Aku baru jek bangun tadi, dari tido yang lena. Actually bukan bangun pon, dipakse bangun. agak bengang rr.. kitorng kene de bancian la...mende ntah, dan aku turun g wat bancian tuh ngan muke ngantok. Saje jek sbena nye tuh, nak wat protes. agak2 la nak wat bancian @ pe, ni pkol 12 tgh mlm kot! aku tengah sedap2 tido, diorang ketuk pintu cam nak roboh. Rumate aku pon bengang. Aku ni lak, kalo da terbangun tengah2 malam, susah nak tido blek. ha....tuh yang duk berblogging sekarang ni.
Minggu ni..aku x suke sangat la. aku da 2 kali skip kelas pagi. tuh mungkin aku bangun sahur, dan bile tido blek pas solat subuh, mate ni x leh nak bukak langsung. dapat blek sume test minggu lepas dan result aku cam taik jek. The reason aku nak marah2 sekarang ni, mungkin sebab still bengang lagi dikejutkan tadi, @ aku da nak period. Aku kalo da nak period, memang mood aku sangat x baik. kengkadang aku leh x bercakap dalam mase satu ari di sebab kan period aku ni. Selalu nye aku bercakap @ bebual di setiap saat. (fuyo, gile berangin aku ni ek)
Lecturer qmt yang ari tuh aku agung2 kan tu..kire ok la. die sanggup fotostat notes untuk student. sangat2 baek compare with other lecturer that i got now. sekarang da minggu bape da..kitorng da half semester. kind of creepy la, sebab aku banyak skip kelas organic aku ni. nak aku lak nak..mengejar sume bende. aku takot la...aku x dapat kejar sume nye. aku takot de yang tercicir. cam nak nangis pon de gak, tapi kalo ngis pe yang aku dapat? rase tenang jek de la. it doesn't solve my problem.
kengkadang..being me..agak..susah. aku x tau tentang orang len. Tapi, aku bile tengok kawan aku dalam kesusahan, aku sedaya upaya tolong mereka. Tapi, yang sedeynye lak, bile aku yang susah, diorg sume cam x mo tolong. aku pon terfikir, aku yang jahat @ aku salah pilih kawan. donno la. (sume nye rase nak marah.)
g ke cter len. ari tuh..kat previous blog aku, aku de scream my daddy. And suddenly, esok nye daddy aku call aku. huhu. really irony. dan die tanya banyak bende tentang aku, dan semestinye die akan tanya nape aku tetibe senyap. n aku pon terangkan...seboleh mungkin untuk menerang kat die. thank God, die faham. but then, bese la. lelaki x kan terlepas dari sikap untuk mengeluarkan ayat2 power. mule la nak mengayat aku blek, untuk kembali terjebak. alhamdulillah aku still kuat dan dapat resist.
Satu perkara yang cukup merisaukan aku sekarang ni adalah, aku seperti susah untuk percaya kat orang..yang aku kenal. you know, when diorang makes mistake, dan da tentu la aku mintak alasan, aki x leh trime alasan tu. on the other hand, aku fkr de motif len yang tersembunyi. even, walaupon de lelaki yang suke aku, aku leh terfikir die nak kan sesuatu dari aku. well, of course la..kalo lelaki. aku x tau la nape senang sangat lelaki tertarik kat aku dari segi seksualiti. aku ni terlebih pandai menggode ke? hurmm..donno. pe yang aku dapat, setiap kali tanya diorg, jawapan diorang sume sama: aku pandai melayan dan sangat2 memahami. ak x faham ayat diorang tuh...seryesli.
ntah la. x tau nak cakap pe.
Wednesday, August 18, 2010
Tuesday, August 17, 2010
Second week in Ramadhan
Segala2 nya got better. test pon satu jek, jumaat nti, lab report cm bese..berlambak sokmo, dan yang best part nye, aku dapat lec qmt baru. aku risau gak kalo dapat lec yang teruk...x pandai mengajar. susah lak aku nanti. Tapi, Alahamdulillah, tapi gak lec yang bek. Cam die care ngan kitorng, compare ngan lec kitorng previously.
Tuh tentang study aku. Sekarang lak tentang personal life aku. Being honest, de lelaki suke kan aku. Aku...kurang skit gnan die. Maybe sebab aku de banyak bad experiences ngan lelaki, so aku cam susah skit nak trime die sekarang. die ok, die baek, die care ngan aku, dan...plus...die kaye. but then, aku takot..untuk menyatakan aku suke ngan die, sebab takot aku bukan betol2 suke kan die, tapi suke kan harte die. dan takot lak nak loose die, sebab die almost 75% perfect. donno what should i do.

Saturday, August 14, 2010
Hamil luar nikah
Saling tuding jari tidak selesaikan masalah
TOPIK remaja hamil luar nikah sudah menjadi perbincangan serius kalangan pelbagai pihak. Rentetan gejala itu memberi implikasi yang panjang dan sekiranya dibiarkan berlarutan ia akan terus menyumbang kepada peningkatan kes sosial lain khususnya pembuangan bayi.
Kes pelajar mengandung dan bersalin anak luar nikah, umpamanya dikesan Kementerian Pelajaran sebanyak 21 orang sejak 2006 hingga sekarang iaitu 12 berlaku di sekolah luar bandar manakala sembilan di kawasan bandar.
Jika dilihat secara menyeluruh laporan daripada agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ia pastinya akan menakutkan kita.
Hakikatnya, isu remaja melakukan seks pada awal usia perlu ditangani segera supaya tidak menjadi semakin parah. Seks dan kehamilan sewajarnya dilihat dari pelbagai sudut berbeza yang perlu dilihat secara menyeluruh termasuk dari aspek seksual, agama, kemanusiaan, undang-undang dan kehidupan.
Kita tidak boleh menuding jari saling salah- menyalahi punca permasalahan ini, sebaliknya pendidikan, sokongan dan bimbingan perlu diterapkan kepada remaja ini sejak daripada peringkat awal lagi supaya mereka lebih memahami implikasi akan dihadapi sekiranya mereka terbabit dalam gejala seks bebas.
Apa yang nyata, kehamilan ketika remaja akan memberikan kesan jangka pendek dan panjang tidak saja kepadanya, bayi, keluarga dan masyarakat. Implikasi dari segi psikologi, lazimnya untuk kehamilan tidak dirancang atau diingini ia boleh dianggap sebagai satu krisis.
Ketua Jabatan Perubatan Rawatan Utama, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Sajaratulnisah Othman, ketika mengulas mengenai perkara itu menjelaskan remaja hamil yang tidak dirancangnya selalunya akan tertekan dan takut menghadapi situasi.
Katanya, remaja berkenaan takut tidak mendapat sokongan daripada pelbagai pihak khususnya ibu bapa dan masyarakat sehingga mendorong melakukan perkara tidak diingini.
Remaja ini mungkin akan pergi ke pasangannya yang juga berusia muda dan sama-sama tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan. Jika ini berlaku remaja yang masih belum matang boleh melakukan apa saja perkara yang berbahaya pada diri, nyawa dan kandungannya, katanya.
Tidak mustahil, ada remaja yang bertindak menggugurkan kandungan untuk menyelesaikan masalah atau bagi mereka yang takut menggugurkan kandungan akan membiarkan sehingga pada saat kelahiran bayi tanpa pengetahuan ibu bapa dan orang di sekelilingnya.
Dr Sajaratulnisah berkata, dari aspek fizikal, kehamilan pada usia muda memberikan banyak implikasi kepada mental dan fizikal remaja, selain berisiko mendapat darah tinggi dan sawan.
Kajian juga menunjukkan, bayi dikandung akan mempunyai berat badan yang rendah dan berhadapan dengan kompilasi lain ketika dilahirkan.
Bagi remaja hamil yang tidak cukup darah merah, mereka juga akan berhadapan dengan keadaan kritikal yang boleh membahayakan nyawanya.
Dari aspek lain, kehamilan anak luar nikah ini memberikan cabaran kepada remaja kerana lazimnya ibu bapa dan keluarga akan merasa malu dan maruah mereka tercalar akibat perbuatan tidak bermoral.
Ketiadaan sokongan daripada keluarga ini memburukkan lagi keadaan menjadikan golongan itu tersisih dan akhirnya mendorong mereka bertindak membuang bayi dilahirkan di mana saja sebagai penyelesaian masalah.
Sementara itu, menerusi temuramah dilakukan Dr Sajaratulnisah berkata, ada remaja juga yang terkilan apabila ketika sedang sarat mengandung ada pihak tertentu di sekeliling berbincang secara terbuka terhadap hak penjagaan anak berkenaan.
Dalam keadaan itu, menjadikan golongan remaja ini kecewa kerana menganggap bayi itu sebagai komoditi untuk kepentingan sendiri seakan tidak ada nilai keperimanusiaan.
Mungkin juga ada kalangan remaja berkenaan yang cuba untuk menjaga bayi dilahirkan, bagaimanapun disebabkan tiada sokongan kewangan mereka tidak berdaya berbuat apa-apa
Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Khaidzir Ismail, kesan terjebak dalam masalah tidak bermoral yang terlalu awal seperti terbabit dengan seks bebas pada usia muda akan memberikan kesan berpanjangan dari aspek psikologi remaja.
Katanya, masalah paling ketara adalah remaja ini akan terjejas dari segi pendidikan mereka kerana tiada minat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan sekali gus kerjaya turut terjejas.
Selain itu, remaja ini juga akan lari daripada rumah atau ada juga yang dibuang keluarga untuk mengelak malu. Akibat keterlanjuran itu mereka menjadikan mudah terbabit dengan masalah sosial lain seperti pelacuran, dan menyebabkan masa depan mereka terus gelap.
Sebenarnya lebih banyak kesan negatif yang akan dilalui remaja itu berbanding yang positif, katanya
Kesan paling hebat dirasai remaja ialah dari segi emosi dan stigma mereka yang sudah jatuh harga diri serta hilang kepercayaan daripada keadaan persekitaran.
Katanya, usaha untuk pemulihan dari segi emosi itu agak sukar akibat kurang sokongan daripada pelbagai pihak.
Berdasarkan kajian remaja ini akan lebih terpengaruh dengan rakan sebaya iaitu kira-kira 27 peratus berbanding hanya tujuh peratus daripada ibu bapa. Remaja selalunya tidak berfikiran matang dan mudah saja mengikut arus persekitaran mereka. Kajian menunjukkan usia 24 tahun dianggap tempoh yang paling matang dalam membuat sebarang keputusan dan pertimbangan.
Ini bermakna, jika remaja mempunyai rakan sebaya yang baik maka 27 peratus kebaikan diperoleh manakala yang negatif sejumlah itu juga akan diterima mereka. Ibu bapa selalunya akan memberikan nasihat untuk memastikan anak mereka berada pada tahap yang terbaik, bagaimanapun, hanya tujuh peratus saja yang akan diikuti anak, katanya.
*berita harian
*poison_ivy: ssh jdi remaja skrg ni. sume nye berebut2 nk jadi dewasa. tp bile pape berlaku, cntohnye cm kes mengandung, sume mule panik. Nak kte x de blaja bende2 ni sume, rse nye korang lg advanced dari zmn aku kot. Tapi, tuh la..korng di dedah kan pada usia awl. dan korang x dapat menilai pe yang baik dan buruk utk diri korang. aku tau, dan aku faham. aku perna mude cm korang. aku tau pe desire korang. tp kene fikir la dl..sblom korang wat pape. fkr sme de die byk bg implikasi buruk @ baek. bak kate celcom, "segala2 nye di tangan anda".
"renung2 kn, dan selamat beramal"

Friday, August 13, 2010
Minggu pertama di bulan Ramadhan
Assalamualaikum..dan salam satu malaysia. Sebelum aku mula kan coretan aku kat blog ni, aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak dan selamat berperang menahan nafsu serakah anda semua. Bagi sesapa yang gian ngan sex, dan nak berhenti, ini la bulan dan masa yang sesuai untuk anda semua menjalankan niat suci anda itu. Seperti jugak la aku. huhu~
Minggu ni...memang sangat2 mencabar bagi aku. Sebab minggu pertama pose la kan.. of course la mencabar. dan tipu la aku kalo aku katakan aku leh pose ngan senang ati di tempat baru cam ni, yang penuh ngan segala rintangan. Tapi, pe yang wat minggu ni lagi mencabar, aku de 3 test berturut2, iaitu rabu, khamis dan jumaat. Gile mencabar kan? X pe...x pe.. dugaan di awal bulan ramadhan.
Aku nak la..bukak cerita sedikit...tentang idup aku kat dalam bilik. Although aku da luahkan kat kawan2 aku...tapi aku still nak gak tulis kat sni. Lagipon, ni blog aku, aku leh tulis pe yang aku suke kn...btol x?
Hurm...al-kisah... Aku dulu kan de skit krisis ngan rumate aku... ermm..yang krisis tuh..aku da x hirau kan. dan timbul la plak krisis baru. bukan nye masala besar pon. In fact masala bese. masala bese yang dihadapi oleh orang yang duk ngan kawan2 die, x kisah la kat umah sewa @ hostel cam aku ni. Soal kebersihan.
cam ni...aku pon bukan la jenis yang pembersih pon.. tapi, x de la sampai baju2 aku tergelempang kat ats lantai sampai berminggu2. tuh...satu hal. bile da tergelempang sampai berminggu2, mesti la x sapu bilik kn? jdi bilik kotor kn? berhabuk dan berpasir kn? selesa ke idup cam tuh? ak secara jujurnya, x selesa gile kot. ngan aku ske study bring kat lantai.. biel da berpasir2 lantai ni, bdan aku jdi gatal2 lak. aku pon..pas seminggu x bersapu bilik tuh, aku pon ngan ringan tangan menyapu la bilik tuh..sapu mne yang dapat. (pelik aku ni, aku yang bawak 23 jam kredit lak kemas bilik, padahal rumate aku bwk 17 jam kredit je. letih sgt ke 17 jam kredit tuh?)
di sebab kan aku x sapu selruh bilik tuh, mesti la debu2 kotor dari tempat yang aku x sapu tuh beterbangan blek kat tempat yang aku da sapu. So, start tu, aku kene la sapu tiap2 ari.. aku siap kemas lagi kot hanger2 dan penyepit baju rumate aku yang bergelempangan kt atas lantai. Aku fkr die akan faham, dan kemas tempat die, rupa nya x pon. x de effect langsung. Malahan, die tambah selerak kan katel dan teretori die. sampai satu tahap, aku da x tahan sangat, aku g meluahkan perasaan kat kt kawan aku, dan rumate die. Rumate kawan aku siap datang bilik aku nengok tempat rumate aku ni. die sendiri pon, admit, sangat2 bersepah2! sampai dia nak tlg kemas kan. Dan aku cakap, x yah la. Takot rumate aku terase la plak. die just lipat kan telekung rumate aku jek.
bayangkan, telekung yang di pakai untuk solat pon bergelempangan kat atas katel, bersama2 ngan baju2, suar, tudung yang bersih dan yang kotor. agak jijik la, sebab die perempuan yang bertudung labuh. Aku bukan nak kutuk pe, tapi die sebagai perempuan yang bawak imej cam tuh, kene kebersihan. ssh kalo pkai tudung labuh ni. kalo berpeluh masyuk bau nye. dan kalo x basuh, lg masyuk bau nye. dan die bawak imej cam tuh, so die kene jage, jgn sampai budak perempuan len kutuk die. cam aku skrg ni, dalam ati da mule kutk2 die. means, dlm islam..islam sangat2 menitik beratkan kebersihan. tapi kalo pkai tudung labuh, bertutp litup, dengan tudung dan jubah 2 minggu x basuh, ikot didik islam ke tuh name nye? ikot ajaran islam ke tuh name nye? baek pkai baju cam aku ni, as long jaga aurat, jaga kebersihan. pening aku fkr kan rumate aku ni.
aku da x tau nak tegur die cam ne lg. nak tegur direct kang terase lak. x tegur, aku lak yang merana, cam sekarang ni. aduhh.. aku x tau pe nak jadi ngan die, tapi pe yang pasti esok pagi aku nak kemas bilik aku, with or with out her.

Sunday, August 8, 2010
Perempuan melayu terakhir
Assalamualaikum, dan selamat pagi, aku buka bicara pagi ahad nan indah ini. semalam seperti sedia maklum, aku x dapat blek jb, dan aku pon pe lagi, g la berronggeng ngan abang aku di sekitar kuala lumpur.
Agak penat la, sebab aku terpakse berulang alik nek train, monorel dan putra banyak kali. But then, aku menganggap ia sebagai pengalaman idup yang sangat berguna untuk aku. Pertama2 nya, aku sangat bersyukur sebab aku dapat melihat dunia kuala lumpur yang serba...berlainan dari dunia jengka, dan dunia johor bahru. Dan aku jugak bersyukur kerana, aku masih lagi yang mana aku memang akui, aku masih lagi perempuan yang mempunyai rasa malu dan harga diri, kerana aku bukan nak cakap pe la kan, semalam aku g jenjalan kat KL, nampak la..banyak jugak kapel2 yang hangat bercinta. sampai kan x kesah berpeluk di dapan orang ramai. Yang pedih mata aku memandang ni, sume yang berpeluk tuh memakai kain tudung. Ni la dia perempuan melayu terakhir kite.
Bukan nak mendabik dada, aku dulu teruk gak. Tapi bukan di khalayak ramai. Aku akui, aku sendiri pon malu kot nak wat peel cam tu kat depan orang ramai, ngan tudung di kepala aku..membuat kan aku terfikir, kalo aku wat perangai x senonoh, orang beragama len akan memandang serong kat aku dan agama aku. Bagi aku, kalo orang nak memandang serong kat aku, aku x kesah. tapi, jangan salah kan agama aku. Bagi aku agama aku cukup sempurna mendidik umatnya untuk menjadi sebaik manusia. Tapi, cuma aku ni..masih x sedar diri. So, bagi aku, kalo nak wat benda x senonoh, please la...tanggal kan tudung tuh. wat malu agama jek. x heran la kalo banyak mat saleh pandang hina kat umat islam, kalo rata2 mereka berperangai cam ni. hurmmm...
sekali lagi aku bersyukur ke hadrat Illahi, sebab aku x hanyut lagi ke dunia lama aku. Sebab bila aku nampak perempuan2 ni sume yang di pegang dan di peluk, aku cam fikir, "murah nya korang di leh di pegang cam tuh". then, aku pon terfikir...cam ni gak la aku dulu, even aku rasa lagi hina kot. Dalam lagu nasyid pon..ak x ingat la group mane yang nyanyi, cakap perempuan ni seindah2 kejadian. Tapi, senang lak di bagi pegang. cam..kalo benda yang cantik dan indah, of course valuable dan susah yang di sentuh. tapi, aku lak ngan sewenang2 nya bagi. Agak bodoh la aku dulu... Tapi, alhamdulillah, Allah da buka pintu ati aku untuk berubah. Dan aku harap aku akan kekal cam ni; menjaga maruah aku sampai aku jumpa lelaki yang sesuai untuk aku.
hurmmm.. pe nak kate ek... maybe dunia memang da nak kiamat. Cam ni la yang jadi.
De bagus nye gak kalo x berkapel ni. Sebab kalo banyak membawa keburukan, baek x yah. Aku rase sekarang aku kurang buat dosa berbanding dulu. Cam kengkadang bile fikir dosa aku dulu, sampai x larat nak fikir. Ni baru kat dunia, kat akhirat ntah cam ne la diri aku ni. Ntah la.. Just berharap sangat Allah akan ampuni dosa2 kelmarinku. Aminnn...

Friday, August 6, 2010
Bersantai di ujung minggu
Setelah sakit kepale aku dari ari isnin sampai khamis, baru la ari ni aku dapat rehat kan bdan dan minda sekejap. Although, petang tadi de klas, tapi x pe. Atleast x de la asik2 kene bangun awal semate2 untuk rush ke kelas.
Ari semalam da kene migraine yang teruk, dan aku pon terlentang la bantai tido satu ari semalam, dan oleh kerana itu aku da terlebih tido. Dan x leh tido lagi untuk ari ni. So, aku pon pe lagi bantai on9 ari dari pagi tadi. huhu~
Tapi di sebab kan aku da blaja banyak benda2 baru, pagi tadi aku wat gak serba sedikit research...tentang pe yang aku blaja. Apparently, sume nye memang betol. Pe yang di perkatakan oleh lec aku.Agak takot la..
Beralih lak ke cerita len. Ptptn da msuk dalam akaun dan aku seperti mana miza cakap, baru jek jadi orang kaya baru! hehehehe (kembang skit idung ni. huhu)
tapi aku still kene tepuk dada ni, istighfar byk2 dan kene beringat duit tuh untuk study aku, dan beberapa benda penting untuk keperluan aku, termasuk gak la barang2 mekap aku. hehehehe
Tapi, kalo masuk kan list barang mekap aku, memang abes la duit ptptn aku cam tuh jek. So, kansel barang2 mekap. Kalo perlu sangat pon, aku kene la list kan dulu benda2 len yang memang perlu, dan bile de balance baru aku akn include kan barang2 mekap aku. huhu~ susah nye x de sugar daddy ni!
Seperti mana yang aku da cakap, aku ingat kan turun jb bile ptptn da msuk dalam akaun. Tapi malangnya, ayah aku lak x bagi aku turun jb ujung minggu ni. Die soh aku berehat2 although aku berkeras nak balek jb. Cam ne ek.. aku pon x tau nak balek ke pe. sebab minggu depan test berlambak lagi. kalo balek, memang best, tapi minggu depan abes la aku kene blaja smapai ke awal pagi. hurmmm... ntah la. aku kene fkr jek dulu. aku ingat kalo aku x turun jb esok, aku just nak kuar ngan abang aku..g jenjalan kat KL. Nak shopping!!! hehehehe
tapi sebelom jenjalan esok, malam ni aku kene list kan pe yang penting dulu, sebelom abes aku kuar kan duit ke arah yang x sepatut nye. Hurmm.. Daddy, I want more money!!! (T_T)

Penganggur diam 10 minit sebelum mengaku perkosa anak
BATU PAHAT: “Awak faham atau tidak dengan pertuduhan dibacakan? Jangan membuang masa mahkamah seperti ini...mahkamah banyak lagi kes mahu dijalankan.
“Kalau tidak faham, mahkamah akan bacakan (pertuduhan) semula,” kata Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Abu Bakar Manat kepada seorang lelaki berusia 43 tahun yang didakwa merogol anak perempuannya berusia 14 tahun sebanyak 21 kali hingga kini hamil tiga bulan di rumah mereka di Kampung Melayu, Kluang antara November 2008 hingga Julai 2010.
Penganggur yang tidak diwakili peguam itu, pada mulanya hanya mendiamkan diri dan memandang lantai hampir 10 minit selepas pertuduhan dibacakan hingga ditegur Abu Bakar sebelum membuat pengakuan bersalah.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Terdahulu, tertuduh dibawa ke Mahkamah Sesyen 2 dan didakwa dengan sembilan pertuduhan merogol anaknya itu pada sembilan waktu berlainan antara Mac 2009 dan Mei 2010, September 2009 dan November 2009 serta Mac hingga Mei 2010.
Timbalan Pendakwa Raya Norafiah Saini tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh berikutan mangsa masih di bawah umur dan kini hamil masih tinggal bersama tertuduh.
Abu Bakar memerintahkan tiada jaminan diberikan terhadap tertuduh dan menetapkan 18 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Tertuduh kemudian dibawa ke Mahkamah Sesyen 1 dan didakwa dengan 12 lagi pertuduhan merogol anaknya pada 12 waktu berasingan antara November 2008 dan Julai 2010.
Kali ini, tertuduh tidak lagi mengambil masa lama untuk mengaku bersalah.
Timbalan Pendakwa Raya Safiah Abdul Aziz turut tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.
*My Metro

Subscribe to:
Posts (Atom)