Saturday, March 12, 2011

RED HOT CHILI PEPPERS


aku baru je balek dari makan pizza hut ngan abang aku. aku...de masala ngan study aku dan aku mintak dia tolong. Alhamdulillah, dia dapat tolong. tapi, pape pon aku kene g tengok dl cam ne isnin nanti. hopefully, segala2 nye akan okay.

Abes citer pasal study aku, sekarang aku nak membebel pasal band yang aku minat sangat2, iaitu red hot chili peppers. aku x pasti aku da post pasal diorang, tapi seingat aku, aku x post pape lagi pasal diorang. if aku da post, ni kire update tentang band diorang.

ok, citer skit sejarah tentang band ni. di tubuhkan pada tahun 1983, dan aku rase meletup pada tahun 1985. hmm, ye...betol. ahli band RHCP waktu tu adalah Iron Jack (drummer), Hilel Slovak (guitarist), Micheal "Flea" Balzary (bass), dan Anthony Kiedis (front-man). waktu tu diorang sangat2 mude, dan sangat2 cute dan ensem. seperti band2 lain yang wujud pada tahun 80-an yang mana hampir 95% jadi drug addict, members of RHCP pon tak terkecuali, lebih2 lagi Anthony Kiedis, yang mana ayah die sendiri pusher a.k.a drug dealer. Kiedis dan slovak sangat2 addict ngan heroine sampai...da tahap membimbangkan. tapi orang lain lebih tumpu kan pada kiedis, disebabkan supplier yang sangat rapat dan slovak lak pandai cover. tapi lama-kelamaan, slovak cam x sehat, dan tak dapat performed well. waktu tour kat Europe, die kene kicked sekejap dengan band but then, di ambil balek. kiedis berusaha nak get cure, dan ajak slovak, tapi slovak cam..ntah la, nak tak nak kot. dan pas tour, die mengasingkan diri dari kuarge dan kawan2 die, sampai satu ari die di jumpe mati oleh polis pada tahun aku dilahirkan, iaitu 1988. kematian slovak cam menganggu kiedis, sampai die melarikan diri dan x hadir pada funeral. mungkin kiedis x dapat terima hakikat slovak dah pergi.Iron Jack lak cam x leh trime ngan kematian Slovak, terus keluar dari band sebab tak nak berkait dengan pape yang melibatkan slovak.

selepas pemergian slovak dan Jack angkat kaki, RHCP mengalukan ahli baru, iaitu Chad Smith (drummer) dan
John Fruciante (guitarist). selepas kematian slovak, kiedis maseh lagi jadi drug addict bersame2 partner baru nye, iaitu John fruciante. addiction yang melampau menyebabkan kiedis cam nak benti dan ajak skali fruciante, tapi die x nak. cam..die "proud to be an addict". Kiedis lak try heal and eventually, die healed. and sampai sekarang, die clean dari dadah. fruciante lak angkat kaki dari band di sebabkan oleh drug addiction die. tempat die diganti oleh dave nevarro tapi fruciante join in the club balek. aku x nak citer psl nevarro sebab bagi aku tu, zaman kegelapan RHCP.

fruciante join the club pas heal dari drug and together diorang wat album "californication". personally aku nak cakap, leh dikatekan album tu la yang paling aku suke. sebab lagu nye sume sedap2. pas tu, diorang kuar kan lagi 2 album iaitu "by the way" dan "stadium arcadium". dan sekarang, fruciante sekali lagi kuar dari band RHCP dan tempat nye die gantikan oleh Josh Klinghoffer. dan buat mase sekaarang diorang sedang record satu lagi album, dan hopefully album tu akan kuar cepat. aku nak sangat2 beli album tu.

personally, aku sangat2 suke band ni..sebab..band ni banyak influence aku. band ni x perna pon sesape kenalkan pada aku. instead aku tengok video clip lagu "californication", dan aku terus suke ngan band ni. RHCP adalah kumpulan band yang first aku suke, walaupon waktu tu aku x kenal pon diorang. then, waktu taun 2002, aku dengar lagu "by the way" dan terus cari sape band ni. aku cari cd diorang kt kedai, dan eventually waktu tu aku just leh tgk je..dan pegang, sebab aku tengah skola menengah lagi dan x de duit yang cukup untuk beli. waktu tu aku sangat2 gembire dan x pecaya aku dapat pegang cd lagu band kegemaran aku. aku cam..breathless sangat2 dan menangis kat depan casher kedai tu. casher tu soh beli, tapi aku just senyum dan letak balek kt tempat die. aku search tentang band ni, sape members group dan sejarah band ni. bile aku sambung belaja, RHCP sekali lagi kuar kan album iaitu "stadium arcadium", dan waktu tu, ahah, aku dapat beli sebab aku de duit!!! hehehhe. aku gembire sangat2 waktu tu.

aku x gitau lagi kenapa band ni influence idup aku. dari band ni la aku dapat kuar kan diri aku dari depression akibat sexual abuse waktu aku kecik. lagu tu lagu "under the bridge". lagu tu sangat2 influence diri aku sampai aku da x nak ingat pe yang berlaku seperti dalam lagu tu, "i don't ever wanna feel like i did that day, take me to the place i love, take me all the way". each time aku dengar aku ni, aku mesti nak nangis..sbb..lagu ni..sangat2 mempengaruhi idup aku. aku berjaya lupekan trauma mase silam aku sebab aku fikir, diorang lagi la drug addict leh nak kuar dari pe yang membelenggu diorang, nikan aku. so, aku jadi kan band ni sebagai peniup semangat aku. waktu aku skola menengah aku slalu fantasize aku dapat jumpe diorang dan dapat berbual ngan diorang. sampai sekarang..kalo aku dapat jumpe face-to-face ngan diorang, aku la orang yang paling happy dalam dunia ni...seryesli. tapi..bile fikir2 balek, aku mungkin akan pengsan sebab aku x kan percaya mereka kat depan aku, sebab aku syang diorang sangat2. hopefully..diorang akan idup lame..dan..aku dapat datang kat konsert diorang.

aku sangat2 terkejut dapat tau john fruciante kuar dari band. dan aku sekarang sangat2 sedeh dan tertanya2 nape die kuar. sebab kalo die dalam RHCP, die jadi cam...magical, cam..sangat2 hebat dan RHCP jadi band yang sangat2 hebat. da la setiap kali aku dengar bunyi guitar die, aku cam terus breathless, sampai ke ari ni..walaupon aku da dengar lagu diorang beratus2 kali 2 maybe beribu2 kali, tetap aku...gembire dan rase nak terbang je. dari aku kecik aku gambarkan ban ni membawa satu konsep freedom, yang mane bile dengar je..rase cm high je. no wonder la ramai cakap lagu2 RHCP best layan waktu high. masyukkk je. pape pon, YOU WILL NEVER WALK ALONE, RED HOT CHILI PEPPERS!!

No comments:

Post a Comment