Saturday, September 13, 2014

Dunia Nafsu Vs Realiti

Assalamualaikum pembuka bicara di tengahari sabtu yang kian panas di pancari sinar mentari. Ari tu aku surf internet dan jumpa beberapa blog melayu yang lebih kurang macam blog ni. Tapi aku rasa lebih baik kot. Mereka nampak macam dah boleh berdiri teguh walhal aku masih camping dengan kelemahan sendiri.

Rasa macam cemburu la dengan diorang yang boleh keluar dari dunia diorang tapi aku masih tersekat di antara dua dunia. Tersekat dengan dunia nafsu sendiri dan dunia realiti.

Jujurnya, aku tak de sesape yang support aku untuk keluar selain dari ex-bf aku. Tapi sekarang pon dia da takde. Aku takde join mana-mana pertubuhan, persatuan atau pape sewaktu dan sekawasan dengannya. Cuma cuba melangkah dengan kaki sendiri dan tawakkal pergi sejauh mungkin.

Mungkin sebab aku tak mahu orang tahu siapa aku. Kalo aku ni sekadar biseksual atau penggemar BDSM, mungkin aku boleh dedahkan diri aku. Tapi aku seorang bekas pelacur yang melakukan semuanya. Sekurang-kurangnya pelaku BDSM ada belas kasihan, tapi partner-partner aku tak. Sebanyak mana diorang bayar aku, sebanyak itulah diorang lepaskan geram dan nafsu terhadap aku.

Dan mungkin sebab aku rasa aku boleh hadapi ini semua sensorang. Tapi sejujurnya, aku tak boleh. Sebab tu aku sentiasa jatuh dan bangun balik. Kengkadang rasa nak bunuh diri tu memang ada sebab aku nak akhiri perjuangan yang tak berkesudahan ni dan terima pembalasan aku di alam lain dengan seadanya. kengkadang aku rasa aku tak mampu melawan lagi dan mahu hanyut sebegitu sahaja. Biarkan ajal datang menjemput aku dan pertemukan aku dengan Mungkar dan Nangkir dan seterusnya Maliki sang penjaga pintu neraka.

Tapi sedar tak sedar da 4 tahun aku sudah cuci tangan. Alhamdulillah walaupon aku masih bergelut dengan nafsu sendiri tapi tak sampai lagi pergi kembali ke kehidupan lama aku.

Tapi perasaan takut aku akan kembali tu memang ada setiap hari. Setiap masa. Sebab bila gelora nafsu mendatang, terasa nak sangat  merasai nikmat yang aku rasa dulu. Mungkin sebab dulu mula-mula dalam dunia pelacuran, aku tak terbiasa di pukul, di sepak dan sebagainya. Tapi lama kelamaan mentaliti aku berubah dari tak suka kepada suka untuk diperlakukan sebegitu dan itu yang aku mahu rasai. Aku fikir itulah aku; tempat melepaskan nafsu dan kemarahan.

Tapi bila nafsu itu kembali pergi, semua perasaan aku akan bercampur baur. Sedih; aku tak mampu menahan diri aku, kesal; kenapa aku biarkan mereka buat semua tu kat diri aku, marah; sebab aku lemah sangat dengan nafsu aku, malu; malu dengan Allah sebab aku tak mampu pegang janji aku pada diri aku. Dan seterusnya, perasaan nak bunuh diri tu akan kembali.

Setakat ni aku tak lagi berani untuk membunuh diri, tapi aku takut aku akan sampai ke limit diri aku, dengan depresi aku, aku mungkin akan melompat terus dari bangunan. Aku masih lagi waras dan tahu membunuh diri tu tak boleh langsung dalam Islam dan aku rasa itulah satu-satunya sebab aku boleh bertahan sampai hari ni. Dan aku berharap aku akan bertahan sampai bila-bila.

p/s: aku ingt aku da upload hari sabtu, rupanya tak. What ashame

1 comment:

  1. Ya Allah, semoga anda tetap tabah dan mendapat petunjuk...آمين

    ReplyDelete