Friday, August 6, 2010

Bayi lelaki ditemui dalam kotak di Sungai Besar

SABAK BERNAM: Seorang bayi lelaki yang masih mempunyai tali pusat ditemui dalam sebuah kotak di Sungai Besar, di sini malam tadi.
Beliau berkata, bayi lelaki berusia tujuh hari itu ditemui dalam keadaan bogel oleh pelajar Politeknik Sabak Bernam dan rakan wanitanya pada kira-kira jam 9 malam.


"Bayi itu diletakkan dalam kotak yang ditinggalkan di sebelah kereta pelajar berkenaan," kata Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Noor Mushar Mohamad.


Beliau berkata, penuntut berkenaan membawa bayi itu ke rumahnya di Bandar Baru Bangi, sebelum ibu saudaranya membuat laporan polis.


"Sebaik dimaklumkan oleh Balai Polis Bandar Baru Bangi, kami membawa bayi lelaki terbabit ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi menjalankan pemeriksaan lanjut pada jam 10 pagi ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata, polis kini menjalankan siasatan bagi mengesan ibu bapa bayi berkenaan.


"Kami juga akan menemubual pelajar yang menemui bayi itu bagi mendapatkan maklumat lanjut selain untuk mengetahui mengapa dia tidak terus membuat laporan di Sabak Bernam," katanya.-Bernama

*My Metro

No comments:

Post a Comment