kadangkala, pabila kita mahukan hidup kita untuk menjadi lebih baek, kita cenderung untuk memasang angan-angan yang melambung tinggi. ini adalah kerana kita sperti tidak mahu hari esok kita menjadi hari semalam. berharap segala2 nya kan menjadi lebih baek.
dan pabila hari esok tiba, dan keadaan tidak seperti apa yang kita mahukan, kita akan kecewa dan marah, dan tertanya2 di manakah silap nya. sesetengah orang cenderung untuk menyalahkan takdir, tetapi ada pula yang muhasabah diri, dan kembali mengatur idup nya. bagi orang tersebut, kegagalan sekali tidak bermakna gagal selama2 nya.
perlu di perhatikan, kejayaan orang2 ternama masa kini adalah dari sepuluh kegagalan malah lebih dari sepuluh kegagalan, dan kejayaan terakhir mereka itulah membawa kepada kepuasan diri yang tidak terhingga.
bagi aku, perlu untuk kita melihat dan menelek diri kita, sebelum melakukan perubahan.adakah kita cukup tabah untuk menghadapinya? apakah kita akan segara bangun jika dilanda badai suatu ketika nanti? apakah kita akan berputus asa kembali pabila semuanya kelihatan tidak menjadi? jika tidak, perlu untuk bersiap sedia dari sekarang, kerana untuk berjaya @ keluar dari tapuk lama kita tidak begitu mudah seperti orang lain sangkakan.
No comments:
Post a Comment