada abang dan adek aku (hehehe) dan kami jadi addicted main game ni. pe yang aku sanga suka game ni grafik die sangat cantek. aku leh main game ni sehari suntuk tanpa makan dan minum.  aku complete kan game tu dalam masa 2 minggu sahaja sebab minggu pertama aku de kelas dan minggu kedua tgh cuti. aku main dari pagi sampai ke malam sampai mak aku bising2. pas tu aku perasan aku dan jadi addicted gamer. aku berazam pas abes game tu, aku takkan lagi men game lagi. dan aku tak main....untuk beberapa bulan je sebelum abang aku memperkenalkan aku pada diablo. huhu.

game yang paling mencabar bagi aku adalah medal of honor pasific assault, sebab grafik dan sound sistem die cam real. aku memang rasa aku berada di dalam hutan tu, cuba mencapai mission yang diberikan. sepanjang game tu jantung aku berdengup kuat gile kot... game tu kan separuh darinya berada dalam waktu malam. leh cakap aku tak nampak hampir separuh game tu dan selalu mati. tensen gile kott. last2 adek aku gitau kene alert dan ajar camne nak tengok. dan pas tu aku leh men dengan lebih baik, walaupon tak sebaik mana. abes game tu aku dapatlah medal yang tak berapa best.

aku rasa game MOh ni best dan masukkan dalam laptop aku, bersama-sama red alert 3, condition zero dan diablo 2 sewaktu amik diploma kat jengka. mmg lptop aku lembab nak mampos. So, terpakse la delete MOH dan red alert 3 (sambil ngis2). beberapa bulan lepas, laptop aku jahanam grafik kad sebab asek2 main game. ayah aku mengamuk gile2. aku lak ngis tak berlagu. laptop aku ni segala-galanya. hidup aku dan mati aku. nasib baik jumpa satu kedai repair laptop kat plaza alam sentral yang len repair laptop aku. walaupon laptop aku sebulan lebih masuk kedai tapi akhirnya die kuar dengan sempurna. brader yang repair tu cakap jangan men game lagi. huhu....sedey nye... die cakap kalo nak, men kat pc.

yep, aku tahu nape. sejak bertahun2 aku terjebak dalam dunia gaming aku tahu banyak bende tentang computer dan teknologi. dl aku slalu amik tahu tentang perkembangan dunia komputer, tapi sekarang sebab busy dengan blaja aku tak dapat catch up sangat.

lalu laptop sekarang yang ada cuma DOTA dan condition zero. DOTA tak brani lagi nak maen tapi selalu gak men CZ. aku just leh men angry birds bersiri-siri dan beberapa game yang bodoh2 yang perempuan lain ske men. susah untuk dapat game yang ok bile duduk dengan perempuan. tapi pe yg best aku slalu exceed dari diorang. huhu. aku rasa aku patut tuka jantina la. :P

de banyak lagi game yang aku perna main tapi aku tak ingat  name die, dan de beberapa game aku yang teringin sangat-sangat nak main, contohnya assassin creed yang baru ni, skyrim (g install kat PC abg aku, tetibe kene balek blaja. yang main game tu abang aku dan aku gigit jari. nak install dalam lptop tak sampai spec. huhu.. (T___T)), MOH yg baru, COD, HONs dan.. tu je yg aku leh fikir sekarang ni. huhu.

so, korang fikir aku ni girl gamer ke? terpulanglah nak fikir pe. de yang kagum dengan girl gamer, dan de yang tak percaya perempuan leh men game. aku setuju. kebanyakkan perempuan senang melenting maen game,termasuklah aku. huhu. tapi lama kelamaan aku leh kawal la perasaan aku. sape cakap perempuan tak leh main? leh je.. cuma, untuk menjadi girl gamer slalu nye de pengaruh yang sangat kuat. contohnya, adek bradek (cam aku), atau pakwe yang kaki game dan ko leh masuk skali.

girl gamer ni mengaggumkan? aku tak rasa cam tu pon. sme je kitorng ni dengan lelaki. mungkin lelaki lebih baik. cuma minat sahaja.

No comments:

Post a Comment