Sinopsis: Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.
Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.
AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia.
Apabila adik RAZAK, HAWA (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut.
Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?
aku baru je abes tengok citer ni. tengah2 musim exam pon leh tengok citer. hehehehe. aku nak release tensen. tadi baru pas jawab paper yang sangat 'senang' di abad ini.
ok, mari beralih ke movie songlap. aku tak faham kenapa promosi citer ni cam kurang, sebab citer ni langsung x cam promosi nye. citer yang sangat bagus, di barisi pelakon yang handal, contohnya Shaheizy Sam, Syafie Naswip sebagai watak utama (adek beradik). mereka hidup ngan mencari duit dengan cara yang paling senang, iaitu menjual bayi secara haram.
aku da wat review, tapi aku nak edit balek. sebab ari tu aku nak wat review, tapi de something wat aku distracted. wat aku tertulis sesuatu yang aku tak mau tulis.
movie ni sangat2 unik. membawa isu berat, itu persundalan yang berlaku dalam masyarakat kita. de orang cakap movie ni slow, tapi bagi aku movie ni bergerak ngan halaju yang sempurna, tidak terlalu terkejar2, dan tidak terlalu lambat. ia perlahan-lahan mendedahkan persoalan yang cuba di tonjolkan, dan perlahan-lahan mendedahkan jawapannya. aku rase semua persoalan dalam movie ada di jelaskan. berbeza dengan movie len, jawapan pada persoalan semua nya memerlukan kuasa minda untuk men-'decipher' kan nye. (maaf ngan bahasa rojak. aku tak dapat cari perkataan yang sempurna selain decipher)
pe yang aku leh gitau, muvie ni mempertontonkan banyak 'kejahatan' dalam semua watak. sume nye adalah akibat dari 'dosa-dosa semalam', bak kate mak aku. cam Am, terlibat dalam dunia perjudian, perdagangkan bayi dan perempuan secara haram kerana dia sendiri adalah anak seorang pelacur. leh nampak die sangat2 kecewa ngan mak die, sampai die sanggup cakap die x de mak. sebab tu die cam x de perasaan ngan perempuan2 tu.
nak citer lebih2 pon x best lak. better g tengok. aku sangat2 menyaran sume malaysian tengok citer ni. sangat bagus. aku bagi rate: 9/10. well done.
No comments:
Post a Comment