Friday, February 3, 2012

Gay Di malaysia [Part 1]



Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Da lama rasanya aku tak update pape kat blog ni. bukan bersembunyi, bukan menghilangkan diri. Bukan jugak sebab terasa hati, tapi lebih menilai diri. Pape pon aku akan terangkan tentang itu di posting yang akan datang.

Sekarang, aku nak bernukil tentang isu gay, atas permintaan seseorang. Rasanya isu gay bukan perkara baru dalam Malaysia, petah lagi selepas isu "Sexualiti Merdeka", yang membawa ideologi kebebasan untuk golong gay, lesbian, pengkid dan mak nyah.

Sebenarnya dah lama isu ni, tapi baru sekarang masyarakat buka mata. Even pensyarah aku pon de citer, di sekitar tahun 70-80 waktu dia muda, da wujud nya gay bar area KL. Namun beliau tak cerita secara spesifik tempat tu. beliau suruh kitorang cari sendiri. (hampeh!)

APA ITU GAY??

Rasanya budak berumur 10 tahun pun boleh agak apa itu gay, tapi untuk permulaan adalah lebih untuk mendefinisikannya. Gay adalah kecenderungan seorang laki-laki untuk tertarik dengan orang lain yang juga berjenis kelamin laki-laki. Terdapat beberapa jenis gay yang perlu diketahui:

1. Trade homosexual:
Golongan gay yang sudah berkahwin atau yang sudah bercerai. Rata-rata mereka dari golongan orang bawahan, seperti kerani, tukang cuci dan sebagainya. Mereka menjadi gay semata-mata kerana nafsu. Oleh itu, golongan ini cenderung untuk bertukar-tukar pasangan.

2). Closet queen:
Terdiri dari golongan yang belum berkahwin dan berpendapatan rendah. Ini mungkin disebabkan tahap pendidikan rendah atau mempunyai masalah disiplin ketika di bangku sekolah.Namun, mereka mempunyai peewatakan seperti lelaki sejati; mempunyai raut wajah yang cantik dan tubuh yang tegap. Perwatakan seperti ini membuatkan golongan ini jarang menonjolkan sexualiti gay mereka di khalayak ramai.

3). Ambisexuals:
Terdiri dari golongan pertengahan sehingga atasan. Mereka mempunyai keinginan seks yang tidak terbatas tidak kira lelaki mahupon perempuan.

4). Gay guys:
Golongan yang sememangnya terbuka mempamerkan sexualiti gaynya. Mempunyai perwatakan seakan perempuan dan kebeseannya pelajar IPT yang masih bujang.

5). Situational homosexuals:
Menjadi gay atas alasan "terpaksa". Mungkin kerana masalah kewangan membuatkan diri mereka menjadi gay.



FAKTOR MENJADI GAY

1). Keluarga:
Pengalaman /trauma di alam kanak-kanak, seperti di dera secara fizikal mahupun seksual.

2). Persekitaran:
Bukan sejak azali tetapi terbina melalui pengalaman, seperti kompleks dalam keadaan hidup dan pengaruh keadaan semasa bayi, kanak-kanak, remaja dan awal dewasa.

3). Biologi:
Cara kelahiran menentukan sama ada seseorang homoseksual atau tidak. Suatu kajian oleh Ray Blanchard memperolehi data bahawa semakin bongsu seseorang anak, semakin besar kemungkinan dia homoseksual. Alasan-alasan di belakang pemerhatian ini belum ditentukan. Ianya dipercayai bahawa dengan setiap kehamilan, badan ibu mempunyai lebih hormonandrogen yang boleh mempengaruhi orientasi seksual seseorang anak. Alasan ini disokong oleh pemerhatian bahawa hanya anak-anak lelaki yang lebih bongsu, dan bukan anak-anak perempuan yang lebih bongsu, yang menunjukkan kemungkinan yang lebih besar untuk menjadi homoseksual. Alasan sosial bahawa adik-adik bongsu mungkin dipengaruhi oleh abang-abang mereka disangkal kerana apabila eksperimen ini dijalankan dengan anak-anak angkat, kemungkinan anak-anak angkat merupai homoseksual tidak menjadi semakin besar.

4). Dorongan individu:
Rentetan dari proses pembelajaran sewaktu kecil di mana kurang percaya pada potensi seksual yang ada pada diri sendiri.

5). Aktiviti seksual:
Sekiranya individu merasakan pengalaman homoseksual pertama menyeronokkan, individu akan meneruskan aktiviti homoseksual secara berterusan. Pendedahan berleluasa terhadap aktiviti homoseksual akan membuatkan individu semakin selesa dengan situasi sedemikian.




*********


to be continue...

No comments:

Post a Comment