Saturday, August 23, 2014

Bastile-Pompeii ceritakan kisah kota seperti kisah nabi Luth?

http://youtu.be/F90Cw4l-8NY

Sepatutnya aku kene post semalam tapi aku sangat sangat letih semalam so, aku wat keputusan untuk post ari ni.

Assalamualaikum wahai pembaca blog ni. Aku rasa ramai yang da dengar lagu ni di corong-corong radio dan sesetengah yang rajin mesti da cari maksud tersirat dalam lagu ni serta dalam video klipnya. So pada yang tak cari, leh la aku share serba sedikit tentang lagu ni.

Lagu ni kalo di lihat dari segi tajuk dan lirik die, memang menceritakan sendiri kisah kota Pompeii, kota yang tertimbus di Itali berabad lama nya dahulu. Pe yang menariknya kisah kota pompeii ni lebih kurang macam kisah nabi Luth.

Kota Pompeii mengikut arkeologis adalah kota yang sangat maju dan mempunyai teknologi yang canggih (untuk masa tu la). Kota itu juga terkenal sebagai kota hiburan dan sarang pelacuran terutamanya hubungan sesama jenis a.k.a homoseksual. Alat kelamin lelaki digantung begitu sahaja kerana kepercayaan mereka yang alat kelamin tak perlu ditutup malah perlu di tunjuk.

Dan seperti kisah nabi Luth, kaumnya di tengelami begitu sahaja, penduduk di Pompeii di timbus hujan api dan lava yang meletus dari gunung berapi yang berdekatan dengan kota itu.

Menurut arkeologis kejadian gunung berapi meletus itu seperti berlaku dalam sekelip mata sebab kesan sejarah yang di temui menunjukkan penduduk kota itu menjadi batu sewaktu menjalankan aktiviti harian. De orang sedang makan dan de gak yang sedang melakukan aktiviti seks, tidak kira jantina, dan usia (budak pon ade).

Aduiiiii... aku cuba nak paste gambar-gambar orang pompeii tapi takleh. Videk pon cam tak jadi. Aku post ni guna fon so... sorry la ea.

Pepon..., tu la kisah serba sedikit tentang pompei. Kalo rajin leh la cari gambar diorang. Memang nampak macam baru padahal da berkurun-kurun terjadi. Hairankan? Takla. Kalo berbalek kepada agama. Allah da sebut dalam al-Qur'an (tak sure ayat surah mana dan ayat ke berapa) Dia jatuhkan musibah ke atas kaum terdahulu untuk menunjukkan kekuasaan-Nya dan pengajaran supaya tidak mengingkari ajaran-Nya.

Ironinya de lirik dalam lagu tu, 'but if you close your eyes, it feels like nothing change at all' macam memberitahu perkara yang sama sedang berlaku di dunia sekarang ni. Pas tu lirik berikutnya ,'how am i gonna be optimist about this?' Macam cuba untuk katakan, macam mana dia nak yakin bahawa homoseksual tu boleh dibenarkan padahal da ada bukti depan mata yang Allah laknat kaum ni. So fikir-fikirkan la.

Pepon tu sume pendapat aku. Kalo ikut kata penyanyi tu die menggambarkan hidup dia macam kota Pompeii tu. Die cakap tak de pe yang berubah dalam hidup dia dan tak mahu tiba-tiba segala-galanya hilang cam tu je. Masuk akal ke? Die gay ke? Aku tak sure. Pe pon yang aku tahu jarang la penulis lagu nak menceritakan maksud sebenar lagu mereka. Pape pon, masing-masing punya pandangan.

So itu sahaja untuk malam ni. Next week aku cuna cari topik lain yang agak ok di bincangkan. Selamat malam semua.. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment