Saturday, September 13, 2014

Dunia Nafsu Vs Realiti

Assalamualaikum pembuka bicara di tengahari sabtu yang kian panas di pancari sinar mentari. Ari tu aku surf internet dan jumpa beberapa blog melayu yang lebih kurang macam blog ni. Tapi aku rasa lebih baik kot. Mereka nampak macam dah boleh berdiri teguh walhal aku masih camping dengan kelemahan sendiri.

Rasa macam cemburu la dengan diorang yang boleh keluar dari dunia diorang tapi aku masih tersekat di antara dua dunia. Tersekat dengan dunia nafsu sendiri dan dunia realiti.

Jujurnya, aku tak de sesape yang support aku untuk keluar selain dari ex-bf aku. Tapi sekarang pon dia da takde. Aku takde join mana-mana pertubuhan, persatuan atau pape sewaktu dan sekawasan dengannya. Cuma cuba melangkah dengan kaki sendiri dan tawakkal pergi sejauh mungkin.

Mungkin sebab aku tak mahu orang tahu siapa aku. Kalo aku ni sekadar biseksual atau penggemar BDSM, mungkin aku boleh dedahkan diri aku. Tapi aku seorang bekas pelacur yang melakukan semuanya. Sekurang-kurangnya pelaku BDSM ada belas kasihan, tapi partner-partner aku tak. Sebanyak mana diorang bayar aku, sebanyak itulah diorang lepaskan geram dan nafsu terhadap aku.

Dan mungkin sebab aku rasa aku boleh hadapi ini semua sensorang. Tapi sejujurnya, aku tak boleh. Sebab tu aku sentiasa jatuh dan bangun balik. Kengkadang rasa nak bunuh diri tu memang ada sebab aku nak akhiri perjuangan yang tak berkesudahan ni dan terima pembalasan aku di alam lain dengan seadanya. kengkadang aku rasa aku tak mampu melawan lagi dan mahu hanyut sebegitu sahaja. Biarkan ajal datang menjemput aku dan pertemukan aku dengan Mungkar dan Nangkir dan seterusnya Maliki sang penjaga pintu neraka.

Tapi sedar tak sedar da 4 tahun aku sudah cuci tangan. Alhamdulillah walaupon aku masih bergelut dengan nafsu sendiri tapi tak sampai lagi pergi kembali ke kehidupan lama aku.

Tapi perasaan takut aku akan kembali tu memang ada setiap hari. Setiap masa. Sebab bila gelora nafsu mendatang, terasa nak sangat  merasai nikmat yang aku rasa dulu. Mungkin sebab dulu mula-mula dalam dunia pelacuran, aku tak terbiasa di pukul, di sepak dan sebagainya. Tapi lama kelamaan mentaliti aku berubah dari tak suka kepada suka untuk diperlakukan sebegitu dan itu yang aku mahu rasai. Aku fikir itulah aku; tempat melepaskan nafsu dan kemarahan.

Tapi bila nafsu itu kembali pergi, semua perasaan aku akan bercampur baur. Sedih; aku tak mampu menahan diri aku, kesal; kenapa aku biarkan mereka buat semua tu kat diri aku, marah; sebab aku lemah sangat dengan nafsu aku, malu; malu dengan Allah sebab aku tak mampu pegang janji aku pada diri aku. Dan seterusnya, perasaan nak bunuh diri tu akan kembali.

Setakat ni aku tak lagi berani untuk membunuh diri, tapi aku takut aku akan sampai ke limit diri aku, dengan depresi aku, aku mungkin akan melompat terus dari bangunan. Aku masih lagi waras dan tahu membunuh diri tu tak boleh langsung dalam Islam dan aku rasa itulah satu-satunya sebab aku boleh bertahan sampai hari ni. Dan aku berharap aku akan bertahan sampai bila-bila.

p/s: aku ingt aku da upload hari sabtu, rupanya tak. What ashame

Sunday, September 7, 2014

Rintihan

Maaf aku tak dapat upload topik yang best minggu ni. Semalam de majlis kenduri arwah jiran aku dan aku blek lewat. Ex aku teks aku dan telefon aku, dan aku menangis cam budak-budak sampai tertidur.

Seryesli minggu ni aku memang tak ok. Aku menangis setiap malam. Aku mimpi bende bukan-bukan. Dan yang paling penting aku dah tak de sesapa yang leh dengar rintihan aku.

Berbulan-bulan lamanya aku memendam perasaan aku. Depan orang aku senyum dan dalam bilik aku menangis. sampai bengkak muka aku datang kerja.

Aku tak ada sesape yang boleh dengar rintihan aku. Aku tak suka tempat kerja aku. Tempat yang menindas aku. Bos yang mengambil kesempatan kat pekerja dia. Superior yang sentiasa tunding jari kat aku. Sama ada salah aku atau salah orang lain. Aku tak de life. Tak de kawan-kawan nak keluar, tak de cukup duit untuk menggembirakan aku. gaji aku seribu lebih pergi ke famili aku dan minyak kereta aku. kisah silam yang menghantui aku setiap hari. Dan yang paling sedihnya, aku kene bangun setiap hari melalui semua ni sensorang diri.

Aku tak merungut bagi duit aku tak famili aku. Aku tahu tu tanggungjawab aku. Tapi gaji aku terlalu sedikit untuk menampung famili aku. Jadinya aku kene cari kerja lain dan aku da wat da tapi takde sesape nak amik aku kerja. Tu yang lagi menambah kesedihan aku.

Ex-boyfriend aku. Kisah yang sama selama 4 tahun. Aku rasa la aku berkapel dengan dia selama 4 tahun. Tapi mungkin dia fikir aku dan dia kawan rapat je walaupon mmg kami declare. Mungkin sebab tu gak dia cam endah tak endah dengan aku. pe yang bagusnya dia, die tahu kisah silam aku dan boleh terima aku seadanya. Dan aku boleh cerita apa saja kat dia. Untuk 2 tahun pertama. Lepas tu..., aku tak tahu pe jadi. Tapi kami asik-asik gaduh dan dia senyap seketika. Alasan sebab nak bergaduh dengan aku. Ok, fine. Aku terima. Aku biarkan dia senyap. Dan mula saat tu dia cam berubah. Memang suka gile marah-marah aku. Aku senyap je dan fikir dia mungkin de masala kerja. pas tu aku da jarang bercerita masalah aku kat dia.

Tahun ke-4. Br semalam dia call. last die call bulan 12 time aku praktikal. Dan smlm first time die call untuk tahun ni. Aku da tak mampu nak kongsi pape lagi kat dia sebab rasa macam dia bukan lagi pakwe aku. dia da macam asing bagi aku. Dan aku da terbese hidup sensorg.

Aku memang jarang gila kongsi masala aku dengan keluarga aku. Just masalah duit. Selain dari tu, pelajaran aku, kehidupan aku, aku tak perna share. Cume sekarang ni aku duduk umah dan ari-ari bila mengadap mak aku dia akan tanya pasal kerja. Tapi aku cakap tak de pe menarik nak di cerita. Kerja aku sucks.

Dari kecil aku macam ni. Sejak aku Kene rogol aku tak perna cerita pape tentang diri aku. Aku lagi suka bercerita dengan client aku atau partner aku atau bf aku. Kawan-kawan aku pon tak tahu aku siapa. (Yang sebenar).

Dan tempat yang boleh aku merintih sekarang adalah Allah. Setiap hari aku berdoa tapi hidup aku masih cam ni. Dan pe yang sangat-sangat menyedihkan, aku cam terfikir pasal mati. Da 2 3 minggu aku terfikir, alangkah bagusnya aku mati. Kalo pergi neraka pon aku tak perlu fikir betapa teruknya hidup aku. Aku lagi rela disula dan direjam sampai mati. Aku tahu tu takdir aku. Aku da tau pe yg menanti aku. Aku tau seksaan tu sume teruk tapi aku just nak rasa terlepas sume bebanan ni.

Aku tak tahu ni dugaan Allah atau pe. Aku tahu Dia tahu aku kuat. Tapi tak selamanya aku boleh kuat. Sebab aku da tak berdaya da sangat-sangat sekarang ni. Aku sedih setiap hari. Aku da tak rasa gembira lagi. Aku tidur pon selalu terjaga. Tidur yang tak lena. So de baiknya kalo aku mati.

Saturday, August 30, 2014

Menulis dan membaca

Hari ni 30hb ogos dan tengahmalam ni tepat pukul 12 negara ini akan menyambut kemerdekaannya yang ke-57. Alhamdulillah malaysia masih lagi aman walaupon de beberapa musibah yang berlaku di negara ini. Aku cuma doakan keamanan negara ni akan kekal sehingga akhir zaman. Amin..

Aku rasa aku de tulis dalam post yang lepas aku dulu nak sangat menjadi penulis. Tak kisah la penulis akhbar, novel atau penulis bebas. Kenapa? Secara spesifiknya aku memang tak boleh jawab tapi mungkin sebab aku waktu kecil suka sangat membaca hasil tulisan di akhbar, di buku cerita dan majalah.

Dulu waktu kecil mak aku selalu bacakan kisah-kisah para nabi atau buku cerita kanak-kanak. Dan bila aku masuk sekolah rendah, aku cuma membaca di perpustakaan sekolah aku. (Dulu aku tak sesenang sekarang jadi itu saje la yang aku mampu pergi).

Masuk sekolah menengah ramai member-member aku gila membaca novel. Aku ikut gak. Cerita pendeknya, dari novel melayu pindah ke buku kanak-kanak english pindah ke novel english.

Tapi bila aku sambung blaja aku berhenti membaca. Aku tak sure kenapa tapi aku boleh agak sebab otak aku penat menghafal so aku perlu wat bende lain untuk tenangkan kepala aku. Dari tu aku giat bermain games.

Tapi sekarang da mula balek membaca. Aku selalu mengagumi penulis ni sebab diorang macam de daya imaginasi tinggi dan kosa kata yang banyak untuk menjadikan nukilan diorang orang sentiasa nak baca dan baca. Jadinya, aku pon rasa nak jadi penulis. Tapi rezeki tak ke arah tu lalu aku tak boleh cakap pe.

De banyak kebaikan membaca ni sebenarnya. Dapat ilmu, dapat tambah pengetahuan, tambah bilang kosa kata (vocabulary) contoh perkataan 'suka' bole guna gemar, cenderung dan sebagainya. Membaca pon boleh melambat proses penyakit alzhemeir sebab otak aktif ketika membaca dan yang paling penting dia menghilangkan stress. Bende ni memang betul. Aku semenjak dua menjak ni bila baca novel akuu leh release tensen skit. Kalo tak sampai ke mimpi tak abea stress nya.

Kesimpulannya galakkan la diri anda membaca, tak kisahlah baca surat khabar ke, komik ke majalah fesyen asal kan baca. Tak galakkan anak-anak membaca gak sebab boleh meransang perkembangan otak diorang.

So tu je untuk minggu ni. Selamat menyambut hari merdeka semua. Assalamualaikum.

Saturday, August 23, 2014

Bastile-Pompeii ceritakan kisah kota seperti kisah nabi Luth?

http://youtu.be/F90Cw4l-8NY

Sepatutnya aku kene post semalam tapi aku sangat sangat letih semalam so, aku wat keputusan untuk post ari ni.

Assalamualaikum wahai pembaca blog ni. Aku rasa ramai yang da dengar lagu ni di corong-corong radio dan sesetengah yang rajin mesti da cari maksud tersirat dalam lagu ni serta dalam video klipnya. So pada yang tak cari, leh la aku share serba sedikit tentang lagu ni.

Lagu ni kalo di lihat dari segi tajuk dan lirik die, memang menceritakan sendiri kisah kota Pompeii, kota yang tertimbus di Itali berabad lama nya dahulu. Pe yang menariknya kisah kota pompeii ni lebih kurang macam kisah nabi Luth.

Kota Pompeii mengikut arkeologis adalah kota yang sangat maju dan mempunyai teknologi yang canggih (untuk masa tu la). Kota itu juga terkenal sebagai kota hiburan dan sarang pelacuran terutamanya hubungan sesama jenis a.k.a homoseksual. Alat kelamin lelaki digantung begitu sahaja kerana kepercayaan mereka yang alat kelamin tak perlu ditutup malah perlu di tunjuk.

Dan seperti kisah nabi Luth, kaumnya di tengelami begitu sahaja, penduduk di Pompeii di timbus hujan api dan lava yang meletus dari gunung berapi yang berdekatan dengan kota itu.

Menurut arkeologis kejadian gunung berapi meletus itu seperti berlaku dalam sekelip mata sebab kesan sejarah yang di temui menunjukkan penduduk kota itu menjadi batu sewaktu menjalankan aktiviti harian. De orang sedang makan dan de gak yang sedang melakukan aktiviti seks, tidak kira jantina, dan usia (budak pon ade).

Aduiiiii... aku cuba nak paste gambar-gambar orang pompeii tapi takleh. Videk pon cam tak jadi. Aku post ni guna fon so... sorry la ea.

Pepon..., tu la kisah serba sedikit tentang pompei. Kalo rajin leh la cari gambar diorang. Memang nampak macam baru padahal da berkurun-kurun terjadi. Hairankan? Takla. Kalo berbalek kepada agama. Allah da sebut dalam al-Qur'an (tak sure ayat surah mana dan ayat ke berapa) Dia jatuhkan musibah ke atas kaum terdahulu untuk menunjukkan kekuasaan-Nya dan pengajaran supaya tidak mengingkari ajaran-Nya.

Ironinya de lirik dalam lagu tu, 'but if you close your eyes, it feels like nothing change at all' macam memberitahu perkara yang sama sedang berlaku di dunia sekarang ni. Pas tu lirik berikutnya ,'how am i gonna be optimist about this?' Macam cuba untuk katakan, macam mana dia nak yakin bahawa homoseksual tu boleh dibenarkan padahal da ada bukti depan mata yang Allah laknat kaum ni. So fikir-fikirkan la.

Pepon tu sume pendapat aku. Kalo ikut kata penyanyi tu die menggambarkan hidup dia macam kota Pompeii tu. Die cakap tak de pe yang berubah dalam hidup dia dan tak mahu tiba-tiba segala-galanya hilang cam tu je. Masuk akal ke? Die gay ke? Aku tak sure. Pe pon yang aku tahu jarang la penulis lagu nak menceritakan maksud sebenar lagu mereka. Pape pon, masing-masing punya pandangan.

So itu sahaja untuk malam ni. Next week aku cuna cari topik lain yang agak ok di bincangkan. Selamat malam semua.. Assalamualaikum..

Sunday, August 17, 2014

Kembali menulis...

Assalamualaikum semua.. da lama aku tak post walaupon sepost pon. Tapi sekarang aku nak cuba untuk "hidup" kan balik blog ni.

Aku da dapat keje sekarang da. Alhamdulillah walaupon keje memang tak best. Aku rasa tak de pe yang best dalam hidup aku sekarang. Aku tak tahu sama ada aku memang jenis susah nak bersyukur atau pe. Tapi jujurnya aku bersyukur cuma bila aku dapat keje tapi tak serasi dengan tempat kerja, tu yang timbul perasaan tak bersyukur.

Laptop aku da jahanam. Bf aku memang sekarang macam da tak de. Tuptup ari tu tegur aku cakap die de anak. Hebat kan?

So sebab tu aku rasa hidup aku sangat sangat tak best sekarang. Dan sebab tu aku tak rasa nak menulis. Tapi sampai bile aku nak cam ni? Later or sooner aku kene lepaskan semua dan belajar untuk happy kan hidup aku. Dan ni salah satu cara nya.

Pe yang bagus nye sekarang ni, takde sesape leh bagitau aku yang aku tak leh update pape dalam blog ni. So.... aku akan cuba update setiap hari jumaat sampai aku rasa nak delete akaun ni. till then, see ya.

Friday, January 17, 2014

Bau-Warkah




Takkan lagi aku menunggu
Kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
Puasku mengharapkan dirimu
Seperti mereka yang punya cinta
Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
Diriku mahu kau tahu
Pedih ini kau tak terasa
Warkahku mengharapkan dirimu
Seperti yang aku kenali dulu
Setiaku menantikan dirimu
Seperti setianya terhadap diriku
(*)
Tapiku melepaskan mu
Melangkah namun tak berdaya
Terusku terus menunggu
Cinta yang takkan pernah ada..

Saturday, January 11, 2014

Letih

da hampir 2 minggu aku berada di johor. sedang gigih mencari kerja, tapi setakat ni tak dapat lagi. mungkin rezeki tak datang lagi.

2 minggu tak de khabar berita langsung dari dia. mungkin dia fikir kami da takde pape. mungkin.. mungkin die sebuk bekerja. mungkin.. fikir positif. tapi walau ape pon die pilih, aku tetap akan gembira untuk dia.

entah cam ne aku rasa cam, aku single. perlu ke untuk bersedih? perlu ke untuk gembira? jujurnya, aku tak tahu. tapi yang pasti aku tak rasa langsung nak cari pengganti, atau terima sesape lagi da. nak cakap aku sayang sangat kat dia, ntah la. perasaan tu lme da x de. cume mungkin aku penat bercinta, dan nak berehat pulak. aku rasa aku da jadi gf yang terbaik, tapi masih lagi tak berjaya, mungkin de kesilapan di mana2. so, dari penat mencari, baik duduk berehat sahaja.

de orang cakap teruskan mencari. setiap orang pasti de jodoh die. yep, aku setuju. cume mungkin jodoh aku da meninggal atau hidup jauh berbatu2 dari aku. mungkin de silap dalam diri aku, yang aku tak nampak. sebab tu ianya tak perna menjadi. masih lagi cuba mengubah diri, tapi de je org cm aku kawen n beranak pinak. tapi aku? (^_^)

sedar tak sedar, aku tukar status aku dari straight ke lesbian. secara jujurnya, aku tak nampak masa depan aku dengan lelaki. walau sehensem mana pon dia, aku cam tak rasa lagi.. tertarik. dan aku lebih pandang perempuan dari lelaki. dan lebih suka berbual dengan perempuan. tu makne nye aku lesbian ke? aku sendiri tak tahu.

yg pasti, aku terasa letih gile mencari cinta. mne2 lelaki aku nampak or kenal, dalam hati aku akan terdetik, ohh... dengan dia aku takkan ke mana. sama je cam dl. lebih baik lupe kan. dan aku terus pandang tempat len. aku da tawar hati? mungkin... mungkin. (^_^)