Saturday, August 30, 2014

Menulis dan membaca

Hari ni 30hb ogos dan tengahmalam ni tepat pukul 12 negara ini akan menyambut kemerdekaannya yang ke-57. Alhamdulillah malaysia masih lagi aman walaupon de beberapa musibah yang berlaku di negara ini. Aku cuma doakan keamanan negara ni akan kekal sehingga akhir zaman. Amin..

Aku rasa aku de tulis dalam post yang lepas aku dulu nak sangat menjadi penulis. Tak kisah la penulis akhbar, novel atau penulis bebas. Kenapa? Secara spesifiknya aku memang tak boleh jawab tapi mungkin sebab aku waktu kecil suka sangat membaca hasil tulisan di akhbar, di buku cerita dan majalah.

Dulu waktu kecil mak aku selalu bacakan kisah-kisah para nabi atau buku cerita kanak-kanak. Dan bila aku masuk sekolah rendah, aku cuma membaca di perpustakaan sekolah aku. (Dulu aku tak sesenang sekarang jadi itu saje la yang aku mampu pergi).

Masuk sekolah menengah ramai member-member aku gila membaca novel. Aku ikut gak. Cerita pendeknya, dari novel melayu pindah ke buku kanak-kanak english pindah ke novel english.

Tapi bila aku sambung blaja aku berhenti membaca. Aku tak sure kenapa tapi aku boleh agak sebab otak aku penat menghafal so aku perlu wat bende lain untuk tenangkan kepala aku. Dari tu aku giat bermain games.

Tapi sekarang da mula balek membaca. Aku selalu mengagumi penulis ni sebab diorang macam de daya imaginasi tinggi dan kosa kata yang banyak untuk menjadikan nukilan diorang orang sentiasa nak baca dan baca. Jadinya, aku pon rasa nak jadi penulis. Tapi rezeki tak ke arah tu lalu aku tak boleh cakap pe.

De banyak kebaikan membaca ni sebenarnya. Dapat ilmu, dapat tambah pengetahuan, tambah bilang kosa kata (vocabulary) contoh perkataan 'suka' bole guna gemar, cenderung dan sebagainya. Membaca pon boleh melambat proses penyakit alzhemeir sebab otak aktif ketika membaca dan yang paling penting dia menghilangkan stress. Bende ni memang betul. Aku semenjak dua menjak ni bila baca novel akuu leh release tensen skit. Kalo tak sampai ke mimpi tak abea stress nya.

Kesimpulannya galakkan la diri anda membaca, tak kisahlah baca surat khabar ke, komik ke majalah fesyen asal kan baca. Tak galakkan anak-anak membaca gak sebab boleh meransang perkembangan otak diorang.

So tu je untuk minggu ni. Selamat menyambut hari merdeka semua. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment