Saturday, September 24, 2011

Sex Crime Part 3: Incest (Sumbang Mahram)






2 topik jenayah seks sebelom ni aku post menggunakan bahasa inggres, tapi biarlah jenayah seks kali ni aku post menggunakan bahasa melayu. kerana ini lah tujuan blog ini tercipta, untuk menyampaikan tentang sesuatu yang berlaku di masyarakat kita.

Incest atau sumbang mahram bukan nya satu jenayah seks yang jarang2 kita dengar. Malah hampir tiap-tiap bulan isu ini diterbitkan di semua akhbar tempatan.

sebagai permulaan, kita mulakan dengan definisi sumbang mahram.

Pengertian sumbang mahram atau Insest ialah perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang yang ada pertalian darah / nasab (keturunan) dengan mangsa. Sumbang mahram ini juga dapat didefinisikan sebagai hubungan jenis antara mereka yang mempunyai tali persaudaraan dan perkahwinan antara mereka adalah tidak sah di sisi undang-undang atau dilarang oleh adat resam dan agama.

Sumbang mahram telah dikenal pasti sebagai sejenis penganiayaan seksual yang merosakkan kesihatan fizikal, mental dan sosial Hubungan sumbang muhram diketahui berpotensi tinggi menghasilkan keturunan yang secara biologinya lemah, baik fizikal mahupun mental (cacat), atau bahkan merbahaya (membawa maut). Fenomena ini juga umum dalam dunia haiwan dan tumbuhan sebagai pembiakbakaan dalam. Ini boleh terjadi akibat pengumpulan homozigot atau gen-gen pembawa 'sifat lemah' daripada kedua-dua induk pada satu individu (anak).

Mengikut statistik Polis Bukit Aman, negeri Johor dan Selangor mencatatkan kes sumbang mahram tertinggi di Negara ini sepanjang tahun 2000 hingga Jun tahun 2001 iaitu masing-masing sebanyak 308 kes daripada keseluruhan 2,158 kes yang dilaporkan kepada polis. Sabah pula mencatatkan jumlah kedua tertinggi sepanjang tempoh tersebut iaitu sebanyak 258 kes diikuti Perak 197 kes, Kedah 195, Pahang 164 dan Sarawak 136. Negeri Terengganu pula mancatatkan sebanyak 109 kes, Kelantan 107, Negeri Sembilan 102, Melaka 101, Kuala Lumpur 96, Pulau Pinang 59 dan Perlis sebanyak 18 kes. Dapatan statistik yang diperolehi adalah hasil kes sumbang mahram yang telah dilaporkan, namun terdapat juga mangsa yang tidak melaporkan kes seumpama itu kerana ia membabitkan kaum keluarga yang menjadi penjenayah. Besar kemungkinan juga mangsa akan dibunuh kerana penceroboh atau penjenayah takut ditangkap kerana ada saksi.

Dengan peningkatan kadar penceraian, lebih banyak kanak-kanak terdedah kepada risiko yang lebih tinggi terhadap gejala sumbang mahram. Jika seseorang ibu berkahwin semula, anak perempuan beliau yang tinggal serumah dengan mereka terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk penganiayaan seksual oleh bapa tirinya berbanding bapanya sendiri. Sumbang muhrim, juga dikenali sebagai sumbang mahram atau inses, ialah kegiatan seks antara ahli-ahli keluarga yang rapat. Perbuatan ini merupakan suatu pantang larang dalam kebanyakan kebudayaan, baik pada masa lampau mahupun pada masa kini, termasuk juga dalam kebudayaan-kebudayaan yang lebih permisif terhadap perkara-perkara seks yang lain. Umpamanya, masyarakat Marquesas Polinesia Perancis sebelum dipengaruhi oleh dunia Barat membenarkan keseksualan kanak-kanak dan pengujikajian, tetapi tidak membenarkan sumbang mahram.



APAKAH PUNCA-PUNCA SUMBANG MAHRAM?

1). kegagalan isteri memenuhi tuntutan nafsu suami

Dek kerana tuntutan kerja, isteri cenderung mengabaikan tuntutan nafsu suami yang mengakibatkan suami mencari jalan alternatif lain untuk melepaskan nafsu. kebiasaan anak menjadi mangsa. namun, kebiasaannya, isteri tahu gejala ini berlaku di dalam keluarganya, namun hanya mampu mendiamkan diri kerana tidak ingin diceraikan dan tidak mahu permasalahan ini di ketahui umum.

2). Penghayatan agama yang kurang dan pengaruh media massa.

Secara umumnya, kebanyakan pelaku sumbang mahram melibatkan kelemahan iman, ketandusan ilmu dan kurangnya penghayatan agama mendorong seseorang itu dikuasai nafsu daripada menggunakan akal fikiran yang waras, maka kejadian inses atau sumbang mahram boleh berlaku dimanamana saja. Kelemahan pegangan agama ini juga, seorang ayah tergamak merogol anak kandung yang sepatutnya dibelanya. Kerana itu juga abang sanggup ‘merosakkan' adik perempuannya. Keadaan iman yang lemah ini akan merosakkan akal fikiran mereka jika mereka sering menonton filem-filem porno disulami dengan video klip yang mudah dimuat turun melalui telefon bimbit. Kejadian-kejadian seumpama ini akan merangsang individu terbabit dan sebagai jalan mudah mereka akan memaksa mangsa yang terdekat untuk memuaskan nafsu yang sedang bergelora. Dewasa ini, bahan lucah amat mudah diperoleh dimana-mana sahaja dan mereka yang lemah iman ini apabila sering menonton bahan-bahanporno ini akan mendorong untuk melakukan inses.

Rasulullah telah menceritakan kepada sahabat bahawa umat Islam pada akhir zaman terlalu ramai tetapi ibarat buih di lautan yang tidak tahu berbuat apa-apa dan lemah sekali. Imannya tipis ibarat kulit bawang akibat dari penyakit al-wahan iaitu cinta kepada dunia dan takut kepada mati. Tanpa iman manusia hidup dalam keadaan jiwanya lemah dan kosong. Manusia yang lemah iman tidak akan takut dan kenal lagi kepada Allah yang menciptanya. Manusia tidak takut dan gentar akan hari pembalasan di akhirat kelak. Manusia yang lemah tidak merasa takut dan gementar akan hari pembalasan dan azab Allah yang sangat pedih seksanya di neraka. Akibat iman yang lemah manusia tidak dapat membezakan di antara kebaikan dan keburukan dan di antara kebenaran dan kebatilan.



3). Pergaulan bebas

Dua saudara yang duduk berdua-duaan di tempat sunyi dan tidak menghiraukan larangan agama boleh membawa kepada berlakunya sumbang mahram. Malah program atau pesta yang menaikkan nafsu menerusi pergaulan lelaki dan wanita dengan pakaian yang menjolok mata juga dapat mendorong perlakuan sumbang mahram. Batas pergaulan yang sudah melampaui had-had yang dianjurkan menyebabkan nafsu semakin sukar dikawal apabila kemiskinan mencengkam keluarga itu yang menyebabkan mereka terpaksa tinggal di rumah yang sempit tanpa ada bilik yang sesuai khususnya bagi anak gadis yang sedang membesar.

4). Institusi kekeluargaan yang lemah

Faktor keluarga terutamanya keruntuhan institusi perkahwinan seperti penceraian turut mendorong berlakunya kes inses ini. Dengan peningkatan kadar penceraian, lebih ramai kanak-kanak terdedah kepada risiko yang lebih tinggi bagi mengalami sumbang mahram. Jika seseorang ibu berkahwin semula, anak perempuan yang tinggal serumah dengan mereka terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk penganiayaan seksual oleh bapa tirinya berbanding bapanya sendiri. Bagi kes inses yang melibatkan adik beradik pula, keluarga yang bercerai berai akan menyumbang kepada faktor ini. Ini kerana si ibu akan keluar rumah untuk menyara keluarga memandangkan orang yang sepatutnya menyara keluarga telah tiada. Oleh yang demikian si ibu akan mengambil alih tanggungjawab untuk menyara keluarga. Akibat kesibukan di luar rumah bagi mencari rezeki dan keadaan diburukkan lagi apabila batas pergaulan tidak dijaga serta cara berpakaian yang menjolok mata, ada kemungkinan kejadian inses berlaku memandangkan mereka bebas melakukan apa saja tanpa dipantau oleh orang yang lebih dewasa.



5). Cara pemakaian menjolok mata di rumah

Orang dulu-dulu menganggap pakaian sebagai alat menutup dan menjaga tubuh di bahagian luar. Sedangkan bagi peradaban dan dunia moden, tujuan demikian ditambah dengan satu tujuan lain yang dikenali sebagai apa yang disebut berhias, antara satu sama lain, masyarakat berbeza sesuai dengan faktor yang meliputi sesuatu masyarakat kedua-dua tujuan ini memang disyariatkan oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam ayat 26 surah Al-A'raaf :

Wahai anak-anak Adam Sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup "aurat kamu, dan pakaian perhiasan: dan pakaian yang berupa taqwa itulah sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-nya kepada hamba-hambaNya supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).

Pakaian yang menghairahkan ketika berada diluar ataupun didalam rumah boleh menarik pandangan kaum lelaki untuk mengamati pemakai pakaian yang mengancam itu. Jelas tidak akan mampu untuk mengendalikan dirinya ketika melihat pandangan seperti itu.



APAKAH KESAN SUMBANG MAHRAM?

Sebilangan besar mangsa mengalami kesan negatif yang serius sehingga memerlukan terapi apabila mereka meningkat dewasa.

Antara kesan kesan-negatif ini adalah:-

  • Hilang kepercayaan pada orang lain,
  • Takutkan hubungan intim,
  • Murung,
  • Rasa ingin bunuh diri,
  • Tingkah laku yang merosakkan diri sendiri,
  • Keyakinan diri yang rendah, rasa bersalah dan marah,
  • Rasa terasing dari masyarakat / keluarga,
  • Penyalahgunaan dadah,
  • Masalah pemakanan
  • Masalah personaliti dan sebagainya.


APA PERLU SAYA LAKUKAN JIKA SAYA ADALAH MANGSA ATAU TAHU ANAK MENJADI MANGSA SUMBANG MAHRAM?

1). Laporkan pada pihak berkuasa

Mangsa perlu melaporkan kejadian inses atau sumbang mahram ini. Ini kerana jika ia tidak dilaporkan, ia tidak akan diketahui, tindakan tidak dapat diambil ke atas penceroboh dan ia mungkin mengulangi perbuatan itu.
Di Malaysia, terdapat agensi dan kumpulan Ngo's yang boleh memberi bantuan dan sokongan kepada mangsa. Antaranya ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Polis Diraja Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga. Manakala untuk penempatan dan perlindungan, terdapat Pusat Perlindungan Wanita di bawah pengurusan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), JKM dan dibawah persendirian atau pertubuhan.

Pihak persendirian dan Ngo's juga boleh dirujuk antaranya seperti Pertubuhan Darul Islah Selangor (PERKID), International Muslim Women's Union (IMWU), Badan Kebajikan Wanita Selangor (BAKAWANIS), Unit Mubalighat JAIS, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Selangor (LKPIS), Persatuan Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Sahabat Hospital TAR, Pertubuhan Mawwaddah cawangan Selangor dan sebagainya.

*TS: part ni adalah part paling crucial, and yet tak ramai leh wat, termasuk diri aku. malah parents aku sendiri tau bila aku da besar. salah satu faktor yang membuatkan aku sukar untuk melaporkan adalah trauma dan di ugut berkali-kali. tapi, kalo de yang berani untuk melaporkan perkara ni, aku solute sama korang.

bukan x menggalakkan melapor, tapi secara jujur nya, dan aku x tau nape, ianya sangat susah untuk bercakap tentang dia. cam die bomoh aku untuk x berkata apa.

2). Pengawalan dan Sekatan Bahan-bahan Bacaan

Sekat bahan-bahan dan tontonan yang tidak berfaedah. Bahan bacaan dan tontonan dari media cetak dan elektronik perlu dikawal. Beri kepada anak-anak buku, majalah atau suratkhabar yang tidak merangsang kepada berlakunya sumbang mahram. Elakkan dari bahan-bahan lucah dan gambar yang mengghairahkan dan tidak menutup aurat. Media elektronik seperti komputer, televisyen dan radio hendaklah dikawal supaya anak-anak tidak melihat, menonton dan mendengar rancangan dan bahan yang tidak elok dan lucah.

3). Batasi Pergaulan

Pergaulan ahli keluarga mesti dibatasi. Sesetengah orang mengambil ringan hal ini hanya kerana hubungan adalah anata anak-anak dengan ayah atau dengan ibu dan di antara adik beradik. Namun begitu, pergaulan dengan anak-anak juga ada batas syariat. Anak perempuan hanya boleh dimanjakan sehingga umur tujuh tahun. Ini supaya anak itu ada perasaan malu untuk bergaul bebas. Sifat malu itu penting untuk menghalang dia dari terjerumus ke lembah dosa. Dikhuatiri pergaulan dan gurau senda yang tiada had akan menyebabkan mereka hilang rasa malu dan merangsang untuk melakukan lebih dari hubungan adik beradik. Mesra jangan sampai anak gadis dan ayah berpeluk dan berciuman sehingga menaikkan nafsu.

4). Peranan Masyarakat

Ahli masyarakat merupakan salah satu faktor terpenting dalan menangani tingkah lakusumbang mahram ini. Hubungan jiran yang rapuh menyebabkan kes sumbang mahram sukar dibendung. Masyarakat sewajarnya prihatin dengan keadaan jiranjiran dan seandainya mereka dapat mengesan perbuatan yang menjurus kepada sumbang mahram, sepatutnya perkara itu, dihalang atau dinasihat dan jika tidak berkesan dilaporkan kepada pihak berkuasa.Hubungan antara masyarakat perlu kembali dirapatkan seperti dahulu iaitu jiran dianggap seperti keluarga sendiri. Apabila hubungan jiran rapat seperti keluarga sendiri, amalan menegur kesalahan anak jiran seperti anak sendiri tidak akan disalah anggap atau menimbulkan kemarahan jiran sekaligus dapat mengurangkan jenayah. Oleh kerana kejadian ini juga boleh berlaku di luar rumah, maka ahli masyarakat perlu membuka mata untuk mengelak kejadian seumpama ini dari terus berlaku dengan mewajibkan mereka untuk melaporkan kes-kes tersebut.

5). Galakkan Perkahwinan

Ibu, ayah atau datuk nenek yang kematian pasangan eloklah dicarikan pasangan lain untuk mengelakkan mereka dari melepaskan nafsu syahwat kepada ahli keluarga sendiri. Rasulullah SAW memang menggalakkan perkahwinan untuk menyelesaikan sebahagian dari urusan agama. Perkahwinan dapat mengelakkan daripada berlakunya jenayah seksual ini.

6). Jaga Aurat di Kalangan Ahli Keluarga dan Menitikberatkan Didikan Agama

Ibu bapa disarankan agar mengajar ahli keluarga agar menjaga batasbatas aurat di dalam rumah di kalangan ahli keluarga yang berlainan jantina. Walaupun ahli keluarga bolehmembuka aurat(kecuali antara pusat dan lutut) dikalangan ahli keluarga yang berlainan jantina, namun ada batas-batas kesopanan dan tatasusila yang perlu diikut. Pakaian tidak boleh didedahkan bahagian-bahagian

yang menaikkan nafsu syahwat dan tidak boleh nipis, ketat dan seksi. Walaupun di rumah, tidak wajar anak gadis hanya berkemban sahaja. Oleh itu aurat ini perlu dijaga sama ada ahli keluarga itu lelaki atau perempuan.Ahliahli keluarga juga perlu didedahkan tentang beratnya berbuat dosa besar dan melanggar hukum Tuhan jika perzinaan dilakukan dikalangan ahli keluarga. Anakanak yang terdidik dengan didikan agama yang sempurna akan dapat menutup jalan-jalankearah

gejala sosial yang kian teruk ini, kerana mereka mempunyai ilmu agama yang cukup untuk membimbing mereka ke jalan yang benar mengikut landasan agama.

7). Kukuhkan Taraf Ekonomi Keluarga

Kemiskinan tegar adalah salah satu punca gejala sosial ini. Oleh itu, ketua keluarga hendaklah mencari sumber pencarian tetap sama ada makan gaji atau bekerja sendiri.Kebanyakkan kes-kessumbang mahram yang berlaku adalah disebabkan ibu keluar mencari nafkah, sedang para suaminya tidak bekerja dan tinggal di rumah menjaga anak-anak perempuan. Harapkan pagar, pagar makan padi. Maka haruan makan anak sewaktu ketiadaan ibu di rumah.

sumber: SINI




3 comments:

  1. ganaznyee gmabor..sedap mata melihat..hehehe

    ReplyDelete
  2. rajin ustazah ni....

    ReplyDelete
  3. @mp3: sedap ke? de lg gambar yg sedap kat sini. leh belek2 lagi. XD

    @anon: x rajin. wat bile rase nak je.

    ReplyDelete